December 29, 2006

...Korban...

...kan korban kasih ke??motif tak habis lagik meroyan meraban pasal feeling*bekgraun lagu CINTA versi Misya n Jac*.hiks...

...esok (30 Dec 2006) aku akan balik kampung lagik untuk raya.sukkkaaa...suuukkkaaaa... sebab...

1. sebab nak raya laa.kan ke raya aji very the meriahs kat pantai timur...kan kan...merasalah orang kl tak leh feeling balik kg kan...

2. dapat anak buah baru lagik*kopak lagik laa raya tahun depan*

apa lagik ye yang membestkan diri untuk balik kampung??

yes...jumpa kenkawan lama yg tak tau idop lagik ke tak!! overlah kan.bila dah kerja ni memasing cam ilangkan diri.mementang laa aku tapak sleman*lagu febret artis orang ni...lagik*

"bagaikan diri ku tapak sleman.... terdampar di pantai berlagu sepi.... *feeling pakai dress yg zery zambry buat utk penyanyi ni...*tapi dress yang dibuat oleh rizman dan wani untuk azharina lagik melerts...motif tetiba aku nak feeling pakai dress jer nie....matilah mak!!!

korang mesti tintong kan tetiba aku sebut nama2 orang yg tak penah aku sebut sebelum ni...sker ati aku la blog aku!!nama peponen ni adalah designer muda yang muncul dengan idea design baju yg melerts.aku respek kat diorang yg gigih dah tekun duk jahit baju tu.kalo aku , tak sanggup dah. nasib baik aku tidak dilahirkan sebagai fesen dizainer kan!!

camner aku leh kenal diorang ni?ari tu , kelmarin la.. aku gi melepak ngan orang gila ni. dia bawak laa gi melepak kat umah bebudak ni kat sek 16.aku mmg dah penah jumpa diorangn i sebelum nie.cuma lum penah gi lepak umah diorang. mek sujud rumah diorang. "kemas dan cantek" sekals uols...*larikkk!!!*

...apo laie ek aku nak meroyan?hah...lately kan ramai laks kenkawan aku datang rumah aku.alhamdulillah.ade gaks orang nak kawan ngan aku kan. minggu lepas budak skolah tua nie datang kar seminggu. then pagi nie, one of my exclassmates/childhood friends/mangsa rogol aku*oopsss* datang menyerah diri.hauahauhauaha!!! yang last tu propahan sajork*matilah kena carut pas nie*member aku dr trg datang ngan temankan awek dia bawak adik jenjalan katanya.tapi awek dia tak lepak laa umah aku. dia sorang je...

heeiipp!! nuthing happen occay!! he's str8 lah!!!kejilah*matilahmak*mek inesen ok!!! esok dia nak balik dah.banyak lah cerita ceriti yang dilaporkan katanya.hapdet katanya. so far kenkwan aku dedulu, dia jer yang slalu kontek*bukan kongkek yek!!* aku.sms tanay khabar. yang lain haram. yang dah berbini lagik la.kkkaannn...

... dan paling aku tak sangka aku leh menjadi Dr Hitch yang bagus.dia ni tgh ada problem ngan awek dia.complicted*evenescence...betul ke eja ni??* katanya. dia tanya pendapat aku lah pasal masalah dia. so aku bg laa idea/pendapat yg sebagus mungkin kan.tak perlulah aku cerita apa masalah dia yg komplited sangat tu*dia kata la bukan aku kata...*

...ekceli aku nie mmg dr dulu lagi jd sumber rujukan kalo kenkawan ade masalah.pembimbing rakan sebaya katanya kat skolah kan.masalah sendiri tak settle, masalah orang nyibuk laks kan.hiks.tak perlah. orangm intak tolong, kita tolong seedaya mungkin kan. dari zaman aku study dulu sampai lah skang, kalo aku balik kg jer, mesti tak lekat kat umah sebab hangkut ngan diorang*matilah feeling bohsia laks*. tapi aiman tak kisah.mak aku jer kisah.matilah balik tengah malam.esok pagi tadah je laa telinga kan.hiks.kekwat tau mak aku.tak bagik can langsung aku nak melacur*ooppsss!!*...

