September 18, 2006

...Pentas...

LOKASI : Pejabat Supply Chain and Product Management , Kilang Gas Yahudi

MASA : 1855 pm

PROPS : meja kerja berserabut ngan kertas di sana sini berselerakan di atas meja

PELAKON : lelaki yang sedikit tembam , berkulit sawo matang dan bercermin mata

KEADAAN : sedikit kepenatan akibat keletihan bekerja dan serangan migrain

EMOSI : stabil

...pening kepala....

...penat.mental dan fizikal.lapar pun ada...

...kosong fikiran.sedikit mengantuk.akibat kurang tidur semalam...

...tetiba terfikir.adakah aku sezalim itu menuduh sembarangan perlakuan orang yang tidak pernah dikenali? mengapa satu gurauan daripada seorang abang kepada adiknya dianggap sesuatu yang mengguris hati sang adik?...

... adakah dengan ketawa yang gembira dianggap sebagai satu halaian yang kejam menuduh tanpa wasangka?...

... adakah sang adik terlalu sensitif atau sang abang yang tidak peka?...

... itu hanya satu gurauan.dengan hilai tawa.bukan tuduhan atau apa yang kau fikirkan , kata sang abang...

... itu sudah cukup buatku terasa seolah aku seperti orang itu yang mengongkong hidup temannya...

... kau yang terlalu sensitif. tak menganalisis cara, ayat , intonasi dan segala gerak laku orang yang bercakap. kau tidak terlalu muda untuk berkelakuan terlalu sensitif seolah kau seorang anak kecil yang baru belajar bertatih...

... kau tak pernah memahami dan merasa apa yang ku rasa. kau tidak berada di tempat ku. kau tak lalui onak ranjau hidup aku...

... belajarlah matangkan diri.matangkan akal.kita tidak semakin muda. sewajarnya , akal fikirmu lebih matang dariku atas pengalaman hidup memijak segala ranjau hidup mu. SEPATUTNYA. tapi kau, tunjukkan dirimu lemah. meraih simpati.terlalu bergantung dengan orang lain...

...tiada makhluk yang bernama manusia yang waras , tiada masalah yang menimpa.TIADA. tapi berbeda masalahnya. berbeda persoalannya.berbeda komplikasinya. walau apa pun yang dayang , harus bijak menyelesaikan permasalahan itu...

...kenali masalah itu, analisa persoalannya, selidik puncanya, dapatkan penyelesaiannya. nah , selesai satu masalah...

...argh ,teori penyelesaian masalah adalah senang dibicara, sedang pengaplikasiannya tidak semudah itu...

...alasan yang tidak mahu menghadapi masalah. kau sudah tidak muda lagi untuk mengharap belas simpati orang.kau tunjukkan kelemahan diri dengan memancing simpati orang lain.sehingga kau dituduh bermacam gelaran. kau nafi tapi itu yang orang lihat. fikirkanlah...

... selagi kau mengharap pertolongan simpati orang lain sepanjang masa, kau takkan menjadi orang yang lebih baik.cubalah belajar berdiri di atas kaki sendiri. itu akan membuktikan kau bukan seperti yang dituduh oleh meraka yang cuba memahami kamu tapi kamu yang tidak cuba memahami orang lain...

... kuatkan semangat.usaha tanpa toleh.aku tahu kau mampu.dan aku tahu kau lebih tabah dariku kerana kau dah tempuhi segala ranjau itu lebih dari diriku.itulah pentas hidup...

Opera Hidup

Hidup bagaikan pentas opera

Tirai hidup dibuka

Ceritapun bermula...

Oh..Oh..Oh..Oh..

Hidup bagaikan pentas opera

Musik hidup bergema

Asyik insan bermula

Oh..Oh..Oh..Oh..

Lakonkan dengan semangat kejujuran

Sinarilah hatimu oh kesucian

Oh..rempuh api kepalsuan

Pastikan keadilan

Pastikan jaya

Hidup bagaikan pentas opera

Rentak lakon bermula

Siapakah wiranya

Oh..Oh..Oh..Oh..

Kita kecewa dan menderita

Lumrah alam biasa

Pastikah kau wiranya

Oh..Oh..Oh..Oh..

Lakonkan penuh bersemangat wira

Pastikan langkahmu oh keyakinan

Oh..Leburkan ketidak-adilan

Pastikan kedamaian

Pastikan jaya

...entry ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati.sekiranya ada, itu hanyalah kebetulan yang tidak disengajakan.penerbit tidak akan bertanggungjawab atas segala yang berlaku...

No comments: