...aku sebenarnya tak ada idea nak membebel kat sini tapi nak buat macam mana kan kan... kalau hujan ni lagi lama lagi bagus... dapt OT free...hehehehe..... HARAM tuuu...!! ekceli aku sakti pinggang ni... mungkin kesan daripada pembakaran lemak tepu dalam badan pagi tadi ataupun aku sekarang sedang senggugut... perlu ke feeling wanita muslimah?? kak pnut... kalau period , pinggang sakit kan kan...hehehe***lari***
...sebelum terlupa... aku janji nak cerita pasal mak yong.. tapi rasa malas pulak nak tahep bebanyak... so to kak pnut or sesapa yang berminat nak tahu atau menyibuk nak tau ataupun memang suka amik tahu.... sila tekan sini untuk keterangan lanjut... baca sendiri laa yek... everything complete there...
... tapi atas kebaikan aku... di sini aku tiru tampal serba sikit pasal mak yong...
Mak Yong merupakan satu kebudayaan seni tari tradisional yang masih lagi digemari oleh orang ramai dan kini Mak Yong dipersembahkan dalam bentuk taridra untuk pertunjukan di peringkat antarabangsa. Pada masa dahulu permainan ini dipersembahkan sebaik sahaja selepas orang-orang kampung selesai menuai padi di bendang. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Pattani, Kelantan, Kedah, serta di Kepulauan Riau - Indonesia.
Asal usul Mak Yong dipercayai mengandungi unsur-unsur ketuhanan dan inspirasi. Suatu teori berpendapat dari segi etimologi istilah Mak Yong berasal dari nama Mak Hiang iaitu nama semangat padi dan mempunyai persamaam dengan Dewi Seri, dewi Hindu-Jawa. Mak Yong dianggap sebagai suatu pemujaan terhadap alam dan gejala alam, seperti yang terdapat dalam lirik Lagu Mengadap Rebab, lagu yang mengiringi tarian pembukaan dalam sebarang pertunjukan Mak Yong. Di Kelantan, Mak Yong dianggap mempunyai asal usul terus dari Nabi Adam, keturunan manusia yang mula-mula melalui berbagai dewa, semangat atau wira. Keyakinan ini amat kukuh di Kelantan. Ini menyebabkan genre ini ditafsirkan dalam istilah-istilah yang simbolik dan mistik, seringkali dipetik dari pengajaran Sufi.
Satu lagi kemungkinan ialah Mak Yong berasal dari kepercayaan anismisme dan juga kepercayaan dan amalan perbomohan. Setengah dari pengertian kerohanian yang mendalam yang dihubungkan dengan Mak Yong dan setengah dari simbolisme disekitarnya, jelas menjurus kearah shamanisme. Mak Yong yang bersifat ritual dan yang dipertontonkan untuk maksud hiburan barangkali menunjukkan suatu manifestasi yang lebih awal genre tersebuat bila soal-soal ritual dan penyembuhan menjadi pertimbangan walaupun aspek hiburannya masih juga diadakan. Samada secara sendirian atau digabungkan dengan Main Puteri yang berunsur perbomohan itu, Mak Yong menarik perhatian dan perasaan orang-orang Melayu Kelantan dan ini akhirnya membenarkan perlepasan emosi dan penyembuhan samada melalui penglihatan secara menyeluruh ataupun melalui penglihatan emosi dan psikologi.
Dari segi sejarahnya, Mak Yong terus dipersembahkan dalam kedua-dua bentuk ritual dan hiburan beberapa abad sejak permulaanya dan setelah ia sempurna sebagai suatu genre teater. Satu bukti konkrit yang menunjukkan bahawa Mak Yong telah dipersembahkan dalam abad ke-19 telah dikemukakan oleh Swettenham, yang membicarakan Mak Yong bukan dari jenis istana. Sungguhpun setengah para sarjana begitu percaya bahawa Mak Yong telah benar dipersembahkan di istana Patani dalam abad ke-17, namun dua sumber tunggal dari abad itu yang boleh didapati - Hikayat Patani dan huraian Peter Floris mengenai lawatannya ke Patani - tidak menyebut langsung tentang Mak Yong. Yang demikian, tidaklah mungkin Mak Yong dipersembahkan dalam abad ke-17 di istana Raja Ijau Patani.
Walaupun begitu, kita tidak boleh sama sekali menolak kemungkinan yang Mak Yong pernah dipersembahkan di kampung-kampung di Kelantan dan Patani dalam tempoh itu ataupun jauh lebih lama sebelum menjelangnya abad ke-17.
Dalam bahagian awal abad ke-20 Mak Yong diiktiraf sebagai hiburan istana oleh Tengku Temenggung Ghaffar, seorang putera raja Kelantan dan diletakkan di bawah perhatian dan pimpinannya secara peribadi. Beliau memperuntukkan beberapa kawasan dalam istana lama di Kota Bharu sebagai suatu 'daerah teater' dan menamakannya mengikut nama beliau, yakni Kampung Temenggong. Beberapa buah teater telah dibina di kawasan ini, memberikan berbagai-bagai bentuk corak hiburan tradisional dan di antaranya termasuklah Mak Yong, Menora, Wayang Kulit dan Bangsawan.