...btw kan, apa yang aku meraban dari tadik ni. motif??nak ceritanya pasal korbanlah kaedahnya.biarku menjadi lilin menerangi kegelapan orang lain... gitu kan!! aku tak lah kata aku baik , tapi oklah kan. tu yang sampai orang amik kesempatan buat aku cam welfare tu*matilah biawak yg pernah aku ternak kan har kan*. walaupun ada ketikanya sakit jugak tapi insyallah , buat baik dibalas baik kan???Tuhan tu Maha Adil kan...

... okieslah aku dah nak berambus. semoga AIdilAdha dan Tahun Baru akan membawa seribu erti dan perubahan ke dalam hidup kita.oleh itu, sambutlah salam sayang bicara manis menikan kalbu dari aku untuk semua.overlah.wish u Salam AIdilAdha dan Selamat Tahun Baru.Insyallah kalo tak ada aral aku akan bersiaran pada malam tahun baru ni...

...btw...ada orang janji ngan aku nak buat templete baru blog aku yang buruk hazab lagi busuk nie.tapi sampai skang Nando's!!!matilah Nando's kan... restoran PLU paling glemer katanya...nan ado's...hiks...ni bukan aku yang cakap tapi member mamat nie cakap!!!

P/S: har...nizam ousmet aku bg nama baru kat ko...Queen Latifah katanya...mek sker mek sker!!! matilahmak!!!pic aku bilo ko nak sent aaa???

December 28, 2006

...Fragile...

...kan!!! fragile katanya.matilah hati bukan kristal atau diamond cam kat henset orang ni!!!

...lately mmg tensen skit. ingat dah leh hidup ngan lancar dan sempurna dah.rupanya masih banyak dugaan dan cabara malah makin besar mendatangi dikala usia menambah angkanya.satu persatu datang dan belum sempat dia selesaikan satu masalah, datang lagi masalah baru...

...dan ada ketikanya bertimpa-timpa bagai hujan yang mencurah ke bumi tanpa henti dan mengakibatkan banjir berlaku. limpahan hujan dihati dan akal mencari jalan untuk menyelamatkan diri dari tenggelam...

...nama pun hidup kan.hidup tak berwarna tanpa masalah. itulah hitam putih kehidupan.tapi bagi aku lah, tak sempurna hidup tanpa warna selain hitan dan putih. perlu ada warna pudar dan ceria. kaler ijau, merah , oren n furfle*jgn gelak laa hanjeng!!!*

...aku ni bukan nak berfalsafah bagai,tak reti pun.tapi rah la.saje nak berbicara secara serius menguji kematangan akal selari dgn peningkatan umur.ada orang kata, apa ada pada umur.just a number.tapi bagi aku umur itu sebagai tanda tahap kematangan seseorang...

...sejauh mana matangnya seseorang itu dalam pemikiran, perbuatan dan pencapaian mereka.adakah selari dengan peningkatan usia atau sebaliknya.ada orang yg mampu memperoleh kejayaan pada usia yang begitu muda seperti jutawan muda terkenal...irfan khairi*teys uols, duitnya yang pentingkan...matilahmak*...

... dan sesetengah org diperingkat pertengahan dan ada pula yg masih tercari cari arah sendiri. asalkan tau ke mana hala tuju dan usahakannya, lambat atau cepat, kejayaan itu tetap kan hadir*apsal tetiba aku rasa cam buat ceramah motivasi nie*...

... itulah saja kot aku nak bebel ari nie.sindrom malas dah kembalik.sebenarnya aku tgh tension.so, nil ha tempat yg sesuai utk lepaskan tenseion kan.sker ati aku laa nak tulis hapa kat blog aku!!!*matilah kekwat!!*

December 19, 2006

...Sahabat...

...ada sorang sahabat.sahabat sejati.susah senang bersama.lapar kenyang bersama. makan sepinggan.tidur sebantal.mandi sensorang...

...sahabat dapat pasangan.dia tumpang gembira.itu janji sahabat...

...dan ada ketika nya perselisihan faham berlaku.itulah manusia.tiada kesempurnaan. dan satu ketika kala wang menjadi taruhan, tika itu putus sahabat.hilang segala janji...

...hampir 5 purnama sepi tanpa khabar, sahabat itu kembali.sejuta kemaafan dipohon.segala masalah dirungkai.ternya ikatan itu masih utuh. janji tetap dipelihara...

p/s: apa aku merapu ni??

December 15, 2006

Ikhlas : Antara Dua - Satu Persoalan

... adakah mungkin keikhlasan yg datang dari seseorang itu lahir dari hatinya yang ikhlas atau ada sesuatu muslihat atau matlamat di sebalik huluran itu. adakah biasa kita mentafsir keikhlasan yang dihulur sedang hati was-was...

...dan adakalanya kita selalu tersilap langkah menafsir ketidakikhlasan sebagai sesuatu yg ikhlas dan sebaliknya. sedangkan ia diciptas untuk mencapai sesuatu matlamat yg sudah tentu bukan merupakan sesuatu yg tidak baik...

... dan bila hati sedang sepi tanpa ditemani sang kekasih yg disayangi, datang pula seseorang yg menuntut agar hatinya diisi. apa yang perlu dialkukan ? bingung. dalam kadar waktu yg sama, hatinya mahu mengusulkan hatinya pada seseorang...

...keikhlasan yang dipancar diragui.bukan kerana rupa paras yg tidak sehebat sang arjuna putera kayangan , tapi keikhlasan hati yang ragui.bukan tidak terdetik untuk terima bukan tapi amat sukar untuk meluahkan segala yg terbuku dihati...

...rasa simpati dan sayang bersilih ganti.namun , apakah pilihan dan keputusan itu sebenarnya ikhlas menerima atau atas dasar simpati pada orang yg berharap. andai dinafi permintaannya, apakah rasa kecewa dan ranap luluh hatinya?...

...cinta bermakna melepaskan.benarkah?relakan kita melepaskan orang yg disayangi dan dicinta dipeluk belai mesra oleh orang lain sedang kita merana kerana terpaksa melepaskannya?tegarkah kita menerima perpisahan itu?...

... tidakkah kita dianggap sebagai hipokrit dan mengambil kesempatan andai memohon masa untuk berfikir sedangkan tempoh yg dijanji adalah untuk meraih cinta yg lain?zalimkah andai kita cuba mengejar cinta hati dan pabila kita dinafi , pasti beralih kembali pada dia yang menunggu....

...haruskah aku menerima , kasihmu yg baru menguntum bunga, jgn hanya indah di mata , jgn disiakan madah cinta... namun ditanggung hanya satu ,kerdipan hatiku ingin kau buru , ada hanya kau kehampaan , jgn aku yg jd alasan... kufikir kau teman biasa , tidak akan berputik cinta , mungkin jua belum menjelma... aku tak sanggup dikecewa , cinta ku satu untuk selamanya , aku pencinta yang setia, mustahil ada yang kedua, tiada yang kedua...

p/s:sebenarnya aku tgh tension.tolonglah bg idea kpd sesiapa yang faham!!!

December 13, 2006

...Adat...

...orang tua kata, biar mati anak tapi jangan mati adat.pentingnya adat bagi masyarakat melayu.sejauh mana kepentinganya adat tu sampaikan rela anak mati katanya...

... aku ni bukan reti sangat nak cakap pasal adat adat nie. kalau nak ikutkan, aku ni mmg dlm keluarga yg mementingkan adat jugak laa.walaupun tak sekuat adat pepatih kat nogori tu, tp ada banyak menda jugak aku tak leh buat...

...dan banyak gak pantang larang yang aku kena ikut. mostly blah abah sbb ntah la. banyak laa jugak. ekceli bukan nak crite pasal pantang larang aku nie.intro jer katanya.matilah dah melalut...

