October 04, 2007

Cobaan....

betul laa orang kata bulan Ramadhan bulan penuh ujian. Bukan ujian bulanan, bukan ujian penilaian sekolah rendah, atau pun ujian kehamilan yek!! Ujiian menguji setinggi mana Iman kita terhadapNya...

bukan stakat ujian tahan makan minum umpat carut sajah, memacam lagik ujian yang menimpa. Macam hari tu, 4 orang kanak-kanak lemas dalam tali air kat Penang tu. Tu ujian dariNya ke atas ibubapa bebudak tu...

itu bahagian mereka, bahagian kita tatau lagik bila...

kekadang mungkin kita mengeluh. mengapa ujian itu yang kita terima?mengapa dugaan itu harus kita hadapi? kenapa org lain tidak terima ujian yang sama seperti yang kita terima?? mengapa harus kita??

kita suka mempertikai kataNya...

Dia Maha Mengetahui. Dia takkan menurunkan ujian itu jika Dia tahu hambanya tak mampu menanggung ujianNya. Dia takkan sesekali menganiaya hambanya. UjianNya itu adalah untuk menguji taahap keimanan dan mendekatkan diri hambaNya kepadanya...

kita sebagai hambaNya perlu redha dan tabah serta sabar menerima segala ujianNya. tentu ada hikmah dan rahmat disebalik ujian itu. menambahkan keimanan dan ketakwaan kita padaNya. menjadikan diri diri kita lebih kuat untuk hadapi hidup sebagai manusia...

sentiasa ingat, kerana Dia kita ada, dan kepada Dia kita kan kembali. apa pun ujian yang mendatang sentiasalah berdoa kepadaNya. berusaha dan bertawakal sentiasa atas apa jua ujian yang mendatang...

bukan ceramah agama nie, pesanan untuk diri sendiri jer.aku bukannya ustaz... maasalamah...

No comments: