December 28, 2007

Selesai...

akhirnya, kerja yg membizikan dan meletihkan aku since raya till last week berakhir... penat otak!!

jadi wedding planner utk adik beradik ni memenatkan. banyak songeh. nak tambah itu, nak buang ni, itu boleh, ini tak boleh. memacam hal...

tapi alhamdulillah... selesai jugak. tak nak bebel pepanjang. tgk jer laa pic nie.

HANTARAN

cikelat

kachoot

telekom

buoh kaler meroh semer

pulut semangat

cupcakes

kain pasang...

henbek...

comestix ploduck...

to be continued....

December 18, 2007

Huh!!

cinabeng nyer archmal... kata nak updet tp NON ADO!!!

aku teramat-amat laa bz... bz ngan keje. nanti dah dapat pojek 10 M tu nnt bz lagik ke ek?

then, bizi ngan wedding adik aku... sgt bizi... penat giler... walaupun tak puas hati... nnt aku post pic wedding tu skali ngan kenduri kat umah aku kat teganung ni, including hantaran, sekitar majlis n plamin yg aku sdiri akan buat... hehehe...

btw... sesapa rasa gatal nak kawin tu kontek laa aku utk wed planning n tempahan pelamin smer... i think its about time to make it real... org tua ni memula je tak suka.. lelama tgk kita dah ok ngan keje tu diorg tak kisah laa kan kan...

okies... godda go... daa...

December 06, 2007

Woit!!!

aku bizi...

bizi giler

... pak abu kalau buat plamin kena tgk baju pengantin...

mende kaitan tatau...

bahang rambang nggoh!!!*tanya dbi utk translation*

bizi wat ape??

ada lah....

dan ada kaitan ngan mender nie...

nak tau.... tunggguuu.....

next week kompom updet!!!

November 28, 2007

Tiga Trillion???

aku ni kan sebenarnyo bodoh dan bengap dalam ilmu hisab. kalo ilmu hisap teror laaa...*larik*

cam yang semua org dah tau tuntutan dari HINDRAF tu kan kan. sib baik kali ni aku dah tau awal-awal pasal perhimpunan nie. tak macam Perhimpunan Bersih hari tu, memang aku tak tau langsung. lagipun masa tu umah aku lom ada televisyen. so mmg tatau laa pasal BERSIH segala. tau tau orang ramai kat situ...

orang tgh kemaruk bercinta semula ni mmg gila kan. dia hengat ini donea dea yang funya!!! matilah hidup ko archmal!!!

masa perhimpunan bersih tu aku terselamat sbb sebelum sessi perang tu, aku dah sampai area situ. masa tu orang dah penuh kat masjid jamek tu.siap ade helikopter polis lagi terbang rendah area situ. aku buat tak tau je la sbb masa tu aku nak g beli barang kat masjid india tu...

aku kuar Semua House selepas kejadian 'perang'. masa perang tu kan hujan tgh lebat. masa tu aku kat dlm semua house. pas soping tu kitorang lepak kat mamak depan Bank Muanalat tu. masa tu dah abis dah 'perang' tu. tapi sisa-sisa tu ade lah...

masa lepak kat mamak tu diorang sambung balik 'perang. tatau cam ner keadaan kat luar tu. yang aku nampak masa tu asap dari gas pemedih mata je berkepul-kepul kat luar tu. orang ramai pun penuh masa tu lari masuk mamak tu...

kaya mamak tu kan hari tu... 90% dari pelanggan dia orang yang sertai perhimpunan BERSIH!! aku n geng selamba je sembang hu ha hu ha bantai gelak kekuat. buat tak tau je...

kalo kena bantai hari mau paling koman ICU . la la la la la lala...

eh tadi aku cite pasal Hindraf kan? Bengong tul laaa...

lama dah aku tak meroyan membebel cam ni kan... rindu tak ??*kedip kedip mata*

... to be continue la... bz nie....*bley?*

November 27, 2007

Penyapu Sampai Bersih??..

aku undi Idea bagus dan penyapu amat bertepatan ....

don't blame me...!!

everybody got their own right to give their opinion kan...

bagi aku laa kan.... MB Selangor buat satu keputusan yang bijak. aku pun tak tahu apsal aku suka MB buat gitu... matilah pas ni aku kena ban...

rasionalnya, realiti kakitangan awam malaysia ni kurang produktif. bukan semua. sesetengah. kalo cakap semua kang ader yang sms maki hamun nun dr putrajaya!

so , kalo dah surat berkotak-kotak dah hantar, email dah berdozen-dozen, cara yang paling efektif adalah mneggunakan cara yang agak 'keras'!!

apa yang peliknya kan. ni bukan kali pertama anugerah penyapu diberikan, kali kedua. tapi apsal baru tahun ni kecoh ek??