...last saturday , aku attend wed sepupu ayah aku kat gombak. jd bestman @pengapit@ tukang sibuk @ tukang kipas dia. majlis akad nikah ari jumaat bertemapt di masjid pa tah nama dia.kat area pasar gombak tu.tapi aku tak gi akad nikah tu sbb tgh keje...

...pagi sabtu tu dia gi amik kau kat umah. siap gi tesco sbb nak gi beli kasut buat sanding.motif? kasut tesco katanya.dia keje tyak pakai kasut opis pun.keje kat site petronas.beli yg memahal nak buat apa.nnt tak pakai gaks. punya lah cerewet jantan ni nak pilih kasut.aku pilih yg kekilat skit kan. yerlah nak naik pelamin,tp tak nak laks...

... dan dan situ kena carut ngan aku.hiks.matilah brani mati.btw, umur dia muda setahun dr aku.kitorg mmg rapat dari kecik lagi. hensem org nye.tp tak penha la aku buat mende yg tak leh diterima akal cam korang pikir tu.gilo.nak mampos???...

...pastu gi la umah kakak dia kat melayu subang tu ha. aku tak penah pegi pun.matilah kekwat ngan sedara kan. dum dam dum dam, pas aku betulkan sireh junjung dia yg dot dot dot tu, hiks.matilah kutuk laks.sirih dia ok.cuma tak reti nak pacak sumbat bunga je.hancur span tu dorg kerjakan.dorang tu , kekakak sepupu ayah aku tu lah.sepupu abah aku ni anak laki 2nd last pastu sorg je.adik dia ada sorg laki tapi syndrome down...

...kul 1230 tu , bertolak la sbb plan kul 2 sanding kat gombak tu. samapai kat bulatan kat batu caves tu jem laks. pastu jln ke jln gombak tu pun jem teruk.pengantin dah gelabah dah.rombongan decide nak kumpul kat masjid.nak smayang zuhur ngan betulkan hantaran tu...

...pengantinnye tensen sbb masa tu dh lewat skit.sampai je kat umah sedara temapt kenduri tu , terus tuko baju katanya.aku pakaikan sampin segala.teror gak aku ek.dah laam tak ngikat sampin skill tu ado lagik walaupun 3 4 kali aku try buat sdirik dulu.hiks...

...dah siap tu tunggu2 family yg stop kat masjid tu tak sampai2 lagi.family pompuan dah kekejar suruh cepat.sbb dorg wat serentak ngan abg si pompuan.si laki ni dah tertekan. masa tu aku ngan sorg kakak dia *kitorg naik satu kete* ngan kwn kmpung dia je yg berarak e rumah pengantin tu...

...ada la 3 4 org sdara mara pihak pompuan yg follow.aku ngan akak dia ni dah cam tak tau apa dah.patut kena tunggu mak dia dulu. mmg tak boleh. tapi ade sorg mangkuk ni sibuk suruh jln dulu sbb budak kompang dah sampai.aku pun cam banghang ikut je sbb si laki kata ikut je la...

...what can i say.so berjalan ler berarak ke umah pompuan tanpa barang hantaran bagai sbb smer ade ngan family yg stop kat masjid tu...

...masa tgh bersanding tu barulah aku ternampak family n diorang tka tau nak ke mana sbb tak de pun org sambung n layan diorang.aku pelik.aku cari akak yg duk kekcoh ngan aku tadi cakp family laki dah sampai tu apa cerita.aku tgk muka kakak2 laki ni dah lain.aku cakap sudah.intai - intai mak laki tak nampak.aku rasa cam tak sedap je...

..tetengah rasa tak best atas pelamin tu jd tukang kipas tu , sempat lagik mata aku meliar cuci mata.hiks.suka suka jd pengapit.hiks.leh tgk orang. bila dah nampak mak laki masa nak makan beradap tu , aku rasa lega laa sikit. ingat tak de pe pe dah...

... pas makan tu diorang ajak balik.tgk muka sensorang cam tak puas hati.kitorg gi kumpul kat umah sedara tu td. nak tukar barang la.masa ni la kekecohan berlaku.family laki tak puas hati sbb tak tunggu diorg masa berarak.yerlah.anak laki sorang . tapi belha pompuan buat cam tu cam tak hormat diorg.macam laki ni tak dak family laks...

