February 23, 2007

6 thingy u donno bout me !!!

kali ni bebetul nyer .kununnya nak buat entry sesambung.tapi bizi teramat.masa yang ada amat terhad.korang apa tau!! ko hengat aku tak kerja tak bz??

str8 away to 6 things tu yek!!

No 6

cam carta laks ...

Kambing

-wei!! pak cik bukan kambing laa.pakcik cukup suka makan kambing. kalo gi kedai mamak untuk lunch mesti pak cik makan kari kambing.tatau apsal.sampaikan sorang opismate pa kcik dulu , seorang kelly ng (ko tanya fiebie mender kelly ng ne) tegur pak cik sbb pak cik obses ngan kari kambing kedai mamak.obses katanya.

kekadang tu , kalo kuar lunch ari2 kat mamak , ari2 laa pak cik makan kambing.sib baik badan tak bau cam kambing sbb tak berperangai cam kambing sgt , malas mandi. pak cik rajin mandi laaa... betul...

No 5

Ikan Darat

ada ke ikan duk atas darat?gila hapa ? korang hengat aku makan ikan belacak ke?? beli minyak dia pun tak penah!!! ikan darat ni ikan sungai laa. tak kira aa ikan apa janji ikan sungai. mesti jd habuan untuk diserap segala zat2 nya ke badan pak cik. tapi ada satu ikan yang pak cik tak leh makan. ikan belida. tu kena tanya atuk ngan nenek pak cik apsal pak cik tak leh makan.

satu lagik pak cik tak leh makan ikan kacang.pak cik tatau cam ner rupa ikan tu.tp mmg keturunan pak cik tak leh makan.mmg pantang besar tu.bukan pak cik sorang je tak leh makan. semua adik beradik dan family belah ayah pak cik tak leh makan. tatau laa kan...

motif cerita bab makan je manjang...

No 4

Iron Chef

masa umur pak cik 3 or 4 tahun , pak cik dah tak hengat dah.4 tahun kot. pak cik dah jadi chef !!! masa tu mak pak cik tgh buat kek apa tah.lupa laks.pak cik yang mmg membesar di sapur nie jgn cakap lah.mesti tercongok kat depan. pas siap bancuh tepung tu, mak pak cik kuar gi mane tah. pak cik lupa dah.tinggalkan pak cik bersama bancuhan tepung tu...

tahu - tahu , bancuhan kek tu dah ada timun yg diptg kekecik. dan esen vanila hanya tingal botol sahaja. semua adunan di gaul sebati ye!!!zap zap zap!!1 tali pinggang sapa laa yg tinggal kat daput tu. setengah jam kemudia seorang kanak2 (pak cik le tu) terikat kaki dan tangan tergolek atas pangkin bawah pokok mangga sedang menangis teresak esak.

pokok mangga tu pun dah tak de skang. rumah tu pun dah bertukar hak milik. dah tak da rupa umah kitorang dulu dah.sbb abah pak cik dah beli umah lain iaitu umah skang.dah 23 tahun kitorang duk situ. dah jd cam kampung dah kawasan perumahan tu.

tetiba ada phone call.ada org ajak pak cik dating laks.cam ner ek...nnt pak cik sambung balik yek dek non!!!

kak red... ko hengat sorang je bleh buat entry part by part???

February 20, 2007

I'd been tagged, u the next victim!!

i'd been busy like queen bee.what did i do? being a mastermind for my just besides neighbour of my family house.damn i'm screw.danm bz laa.that why im not updating my blog for quiet long period.till today , im still at my beloved hometown

its a colorful weds day.feel proud im being part of them. i'll tell u later bout the weds as i got the photos...

ada sorang mak cik ni suka menyusahkan orang.saje je nak bagi pak cik kerja yang tak de gaji.taulah pak cik ni usahawan anggur professional.tp disebabkan pak cik seorang adik*bukan adik2* yang baik, lagi profesional, pak cik turutkan jua kehendaknya untuk menghebahkan ape benda 6 mende yang korang tatau pasal pak cik....

hebat sgt kah pak cik ni sampai ada mende yg pak cik nak sorokkan dr korang ek.sbenornya pak cik tatau nak tulih apo.sat ...pak cik pikir dulu mender nak bagik tau korang ape nyek!!

ok dapat dah... no wahid yang pak cik no kabo kat kome adolah....

to be continued.... esom malam pak cik balik kl.lusa pak cik hapdet yak!!!!

February 09, 2007

Ye ke??Beng Lebong Ah!!!

matilah kau kan tak paham kan!!! Ape kebender yg pak cik cakap tu? Bahasa Org Asli ke??

