...kerajaan melancarkan kempen budi bahasa budaya kita.tapi dapat sambutan ke?meletop ke?ada ke orang join?ramai ke belajar berbudi bahasa?...
..bagi aku tak perlu sebenarnya.kita dilahirkan sebagai orang malaysia, tak kira la, melayui ke , cina ke, india ke, orang pink ke, orang biru ke,kitakan orang malaysia.dah semulajadi *ye ke* ,dah diajar dari kecil untuk berbudi bahasa.tapi adakah kita aplikasikan apa yang diajar masa kecil sekarang?bila kita dewasa?nnnnaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhh...
...bila mat saleh kutuk kita negara, bandaraya kuala lumpur adalah bandaraya ketiga paling biadap, kita melatah.menafikan.tapi, hakikatnya, aku setuju.pengalaman aku, seorang buta nak naik lrt balik ke rumah.orang lain sibuk berebut nak masuk cepat dalam ten.terhimpit-himpit.ada yang bersimpati.tapi , sekadar memandang kosong tanpa melakukan apa-apa...
...bukan nak bangga diri aku ni baik or whatever, aku budak kampung.yang besar dengan penuh tertib oleh mak bapak aku.ajar cara bersopan.tolong orang.mungkin ada yang kata, iyolah tu aku ni baik.up to you.masa melihat orang buta terkial-kial nak naik lrt tu, aku pergi memimpin tangannya.ada yang memandang sinis bila aku berborak denagn orang buta tu.i've no idea with that such of people...
...aku tak kisah pun.janji niat aku baik.dan menda ni bukan baru berlaku.masa aku duk kat kl.sekarang, sebulan sekali pun belum tentu aku naik lrt.kekadang aku sedih denagn orang kita.berangan moden.feeling duk nuyok, landen,or tempat mat saleh.memandang rendah terhadap orang lain.hhheeelllooooo!! wake up!!! u still kat tanah melayu!!makan nasi lemak.gila minum teh tarik ngan roti canai.rembat durian jugak!!tak perlu laa nak berangan cam tu sekali...
...kampung-kampung aku pun , reti jugak makan pizza.makan spagetti.supper baskin robbin!!makan budu*eh silap lak*.so kau , ngan feeling western kau tak perlu nak kekwat ngan aku.setakat pakai kereta malaysia , ko tak payah laa nak berangan. ramai lagik orang yang makan belaca budu cincalok pakai kereta malaysia.lain la kalau kau pakai kete buatan german ke.nak jugak aku sujud...
...pelik kan tetiba aku meroyan.ntah, tetiba aku rasa nak meroyan petang jumaat ni. semalam lepas balik kerja aku pergi laa tolong kawan aku kat kedai aquarium tu.sebernarnya, memang hari-haripun aku melepak dan menyibukkan diri kat situ.tapi aku tolong gak laa jaga kedai dia kan.leh cuci mata ngan customer dia*matilahmak baik ada makna*...
...semalam dia call aku mintak tolong pergi awal sikit.sebab nak gi hantar aquarium customer dia.aku cakap ok jer.so , kul 1800 something tu. tengah melayan crite cina kat tv3 tu dia ajak tolong dia hantar sebab aquarium tu besar.yang siap ngan kabinet tu.6' kot.lupa laks saiz dia...
...dah hantar tu tetiba aku rasa nak terkucil kat rumah orang tu.orang ktia jugak.tapi aku segan la kan.so , aku balik la dulu sebab member aku nak pasang piping system aquarium tu.bila dah siap tu dalam kul 2030 cam tu dia call aku.suruh gi amik dia...
...masuk dalam keta tu dia cakap, dia haus.aku tanya dia, orang tu tak offer air ke?tak.kekadang aku tak paham orang melayu ni.memang lah orang tu meniaga. memang tugas dia buat kerja tu. apa salahnya offer segelas air kosong. dah berpeluh-peluh orang tu buat kerja kan...
...sedih aku ingatkan orang kita ni.kita ni bukan pelahap sangat nak air dia.tapi, budi bahasa bukan sekadar cara bercakap denagn orang.tapi , layan orang pun sama gaks.walaupun orang tu datang buat kerja, anggaplah orang tu sebagai tetamu.kalau kat kampung , orang bandaran datang kutip sampah pun siap leh minum air free lagi.bebudak pengakap yang kutip derma buat kerja tu pun siap minum air sunquick makan cucur segala.tapi kat sini, lain suasananya...
...jauhnya beza cara hidup orang kampung dengan orang bandar.walaupun orang bandar tu pun asal kampung jugak.baru leh pakai kereta besar sikit dari orang.beli rumah corner lot.pintu pagar otomatik.dah hilang tatacara gaya hidup orang melayu...
...dah tu, bila beli barang sangat berkira.bayangkan , kawan aku ni jual aquariuum tu lebih murah dari kedai kaum lain.tapi , orang ni tawar gila gila.dari harga RM 800*try korang survey kat kedai cina, kalau tak dak RM950 jgn harap leh dapat.kawan aku leh bagi tak sampai RM700.modal dia dah berapa.pumping system lagik.bebarang kekecik.macamana orang melayu nak maju kalau kaum sendiri duk tekan tubi*sesuai ke?*...
...kawan aku hanya leh dapat untung bersih RM50 sahaja.tu pun kira cut cost sebab hantar pakai kereta.*kabinet tu ikat kat atas bumbung boley*.kalau sewa lori, dia kena tambah lagi duit untung dia tu.camna?pikiaq laa naa...
...kawan aku tak suruh pun aku bebel meroyan cam ni. aku saje je.ntah tetiba nak meroyan kat sini.tapi aku kesian kat dia.baik cam cipan kan aku kan*matilah naik kren angkat sendiri*...
...cite lain laks.cerita meraban.ihiks.sebenarnya gatal.masa aku jaga kedai semalam, ada sorang mamat ni.so sweet.ekceli abang-abang.aku baru kuar toilet masa tu.masuk je , aku tengok dia ni masuk ke dalam depan bilik.aku tanay dia.kenapa bang?dia cari kawna aku.aku cakap lahkan kawan aku gi hantar aquarium.bla bla bla...beli anak ikan.anak ikan kap laa bagi ikan besau makan.bila member aku balik aku cakap laa kan.dia cakap abg tu selalu cam ngorat-ngorat dia.erks!!...
...makan hati katanya.aku memang suka abang-abang umur awal 30an , muka baik gila tapi kat lain*speku sdiri yek*, ganas.matilahmak statement berani mati ni.*matilah dbi nyer stats.ada perut skti-skit.ihiks.aku memang tak suka yang tulang-tulang nie.sian.cam tak cukup makan*jgn marah ek kak red**larik*...
...ni pehal aku tetiba cerita pasal jantan laks ni.buang tebiat ke hapa.sebenarnya , tetiba aku blank.tak tau nak bebel apa lagi pasal budi bahasa.sebab sekarang hujan*nangis*.nnnaakkkk bbbaaalllliiiikkkkkkkkk!!!aku kan mat rempit.so , kalau hujan ni memang musuh no satu...
...dah berjela dah rasanya,.korang pun cam dah boring je dengar aku merapu meraban nie kan.so sini jer lah dulu yek.esok hari apa ?sabtu kan?hahahaaha...sapa kerja tu hari sabtu tu cam bangla laa kan*llaarriikkk*.padan muka korang kan kena kerja hari sabtu...
...sambung lagik ni katanya.ekceli, kebiasaannya, sabtu adalah hari paling produktif bagi aku.sebab? sebab aku bukak kilang taik mata.selalunya aku akan tidur lebey kurang kul 0400 or 0500 pagi.apa aku buat?memacam.kekadang melepak ngan kenkawan.kekadang aku layan tivi.kekadang gi tasik*ooppss*.kekadang tak buat apa pun.memang tak leh tido...
...korang pernah tak tak leh tido malam.aku rasa ni memang penyakit kau yang paling serius.susah tido malam.mungkin sebab aku dah terbiasa kot.masa study dulu, aku rasa orangl ain pun sama gak.tak tido mlm gak.bukan study pun.melayan tenet la.melepak la.layan game la.memacam laa aktiviti...
...sama la jugak ngan aku.sampai sekarang penyakit ni melekat kat aku.lagipun , sebelum ni masa kau kerja kat port klang dulu memang kerja aku berjaga pun.yerlah kalau kapal masuk kul 0300 or 0400 pagi, kenalah berjaga.selagi tak abis loading tu, memang tka tido.tetambah kalo kargo sikit or kargo dah nak abis.merasalah layan blue kat kapal. tap iselalunya aku bantai makan je. pastu lelepak ngan krew*bukan ngorat yek*.sembang.kekadang karaoke kat kapal tu.tu pun kalau kapal besar la...
...kalau kapal kargo yang besar, dalam tu dah macam hotel.makan tak yah pertikailah.
memang marveles. seme ade. eberitings there katanya.cik **bi pun ada.tapi aku tak makan la.ko gila!ingat aku tak tau halal haram ke.lagikan arak pun aku tak minum walaupun kaki clubbing, inikan pulak binatang haram tu...
...ayam pun aku makan kalau ada krew islam dalam tu.tapi diorang ni main bantai jer.bukan kira sangat.slalu aku makan roti jer la.ngan fresh milk*free aku mai nminum tu je la kan* ngan juice. kira kalau naik kapal tu, kalau turun memang biru mata hitamku la...
...yang paling bestnya kalau kapal tu ada movie.heeipp.ai tak tengok tau cite ngarut.filem bersih je tau.tapi unsencored version voley.kao ado??ada jugak cite tak baik tapi aku memang jarang sangat tengok.memang tak minat.lagipun laki ngan pompuannyer.mana best.muntah aku tengok*matilahmak**teksi, hantar saya ke togo*...
...tapi paling tak best kalau naik kapal dari china.kotor satu hal.nak makan tak selara.busuk gila.selalunya kalau kapal china aku sanggup turun gi melepak kat depot kat port tu.tima kasih je la.yang paling best kapal philipines la.bersih,sejuk, nyaman.krew meletops.siap aku kena ngorat lagi.tapi aku tak pernah buat apa-apa lah.mati aku kalau bos tau.mak str8 occay.*i'm not plu!1matilah abg IM**larik**...
...itulah antara pengalaman serba sikit masa aku kerja shipping dulu.bukan kerja belayar.aku pernah kerja jadi shipping agent ngan quality and quantity surveyor.mender aku blajo kat uni dulu tak da kaitan langsung ngan kerja aku dulu.sekarang pun sama...
...bila hujan nak benti ni.oklah .sakit dah jari kau duk mengetuk kibod bodoh ni.ak utry upload pic koji yakusho , tapi tak leh gak.bodohlah blog ni kan.matilah korang pening tengok huruf jer entry kali nie.matilah berjela. 18000 patah perkataan...
...woit.jangan lupa .tunaikan kewajipan anda.BIUNDI archmal for Bloggers-Idol 2006.undi sebaiknya.bukan sebab contestant tu kawan anda, tapi sebab qualiti penulisan yang patut diadili.jangan lupa ya.kalo memang aku belanja*matilah rasuah*sayonara, adios la vista, maassalamah...