it's a beautiful morning. cuaca baik. mood baik. semua nya baik laa. pekehei laa pepagi buta dah membebel ni kan...
sesuatu yang amat jarang aku buat rasanya.selalunya kalo tak petang mesti mlm or awal pagi (baca:pontianak), tp ni pepagi buta dah update. lama dah tak buat tabiat update pagi nie. almost one year kan.since i was at the gas factory. skang kat hi tech company gaks. best best!!!
finally , this morning the bank release my paycheque. baper hari daaa nak clear. tension tul jd org mesken nie...
aku g depositkan cheque tu on thursday, lunch hour, kul 1314pm. tu yg tercata kat slip dia la. then tulis kat situ, kalo deposit sblm kul 1400 kira late clearence kan. then, ok laa dlm perkiraan aku on monday dah settle laa. leh soping raya!!
then, on friday aku balik puchong umah akak aku, tanya dia pasal check clearence. dia keje bank so dia tau laa. dia ckp 2 hr je cehck skang. then saturday aku check x dak lagi. still can be considered laa sebb saturday tu kan cuti nuzul al quran...
sabar jer laa kan...tp mmg bengan lah ngan bank rimau nie. pagi smalam masa on the way g kerja adalah check. skalik tarak!! sentap!! dah laa dah mesken!!1 then, sampai kat opis aku call bank rimau tu, then dia kata dah dikredit ke akaun.hepi ni. masa balik nak g withdraw n bayar apa yang patut dibayar. tak de gaks. mmg bengang giler laaa...
ingat pagi nie kalo x de gak mmg aku yang jd rimau kat bank rimau ttdi tu!! sib baik. tu yg mood baik jer ari nie...
then pagi tadi otw dtg keje, dgr radio panasfm, crite pasal duit raya. best jer topic.
“Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang tidak beriman) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan-Nya). Dan apa jua harta yang baik yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang baik, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.”(al Baqarah ayat 272)
Bagi duit raya ni bagi aku samalah cam bagi sedekah. Itu yang sebenarnya. Tapi dah ajadi cam adat atau kelaziman kita memberi duit raya yang menjadi satu kemestian setiap kali tibanya Syawal.
Kalau masa zaman aku kekecik dulu, dapat lima posen tu kire best gile dah. Kaya kejap. tapi skang nie, bagi dua hengget kat budak, siap ada sound effect, 2 hengget je, nak beli Cornetto pun tak lepas. Siap buat muka tu!! Sabor jer la.
So, pada pendapat korang la kan, baper hengget agaknya nilai yang sesuai untuk diberi pada bebudak yang datang raya sekarang nie?
Aku plan nak tido jer raya ni sebab kalo raya kat umah atuk aku kat klate, budok ramei giler. tu lum kire lagi sepupu sepapat yang dah tatau berapa puluh orang. Pokai laa pak cik. Bila time bebudak mintak duit raya wat muka blurr kan. Mesti best!!!
p/s:aku rasanya dah dapat selatkan RM 300 sbb dah sound awal2 tak da s\duit raya tahun ni tuk anak2 buah aku... mak bapak dorang kalo bising aku fire je!!