IKLAN:: cam lahanat kibod ni!!!

sebenarnya pak cik tidak berada di Bandaraya Puchong mahupun Kola Lumpur. Bersiaran secara langsung nie dari Metropolis Paka, tempat pak cik kencing berak sejak dari kecik. Pak cik balik kg katanya !!

pak cik baru 3 jam berada di bumi Tranung nie. tetiba je balik kg katanya kan!!! sker ati pak cik lah nak balik pun. korang dulik hapa.brapa laam pak cik nak lepak pun apa korang kisah?/bukan korang yg kena bayar bil api air umah mak pak cik!11motif tetiba je emo??

... saja je balik.alang2 pak cik dah jd usahawan anggur kan apa salahnya pak cik balik memperabihkan beras umah pak cik akt kg ni. hiks!!nnt pak cik hapdet lagik laa yek apa sextiviti pak cik di kampung...

pak cik , Archmal Hatiemiey untuk tibi 69, kita kembali ke studio!!1

February 05, 2007

...KOMA...

kepala pak cik tgh bengong skang nie.pak cik telah koma selama 20 jam semalam!!!

lepas pak cik dihantar oleh FieBie sekembalinya kami dr umah blogger terkenal di alam maya, SM dan dijamu Maggi Udang 3 kilo, pak cik feeling2 bebaring atas tilam buruk pak cik. dan pak cik bangun 20 jam kemudian iaitu hari nie.tak ke bengong kepala pak cik!! 20 jam tido!!

dan yang pak cik paling bengang adalah pak cik tak sempat tengok ABP.pak cik tak leh tgk baju2 yang telah di design oleh anak2 ayam FB yang pak cik telah tengok pegang dan carut.hiks!!1

smer baju yang di design oleh Hatta Dolmat dan Hazwani Osman iaitu baju Ning , Nikki Yanie , Erra dan MAwi telah pak cik tgk sebelum kuar tv lagik.bangga ni.bangga!!! so , yang korang tgk kat tv mlm td tu kira dah basi laabagi pak cik sebb pak cik dah tgk dulu!!

ni adalah bulu untuk baju Erra...kira Erra pakai bulu dgn perfume ketiak pak cik laa...hauahaua

ni laks baju MAwi.pak cik feeling2 nak try tapi tak diberi kebenaran oleh designernya dan jugak mak Ayamnya , FieBie otak Tak Betul sbb saiz pak cik lagik perkasa dari saiz Mawi.kang nangis laks Mawi tak de baju sbb pak cik dah Incredible Hulk kan baju dia...

February 03, 2007

...Yey yey...

pak cik suka hari nie.sebab pak cik dah pegang dan ngetest baju yang akan dipakai penyanyi jawa yang botak lagi glemer untuk ABP 07. hiks.kaler putih ngan kaler maroon. cantik baju tu. pak cik ada amik pic ngan baju tu. tapi tak leh tunjuk laa.nanti tukang rekanya sentap ngan pak cik. so tgk laa nnt yek kat ABP

memandangkan pak cik dalam keadaan kebosanan tahap terlampau, maka pak cik telah dihangkut oleh seorang orang gila ke shah alam dan melepak di rumah designers muda di sek 16.so bebaju yg akan dipakai oleh artis di ABP nnt pak cik dah tengo dulu.kira dah basi la nnt bila pak cik tgk.tapi smer cantik design.kalaulah pak cik dilahirkan sebagai fesen dizainer, camner agaknya.mampuker pak cik dizain bebaju yang melertops yg amats itu??

tu jer pak cik nak cakap.nnt la kalo sempat pak cik buat entry preABP with ramalan pak cik or post ABP.tadi ada orang offer pak cik 2 tiket wayang filem baru.sapa nak ikut pak cik???

February 01, 2007

...Keji!!!...

apakah anda rasa jika blog kesayangan anda tidak dapat dilayari anda sendiri sedangkan blog orang lain sebaliknya???

itulah senario*bukan grup lawak plastik tu...sori kepada peminat mereka ye* yang pak cik alami sekarang!!sedangkan laman blogger.com ini boleh dilayari; bahkan pak cik boleh meng update blog!! tidakkah itu satu tindakan yang sangat keji???

dan yang paling utama , tiada lagi beta blogger?? what the hell happen??? hari beriya0iya memaksa pengguna untuk menukar daripada blog biasa ke beta tapi sekarang bermasalah pula???

apa pak cik membebel ni?

ini telah menambahkan kebengangan pak cik setelah tv 29" cap ayam pak cik telah rosak awal pagi tadi selepas pak cik menonton vcd yang tidak boleh ditonton oleh remaja dibawah umur 18 thn ke bawah!!!apakah itu satu pembalasan ke atas perbuatan pak cik?? masalahnya pak cik tidak menonton vcd porno, sekadar menonton yang berunsur sahaja.

kesudahannya, pak cik terdampar di kafe cyber milik bumiputra ni untuk melampias nafsu serakah pak cik untuk membebel!!!okieslah!1 pak cik nak gi ngorat japs.dah lama pak cik single walaupun baru 2 bulan.hiks!!!

...no woman no cries...