sbenarnya banyak lagik nak cakp tapi tak leh cakap. nnt kena masuk ISA. skang ni tgh panas. kang tak pepasal kena Akta Hasutan kang naya jer. walaupun masa Perhimpunan Bersih ari tu aku ada kat situ, tapi tak kena tangkap pun.heeheheh... siap leh catwalk depan abg2 FRU depan masjid india...

mana nak kena tangkap dengan sluar pendek. tak nampak cam nak gi perhimpunan pun. pepakcik n memakcik yang join tu smer berkopiah dan bertudung labuh. parti politik mana tatau...

antara tuntutan BERSIH hari tu adalah...

aku tak mao komen gaks... taaakkuuttt.... tapi rasanya kerajaan perlu juga fikirkan tentang tuntutan mereka ni jika kerajaan mahu membuktikan ketelusan mereka...

semangat nampak amik pic orang... meh sini ko aku amik pic ko laks!!

eh... cam kendo laks abang nie... pusing sini skit bang nak amik pic... bukan depan laaa..

blakang dah laa.. ko feeling kan abg... walaupun kendo nak suruh aku amik pic depan ... sian kat anak bini ko kang kalo ko kena ISA!!!*ni no phone i, call i nanti*

uiks... ramainyer orang...camner aku nak balik nie???

cam best jer keta merah tu kan... nak test drive leh ??

November 22, 2007

Ek Elerrr!! poyo lerr...

korang ni dah tau aku tak update apsal masuk gak melanguk kat blog aku nie?? sker ati aku laa aku nak update ke tak ? blog ko ker?? ko ingat aku nie gila cam ko keje nak update blog je?? ko ingat kompeni aku bayar gaji aku suruh update blog??

hiks hiks... matilah teknik elak kena maki sbb dekat 2 bulan tak update. last updet 2 days before raya ek??muaahahahaha...

hilang nafsu nak berblog sebenarnya... ikelas tau i bagi tau...

dalam masa dekat 2 bln ni memacam perkara berlaku. ada manis, ada masam, ada kelat, ada pahit, pedas ... smer rasa laaa ada. memacam hal, memacam peristiwa. alhamdulillah... dapat dilalui dengan kesyukuran...

motif ?? syukur??

syukurlah masih leh bernafas lagi. lom mati lagik. lom kena kambos lagik!! kan kan

syukur dengan kurnianNYa...

kan hidup ni satu kurniaanNya...

asalanya terfikir nak tutup jer blog ni, tapi lepas difikir-fikirkan, apa salahnya berblogkan. walaupun tah berapa kerat jer masuk blog nie, at last ade lagi yang sudi mendengar dan menghargai setiap patah kata aku yang selalunya tah hapa hapa merapu meraban nie..

i really appreciate who ever appreciate me as who i am, as what i am, as how i am, etc

kadangkala kita seakan terleka dengan apa yang kita ada sekarang...

adakalanya kita lupa berterima kasih pada yang memberi..

dan...

ada ketikanya kita alpa dengan nikmat pemberianNya...

S E H I N G G A

kita disedarkan tentang kehilangan apa yang kita ada

kita dikejutkan dengan penolakan permintaan

kita dicelikkan dengan nikmat yang ditarikNya...

sudah terhantuk baru nak terngadah...

itulah kita sebagai manusia, tak pernah lepas dari kesilapan walaupun kesilapan yang sering kita lakukan...

berulang kali...

berkali-kali...

juga acapkali...

tapi bukan bentong kali di batang kali... muahahaha

apa yang sudah tu sudah lah, yang dah berlaku tak perlu dikesali, ambil ia sebagai pengajaran, belajar dari kesilapan itu...

cakap senang laa, tak kena batang hidung sendiri mana tau kan...

so..

sebelum terkena, belajarlah hargai segala yang disekeliling kita...

hargai keluarga...

hargai alam

hargai teman.

hargai yang tersayang *i love you so much sayang*

sekian....

October 10, 2007

Eid Mubarak....

tup tap tup tap... sekejap jer sebulan kita puasa. dah nak raya dah lagik sehari dua...

masa cepat berlalu, things happen life still have to move on kan...

malam ni aku dah nak balik kampung. cam biasa lah, mana lagik. klate lagik la...

tahun ni ta kde feeling nak buat telenovela cerita raya cam thn lepas.so dun worry!!!

dikesempatan lebaran yang bakal menjelma, aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dan keampunan dari korang la jika ada silap dah salah, tak kira lah, sedar atau pun tak. mana yang terasa atau merasa semasa atau setelah membaca apa yang aku bebelkan kat sini, atau pun masa kat tengah jalan raya, time korang buat bangang bawak keta cam org bingai, ataupun memang teterang aku maki hamun korang...

sedangkan Nabi ampunkan umat ini kan pula kita sesama sendiri yang berangan vast!!!lariik...

okies la, akhir kata...

berhati-hati ketika balik kampung....