Putera Raja itu secara peribadi menaruh minat yang mendalam dalam usaha memilih para pelakon dan melatih mereka. Beliau mengundang dan menggaji pelakon-pelakon dari kumpulan-kumpulan yang aktif di kampung. Sheppard mengatakan bahawa penaung seni diraja ini " dikatakan telah menyara seratus orang pelakon wanita Mak Yong di Kota Bharu pada desawarsa pertama abad ke- 20", dan beliau lebih lanjut menyebut, " bahawa Mak Yong terus menjadi acara hiburan istana yang utama sehingga kira-kira tahun 1920-an". Maklumat ini pada dasarnya boleh dipercayai walaupun barangkali telah ditokok tambah. Kumpulan teater kampung Temenggong ini memberi hiburan kepada masyarakat umum dan juga dipersembahkan di balai penghadapan istana raja.
Semasa zaman Mak Yong mendapat naungan diraja, beberapa pembaharuan yang penting telah diperkenalkan. Watak Mak Yong ( peran lelaki ) dimainkan oleh pelakon wanita. Sebahagian besar para pelakonnya juga terdiri daripada wanita sementara pelakon lelakinya pula diberikan peranan yang tidak penting. Kumpual ini diperbesarkan supaya dari segi persembahan ia menjadi lebih menarik. Persembahan Mak Yong biasanya dimainkan atau dilakonkan oleh sekumpulan pemain yang profesional. Dalam permainan Mak Yong, watak utama adalah Pak Yong - watak lelaki yang dimainkan oleh wanita, Mak Yong - watak wanita utama, sepasang pelawak dikenali sebagai peran, sepasang inang, dan pelbagai watak penyokong seperti dewa, semangat, jin, gergasi, pegawai istana, dan haiwan.Persembahan Mak Yong diiringi oleh alat musik seperti seperti rebab (alat musik bertali tiga),.gendang dua kepala, dan tetawak. Pakaian dan keseluruhan gaya persembahan diubah untuk memperlihatkan status baharu Mak Yong. Pembaharuan-pembaharuan itu pada keseluruhannnya menghasilkan satu gaya yang lebih halus sebagai suatu jenis persembahan yang dapat dapat dibezakan dengan Mak Yong gaya rakyat. Kumpulan Mak Yong di kampung-kampung kekal tanpa apa-apa perubahan pada persembahan mereka sama ada yang bersifat ritual atau hiburan.
Beberapa kumpulan diketahui aktif sejak tahun 1926 hingga 1970, iaitu sejak berlakunya Bah Merah hinggalah tertubuhnya Kumpulan Seri Temenggung di Kota Bharu. Kumpulan Seri Temenggong di bawah pimpinan Allayarhamah Khatijah Awang, memulakan suatu fasa baharu dalam sejarah Mak Yong. Sejak tertubuhnya kumpulan-kumpulan teater Kampung Temenggong, Mak Yong mulai menarik perhatian orang ramai di kampung-kampung di Pantai Timur Semenanjung Malaysia walaupun pada masa kini, bayaran masuk telahpun dikenakan kepada para penonton.
...dan cikgu nari aku dulu adalah sa;ah seorang daripada ahli kumpulan seri temenggong tu lah...matilah dia seterit katanya... bini baru 3 sekarang...merasalah kan... sekarang dah tak ada dah orang main mak yong ni...kalau ada pun for tourism purpose only...tak pure... contemporary ... banyak tokok tambah...pendek kata memang tak asli suci lagi murni... kalau ada yang rasa nak tengok tarian-tarian mak yong... setiap Sabtu ada persembahan kebudayaan untuk tourist kat Gelanggang Seni(Istana Budaya katanya) sebelah malam... tanyalah diorang gtroup mana perform... kalau Kelantan Heritage... confirm ada...(matilah promote Kelantan pulak kan...
... di atas kegigihan aku mengiru tampal ni.. maka dengan ini aku mengisytiharkan bahawa setakat ini saja entry aku kali ini... matilah feeling star kan... di harap semoga anda terhibur denagn persembahan saya kali ini...hingga jumpa lagi di hari dan waktu yang sama minggu depan(matilah feeling pengacara cam Aznil lak kan)**koma**
jangan lupa hantarkan undian anda ke 32999....AFUNDI FAIZAL ,FARHAN , VELVET dan DIDDY (membodek ni)... pejal ngan farhan tu undi bebanyak...diddy undi sikit pun tak per...*larik..
2 comments:
fuyooo entry panjang berjela..igtkan salah masuk blog tadi...
terbalik pulak entry star sana pendek pulak katanya hari ni...
sengugut...tak sesuaiiiiiiiiiiii
mane leh lawan star kak... kita ni taik star jer..tercampak jauh ke bumi....
senggugut...tanya pada yang pakar....hehehe
Post a Comment