November 08, 2006

Raya'06 :Balik Kampung Lagi

... lima belas minit perjalanan tidak terasa.diselang seli gelak ketawa dan kutuk mengutuk kami berempat menghilangkan boring perjalanan yang singkat. segar terasa menghirup udara kampung halaman yang dihijaukan oleh hutan dara dan kelapa sawit yg meluas.sesekali bau najis lembu yang bersepah di jalan. sungguh damai yg mengasyikkan...

...keluar je dari pintu kereta aku menggeliat kepenatan.perjalanan dari kuala lumpur dan ditambah 15 minit perjalanan ke rumah ibu bapaku amat memantkan.kantuk.sangat. aku masih tidak sempat melelapkan mata walau seminitpun sejak semalam. aku mengangkut bagasi dari bonet ke rumah...

... gegak gempita rumah abah yang tak seberapa itu.aku , abah, ma , abg dan kakak iparku nan satu, dan 2 orang adik.sesekali bertemu, banyak cerita.abah sememangnya banyak berdiam.paling tidak pun mengangguk atau menggeleng.sesekali tersenyum ketika kami tergelak berdekah-dekah...

...abang sibuk memujuk ma untuk berbuka puasa di rumahnya.ma menolak.abah tetap denagn keputusan untuk balik ke kelantan tengahari itu juga.puas aku dan adik membantu memujuk, tapi tetap dgn keputusan muktamad.keputusan sudah dipasak.tidak berganjak walau sekelumit...

... sesudah membersihkan diri, aku diajak oleh ma untuk membeli ayam pencen. 5 ekor untuk dibawa pulang bersama ke kelantan. memang kegemaran kami sekeluarga.pak cik aku dah memesan awal-awal pada ma untuk membawa pulang ayam pencen kegemarannya...

...kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 12 tengahari.singgah di pekan paka.rumah nenek sebelah ma.sempat lg menapau bahulu yang dibakar menggunakan dapur arang yang sedang dalam proses oleh mak cik aku.sapa suruh offer...

... setelah bermaafan dgn makcik pak cik dan nenek aku, kami teruaskan perjalanan ke kelantan.akhirnya aku berjaya melelapkan mata sejam kemudia.sakit leher dan lenguh kaki kerana sempit.kereta abah yang tak berjenama itu sarat dengan kami berlima.dah la kaki masing-masing panjang.berlipat-lipat la...

...jam lima petang sampai di rumah nenek di machang kelantan.peant teramat. aku mengarahkan adikku yang paling bongsu mengangkat barang dari bonet kereta.terkejut orang kelantan.beg-beg besar keluar satu demi satu. seolah akan terus menetap di sana lagaknya.kami ketawa sahaja.yerlah.sorang satu beg.termasuk beg abah yang akan dibawa ke luar pantai sempadan vietnam pada raya ketiga nanti...

...aku bersembang ala kadar.mengantuk.penat.sekadar bertanay khabar dan aku terus ke bilik untuk zzzzzzzz.jam 6 setengah petang baru aku tersedar.terdenagr suara mak cik aku yang tingga; di kajang.baru sampai agaknya...

... mereka bertolak dari kajang jam 6 pagi.hanya sampai 12 jam kemudian melalui jalan gua musang.keadaan sangat sesak.orang ramai mula balik.seperti yang dijangka.kawan aku juga terperangkap dalam kesesakan itu.perjalanan kuala lumpur- kelantan mengambil masa kira-kira 7 jam menjadi 16 jam.bayangkan betapa seksanya perjalanan di bulan puasa...

... aku , pak cik dan adik aku sempat ke bazar ramadhan bandar machang.sesak.itu sahaja yang mampu aku ucapkan.nak berjalan pun amat menyaksakan inikan pula membeli juadah.tak sanggup bersesak kami mengambil keputusan untuk pulang sahaja.terserempak dengan rakan serumah aku yang lama tu. buat tak nampak je. cantek ke??...

... to be continues...

p/s:hamik ko kak red.bersambung lagik nie.sampai abis bulan raya laa jawabnya novel raya o6 aku nie...mmmmmrrraaaaaaassssssaaaaaaa!!!

3 comments:

Red Mummy said...

astaga

woii raya nak abih lah weiiihhh

ko ni mmmg nak nyusahkan aku baca citer puasa ko yg dah basi tu kan.

siap la pasni fb lak maki ko!

eh benti2 ler cite puasa ni, aku nak cite raya laaaaaaaaaaaaaa

wenkt said...

takkan tak suka balik kampung lak?

the melted lady said...

cite cam dalam novel..prolog ke epilog ni.. leh lompat-lompat laks citenya eh. time travel ke ni..

btw, sape housemate ituw? adakah aku juga mengenalinya..? Saspen ni...