October 04, 2007

Cobaan....

betul laa orang kata bulan Ramadhan bulan penuh ujian. Bukan ujian bulanan, bukan ujian penilaian sekolah rendah, atau pun ujian kehamilan yek!! Ujiian menguji setinggi mana Iman kita terhadapNya...

bukan stakat ujian tahan makan minum umpat carut sajah, memacam lagik ujian yang menimpa. Macam hari tu, 4 orang kanak-kanak lemas dalam tali air kat Penang tu. Tu ujian dariNya ke atas ibubapa bebudak tu...

itu bahagian mereka, bahagian kita tatau lagik bila...

kekadang mungkin kita mengeluh. mengapa ujian itu yang kita terima?mengapa dugaan itu harus kita hadapi? kenapa org lain tidak terima ujian yang sama seperti yang kita terima?? mengapa harus kita??

kita suka mempertikai kataNya...

Dia Maha Mengetahui. Dia takkan menurunkan ujian itu jika Dia tahu hambanya tak mampu menanggung ujianNya. Dia takkan sesekali menganiaya hambanya. UjianNya itu adalah untuk menguji taahap keimanan dan mendekatkan diri hambaNya kepadanya...

kita sebagai hambaNya perlu redha dan tabah serta sabar menerima segala ujianNya. tentu ada hikmah dan rahmat disebalik ujian itu. menambahkan keimanan dan ketakwaan kita padaNya. menjadikan diri diri kita lebih kuat untuk hadapi hidup sebagai manusia...

sentiasa ingat, kerana Dia kita ada, dan kepada Dia kita kan kembali. apa pun ujian yang mendatang sentiasalah berdoa kepadaNya. berusaha dan bertawakal sentiasa atas apa jua ujian yang mendatang...

bukan ceramah agama nie, pesanan untuk diri sendiri jer.aku bukannya ustaz... maasalamah...

October 02, 2007

Celoteh...

it's a beautiful morning. cuaca baik. mood baik. semua nya baik laa. pekehei laa pepagi buta dah membebel ni kan...

sesuatu yang amat jarang aku buat rasanya.selalunya kalo tak petang mesti mlm or awal pagi (baca:pontianak), tp ni pepagi buta dah update. lama dah tak buat tabiat update pagi nie. almost one year kan.since i was at the gas factory. skang kat hi tech company gaks. best best!!!

finally , this morning the bank release my paycheque. baper hari daaa nak clear. tension tul jd org mesken nie...

aku g depositkan cheque tu on thursday, lunch hour, kul 1314pm. tu yg tercata kat slip dia la. then tulis kat situ, kalo deposit sblm kul 1400 kira late clearence kan. then, ok laa dlm perkiraan aku on monday dah settle laa. leh soping raya!!

then, on friday aku balik puchong umah akak aku, tanya dia pasal check clearence. dia keje bank so dia tau laa. dia ckp 2 hr je cehck skang. then saturday aku check x dak lagi. still can be considered laa sebb saturday tu kan cuti nuzul al quran...

sabar jer laa kan...tp mmg bengan lah ngan bank rimau nie. pagi smalam masa on the way g kerja adalah check. skalik tarak!! sentap!! dah laa dah mesken!!1 then, sampai kat opis aku call bank rimau tu, then dia kata dah dikredit ke akaun.hepi ni. masa balik nak g withdraw n bayar apa yang patut dibayar. tak de gaks. mmg bengang giler laaa...

ingat pagi nie kalo x de gak mmg aku yang jd rimau kat bank rimau ttdi tu!! sib baik. tu yg mood baik jer ari nie...

then pagi tadi otw dtg keje, dgr radio panasfm, crite pasal duit raya. best jer topic.

“Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang tidak beriman) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan-Nya). Dan apa jua harta yang baik yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang baik, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.”(al Baqarah ayat 272)

Bagi duit raya ni bagi aku samalah cam bagi sedekah. Itu yang sebenarnya. Tapi dah ajadi cam adat atau kelaziman kita memberi duit raya yang menjadi satu kemestian setiap kali tibanya Syawal.

Kalau masa zaman aku kekecik dulu, dapat lima posen tu kire best gile dah. Kaya kejap. tapi skang nie, bagi dua hengget kat budak, siap ada sound effect, 2 hengget je, nak beli Cornetto pun tak lepas. Siap buat muka tu!! Sabor jer la.

So, pada pendapat korang la kan, baper hengget agaknya nilai yang sesuai untuk diberi pada bebudak yang datang raya sekarang nie?

Aku plan nak tido jer raya ni sebab kalo raya kat umah atuk aku kat klate, budok ramei giler. tu lum kire lagi sepupu sepapat yang dah tatau berapa puluh orang. Pokai laa pak cik. Bila time bebudak mintak duit raya wat muka blurr kan. Mesti best!!!

p/s:aku rasanya dah dapat selatkan RM 300 sbb dah sound awal2 tak da s\duit raya tahun ni tuk anak2 buah aku... mak bapak dorang kalo bising aku fire je!!