... aku tak cakap apa sbb ada gaks salah aku .salah aku sbb tak tegas suruh tunggu family diorang dulu. mek dinch tau nyeh!!!tertumpah nya air mati dihari persandingan katanya. tapi family kitorang*yerlah diorg pun family aku gak*tak de lah jerit-jerit amuk bagai.cuma cakap nak balik dah dan suruh tukar barang hantaran jer lah...

...lama gaks laa proses perbincangan berlaku sbb kekecohan tu.family kitorang ni tak de lah keras hati sgt.tak de lah marah berapi.cuma terasa hati je lah seoleh tak hormat family laki.20 minit je lambat katanya. dlm kul 5 tu br settlekan. pas proses pujuk mujuk dan cakap dr hati ke hati cam family kedua blah pihak akhirnya settelah...

...so , kitorang berarak balik ke rumah pompuan.pengantin dedua make dah cair sbb air mata katanya.senyum pun paksa.terpaksa laa aku jd badut wak lawak yg tak brape lawak.lgpun aku jd photographer laks utk sesi ni.banyak bebenor keroje teman.so , sanding dalam umah laks pulok.just amik2 pic kenangan je laa...

...aku pun cam over2 laks lelebih laks amik pic. 4 5 keping gaks pic kau bersama pengantin. hiks.dulik hapa aku.geng masa kecik kawen kan.tapi kan, apsal aku rase cite aku cam tak related ngan tajuk aku jer...

..korang paham ke tak cite aku ni.korang pikir sdiriklah...malas dah nak citer pepanjang.ni tak cukup panjang lagik ke ek?sker atilah kan nak tulis pendek ke panjang.aku nyer blog.kan kak red kan.hiks...

...moral of da story, never belakangkan family kalo kawin.orang tua ni kalo merajuk susah nak pujuk.matilah kalo aku kawin nanti. sebenarnya kejadian ni berlaku tanpa pengetahuan tuan rumah.tak ngikut perancangan tuan umah sbenarnya.ada sorg budak yg cam bebuat sebok enterframe.dah laa tetamu tgh ramai.mana tak pening pala family poengantin kan...

...selalunya, yang buat masalah kalau kenduri or majlis2 cam ni selalu nya sedara mara or orang luar jer lah.kalo family *mak ayah dan adik bradik* slalu takkan buat masalah sbb memasing dah tau tugasan dan aturcara program...

...bila ada org luar yg nak tunjuk pandai, pasti ada masalah yg akan terjadi.mesti majlis perkahwinan ni akan diingati seumur hidup.bukan sebb diorang kawin tapi sebb kekecohan yg berlaku. ralat si ibu nak tgk anak bujang nan sorang , kasih kakak nak tgk hari bahagia adik lelaki sorg , hati lelaki bergelar pengantin nak gembirakan keluarga, maruah keluarga dipikul, adat dijunjung, dan keampunan dr kesilapan dari keluarga perempuan dan rasional dan matangnya pemikiran orang lama dalam perbincangan...

...ini semua buat aku terfikir, bermacam macam.semoga mereka bahagia ke anak cucu. dan jgnlha berlaku cam ni kat aku.mau aku lari terus. kalo aku kawin lah.gelak laa gelak...

... btw, terima kasih bebanyak kat KAK RED , ABG DBI n Y @ darklighter sebab buat spesel entry utk besday aku smalam.yer yer je kan. thanks jugak pd reader n frens yg tinggal msg dan sms kat aku. family dan smer org yg terlibat secara langsung atau secara paksa.*cam buat speech dapat award laks*.sebenarnya aku ni saje je, sbb aku rasa umur aku ni adalah umur pertukaran dr satu peringkat ke satu peringkat yg lain.nantilah aku citer yek...

December 12, 2006

December 11, 2006

...Epi Besday To Me...

ini adalah entry ke 111 aku...

