August 29, 2006

...Hurms...

...aku tak tahu nak lauhkan pada siapa.aku tahu ramai yang akan mempersalahkan aku atas apa yang aku alami.aku yang bodoh.bahlul.terlalu ikut perasaan.aku sendiri yang cari penyakit.dan sakit yang datang , nak tak nak aku terpaksa lalui...

...mungkin ada rahmat disebalik kejadian.huh!!memujuk hati sendiri. tapi itu kebenarannya. mungkin sebab apa yang berlaku mmg melanggar hukumnya.lantas , aku diduga begini. namun, apa daya ku.aku tak berdaya melawan nafsu binatang yang meronta mahu dilampias dan dipuaskan dek kelemahan iman , maka syaitan pun mengusai diri...

...bukan kau nak tunjuk baik.bukan nak tunjuk aku ni alim.sekadar meluah apa yang terbuku dibenak yang tersalur dari hati yang tidak suci.ya, hati yang suci takkan jadi seperti aku. songsang.seperti orang gila.yang tak mahu menerima kelurusan.tetap tegar memilih yang terlarang...

... bukan kehendakku.bukan menyalahkanNya.cuma aku.aku yang tak terdaya melawan pujukan syaitan yang membelenggu hati.bukan sehari.bertahun lama. aku tewas.sekuat mana pun aku melawan, sebanyak itulah ketewasan yang aku terima.aku pasrah...

...mungkin?tidak.memang. aku menurut hati.kenapa? sebab aku punya perasaan. disayang. dimanja.dibelai.tidak cukupkah kasih sayang yang diberi kelurga?aku tak tahu.apakah punya persamaan antara kasih keluarga dan cinta seorang kekasih.tidak sama sekali...

...ya.aku mmg hamba cinta.aku sangat percaya pada cinta.tapi tidaklah sampai melebihi cinta padaNya.cintakah aku padaNya sedang aku melawan tuntutanNya?kembali?aku tak berdaya.bukan tak pernah mencuba.pernah.berkali-kali.tidak aku tidak mampu....

...nafsu itu telah mengusai jiwa.aku lemah.iman.jiwa.tika susah baru ku teringat padaNya...

...salahkah aku mencintai seorang lelaki?memang salah! luar dari kewarasan akal.terpesong dari tuntutan kejadian manusia.tapi , aku tak mampu.itu saja yg mampu aku buat.cinta seorang lelaki sedangkan diciptakan seorang wanita untuk lelaki...

...dan ketika cinta palsu kononnya menya, aku korbankan segala.bila dinafikan cinta palsu itu, aku kecewa.kecewa?sedikit.marah?sedikit.terkilan?ya.aku terkilan.kenapa manusia suka mengambil kesempatan atas keikhlasan orang lain.kononnya inginkan ketulusan.keikhlasan, kejujuran.sedang diri sendiri tidak.palsu.penipu.pendusta!!...

...aku ingin menangis.tapi , itu bukan aku.biarlah hati saja menangis atas keterkilanan itu. itu bukan aku.menangis kerana seorang lelaki sedangkan aku juga seorang lelaki!!

lelaki kah aku jika aku mencintai seorang lelaki?

lelakikah aku jika aku suka dan ingin dibelai lelaki?

lelakikah aku yang suka bermanja dengan lelaki?

lelaki kah aku?

...biarlah mereka hidup denagn dunia mereka.aku bukan jenis pendendam. aku pasrah. biar dikecewa sejuta kali, aku tetap kuat.biar orang lihat ketawaku sedang hatiku menangis meratap hiba...

...bukan hendak menagih simpati.sekadar meluah terbuku dihati...

aku tak perlukan komen dari sesiapa. hak anda untuk memberi pendapat.make it positif.kalau nasihat untuk aku berubah, lupakan.i'm matured enough to choose what i want in my life.mind your own life.everybody got one.but why still mind other people life??

...masihkah ada yang sudi... bukan rupa jadi ukuran , bukan harta jadi igauan, hanya ketulusan hati menyayangi dan mencintai ku seadanya, sepertimana aku...

p/s: sila abaikan entry yang mengarut nie.

6 comments:

Anonymous said...

ni apa kehei nyer kome ni? melalut tak tentu pasal? awat hang rasa dah nak berubah ker?? Khkahkahak

Red Mummy said...

huwaaaaa

insaflah wahai ummah...

bla bla bla...ngantuk aa nak tido

Unknown said...

U ols, we are who we are... mmg kita dah dilahirkan untuk menyintai sesama jenis... whatever happen between us and God is a different matter.

Mak nak wish u ols good luck dalam pencarian u ols..ehh ke dah jumpa dah?? Better get to know him better mate! :)

Archmal Gustov said...

anony... kome ni kenape? melalut ke teman ni?luahan rase ajer... ke kome nak jadik boifreng teman... siut je...sapa tatau nie...


kak red... ppppppiiirrraaaahhhhh!!!

auntie lee*matilahmak*...
yes uols, we are whoe we are... no matter what it is kan...

tengah gigih mencarik katanya...matilah asyik kena cindai jer*nanges*... entah laa...melayu ni susah skit...keje nak main jer.. hengat mak ni pelaccur cam uolsk e*ooppss* larik ...

Anonymous said...

mung nok cari lelaki berimang yang boleh membimbing mung ke jalang yang lurus ke??? sataement artist ni..hehehe..lari losong le..makan khepok..

Anonymous said...

No komen tapi nak komen. Ekekes.

Dunno what to say, dunno what to talk...

Tapi memang tingin nak makan kepok gentel tuh

Kepok losong best hape...

From me lah... Azhar Ahmad Life Blog

blogspot neh hampeh tul