May 24, 2006

... dan aku....(entry yang over)

... dan aku kembali dengan satu agenda dan falsafah baru yang aku sendiri pun tak faham sebenarnya.. ntahlah kekadang(ke..bukan selalu ) aku rasa macam aku tak kenal sapa diri aku sendiri... seperti seorg yang telah hilang arah haluan serta jati diri yang entah ke mana-mana...

...dan seorang yang mencari diri.... apakah aku baru terjaga dari lena yang amat panjang?.. aku sendiri pun tidak pasti apakah jawapan pada persoalan yang aku timbulkan sendiri....

...dan azam seorang aku... mulakan ceritera baru untuk kisah yang akan mendatang.. dan akan kuubati segala luka nanah berbisa dihati yang telah dirobek oleh meraka yang tak pernah bersyukur dan menilai erti harga diri dan maruah seorang aku....

... dan mata-mata yang menjeling ejek, mulut-mulut yang berbisa memadahkan segala hamun itu akan ditutup, biar mereka tahu aku bukan seorang yang mudah mengalah dengan kegagalan lalu...

... dan akan ku hadiahkan sebuah senyuman buat mereka yang menitiskan air mata di atas kegagalanku yang lalu....

p/s: matilah aku entry yang berangan feeling , motivasi diri katanya...

1 comment:

Encik Ayie Yang Garang said...

hidup mesti dgn pedoman,
supaya tak tersesat jalan,

jiwa mesti ada jati diri,
supaya tidak tercari cari identiti,

tidur akan ada bangkitnya,
kecuali kalau maut penghujungnya,

cerita boleh baru,
tapi plot cerita jgn haru biru,

biar ada yang mengejek,
biar ada memandang jelek,
biar ada yang tertawa tergolek,
tapi engkau mesti berperangai molek...

kerana itu membezakan engkau, aku, dia dan mereka.