...sudah terang lagik bersuluh kan!! tajuk entry pun dah menwar warkan tarikh kelahiran aku ke dunia ini.sebenarnya entry nie ditulis awal 12 jam lebih dari masa aku dilahirkan ke dunia...

...tepat jam 0350am , 12 December 1981 , aku pun dikeluarkan dari rahim mak aku*bukan orang nama rahim*.masa tu banjir dalam hospital tu.air paras lutut tu.mungkin aku keluar tu terus terjun gaya renang berirama kot, sbb tu aku reti berenang,huahauauhauauh...

...thanks to ma sebab susah payah lahirkan aku, abah yang banyak bersabar ngan karenah aku, adik-beradik yang sentiasa menyokong dan masa yang sama mengutuk aku, aku tak kesah, luv uols!!and the whole full of love family, atuk n nenek di tanah suci, semoga sihat dan dpt menunaikan ibadah dgn sempurna...

...tahun demi tahun aku makin besar dan besar dan besar dan besar sebesar skang.tapi taklah sebesar sofa!!!...

...heip!!! itu bukan aku lah!!!...

...memandangkan mmg tak dak org nak bagik adiah kat aku pun , so pada usia 25 thn ni aku beli la adiah untuk kau sendriik tapi lambat skit dapat.tak kisah lah.janji itu adiah paling besar yang penah aku dapat*walaupun beli sdirik* dalam hidup aku.dulik hapa aku kan...

...yang penting , yg menambahkan makna dan nilai pada hadiah tu adalah ia merupakan hasil titik peluh aku sendirik.insyaallah , kalo tak de masalah lagi*walaupun mmg bermasalahpun* dalam minggu ni leh dapat lah adiah aku.beli sdirik tanpa meminta adiah dari ALONG*matiker mak??*larik...

...okieslah, sesapa rasa bermurah hari dan kesian dgn budak tua nie, usah memalu sesegan nak bagik adiah kat aku.huaahua.tinggalkan alamat atau no tepon atau email kat komen tu nnt aku kontek korang untuk claim adiah tu...

...thanks to budak skoloh tua ni sbb adiahkan aku templete yg baru ni...mekaceh mekaceh...

...harapan aku , semoga aku akan lebih gigih bekerja , dapat capai apa impian dan cita-cita aku yang aku impikan selama ini.murah rezeki dan berjaya segala galanya la...

...kawin??dah lama dah!!!! nikah je blom*matitakmak*teman baru? tah.kalo ade jodoh , ader lah.kalo tak dak cecita aku nak caras laki mak cik yang baru gemuk dan makcik yang tgh diet sakan!!! voley???matilahmak...

... hamik ko!!! sebesarnya kek aku!!...

...itu jer lah kot buat masa skang.nnt aku buat ucapan dihari lahir esok kat opis.agak2 banyak tak adiah aku tahun nie.malam ni kalo tutup henset best gaks ni.mesti cam bengang je org nak call wish aku kan.stakat sms ngan call utk wish baik tak yah.kurang2 , perfume dunhill fresh baru ke satu, tommy 10th ke satu okie gaks.perfume aku yang murahan*bukan beli pasar malam yek!!* tu pun dah kering.matilah demand!!!...

...okies , dengan ini aku mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR KE 25 *dah kertu dah* kat diriku sendiri...happy birthday to you, archmal...

December 07, 2006

...Hurms...

... my 25th besday coming just few more days.diamond jubilee?hiks...

...what i'm dreaming/wish for my besday?later...

...i never celebrate my birthday before. just a buka puasa few years backs.even sometimes i forgot that day is my besday!!! huh!!!...

...still , few friends n family sent sms wishing.thanks n appreciate it.never ever list my wishlist as mak dara.hehehe...

...the best present i'd ever have?dunno.forgot already.got few from friend's while i cook for buka puasa few years back.then , after move from kb, no more celebration or present.uuwwwaaa....

...i celebrated my 24th besday on ship!!! not the cruise lah, tanker!i was working at port klang that time. nothing special. only few sms from frens.tu pun dah basi.the sms me on 15th dec!!!

...so for my 25th besday, i promise myself to buy a present, special one for myself, as long as nobody will give me any present as before.isk isk isk.huahauuahau!!! not expecting present from anybody.i'm a kampung boy, we never practic birthday celebration until my youngest brother was 6 n continues to my niece n nephew. it's ok. i'm to old to celebrate it*pasrah*...

... to me it just a day that our number increase n should know that we should be more matured. as my maturity still at low level comparing with other with same age.so i think i should to think and work on that at this age. my younger brother will get engage this coming march and he's only 22nd!!! n me, still looking for my pathway for my future...

...apa aku bebel ni.dah laa...

...actually , just wondering if i change my blog layout n the concept n theme.or still with the same.maybe the background n banner. what do you think?

sbenarnya aku tengah boring gila ni!!!

ampunkan bahasa inggeris aku yang hancur tapi tetap berangan nak speaking london

December 06, 2006

...Hati dan Perasaan...

...sesekali bercakap serius dan dari hati ke hati tak salahkan?*matilah takut kena carut nie...

...Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita...

...Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang...

...Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang...

...Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang...

...Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan...

...Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Kita selalu tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam...

...Semasa kita dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling kita tersenyum. Teruskanlah hidup kita supaya apabila kita mati nanti, kitalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling kita pula yang akan menangis...

December 04, 2006

...Cinta...

pose pose poster duluk yek...rebiu nnti lah yek.... nak g tgk kali kedua....

December 02, 2006

...Perpisahan...

...lama tak hapdet kan kan.seminggu dah.bz yaamats.balik kampung, keje yg melambak , keadaan diri yg tak sihat.memacam.tak de apa yg menarik untuk dikongsi bersama...

...motif jiwang!! sesekali apa salahnya...

...lama gak dah aku letak lagu bekgraun blog buruk aku ni tapi tak bg lagik lirik kan.apa rasionalnya aku letak lagu sedih gini?motif jiwang karat kan.sker ati aku lah!!huahauhua...

...memang aku menghadapi perpisahan , tapi perpisahan yg aku sendiri hadiahkan buatnya dan yg penting untuk diri aku sendiri.aku fikir aku akan kuat untuk menerimanya, tapi adakalanya aku raa terlalu lemah.bukan menysal , cuma terasa kekurangan apabila ia menjadi sebahagian dari hidup biarpun untuk seketika cuma...

...dah dah, jgn nak speku laks. bukan bersedih sebab meninggalkan si dia tapi rindukan sesuatu yang dirembat oleh adikku, uuuuuuwwwaaaa...

Perpisahan

Ku mengerti perpisahan ini

Bukan kerana kau membenci

Tapi kasih yang pernah ku beri

Tiada lagi bersama

Sering, kala aku terlihatkan mu

Impian nan indah bersulam bahagia

Ku harungi hari demi hari

Bersama wajah tak mungkin akan kembali

Tapi hati masih tak terima

Ditinggalkan sengsara

Keraguan ini bukanlah padamu

Perasaan hati masih rindu

Kekalutan ini hanyalah untukku

Tercari-cari bayanganmu

Tak sanggup aku kehilangan

Kehilanganmu...

Masih tercari-cari...

Keraguan ini bukanlah padamu

Masih tercari-cari bayanganmu

Tak sanggup aku kehilanganmu...

...ihhikss...

tensen tul bila selesema kan....

...satu lagi sebenarnya dengan kerelaan , aku berpisah dengan orang kesayangan. atuk dan nenek aku smalam berangkat ke tanah suci untuk melunaskan rukun islam kelima.aku sebagai cucu kesayangan, amat terasa laa.dulu, kalo aku rasa aku rindu kat atuk ngan nenek aku , kalo tak balik kampung pun , aku call diorang...

...di sebalik kesedihan itu, syukur kepadaNya, kerana dengan izinNya, sampai juga hasrat mereka ke sana.semoga mereka selamat pergi dan selamat kembali.dan mendapat haji mabrur.marilah sesama kita doakan meraka yang ke tanah suci bersama atuk n nenek aku selamat dan sihat sepanjang berada di sana dan kembali semula ke tanah air.insyallah...