October 10, 2007

Eid Mubarak....

tup tap tup tap... sekejap jer sebulan kita puasa. dah nak raya dah lagik sehari dua...

masa cepat berlalu, things happen life still have to move on kan...

malam ni aku dah nak balik kampung. cam biasa lah, mana lagik. klate lagik la...

tahun ni ta kde feeling nak buat telenovela cerita raya cam thn lepas.so dun worry!!!

dikesempatan lebaran yang bakal menjelma, aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dan keampunan dari korang la jika ada silap dah salah, tak kira lah, sedar atau pun tak. mana yang terasa atau merasa semasa atau setelah membaca apa yang aku bebelkan kat sini, atau pun masa kat tengah jalan raya, time korang buat bangang bawak keta cam org bingai, ataupun memang teterang aku maki hamun korang...

sedangkan Nabi ampunkan umat ini kan pula kita sesama sendiri yang berangan vast!!!lariik...

okies la, akhir kata...

berhati-hati ketika balik kampung....

October 04, 2007

Cobaan....

betul laa orang kata bulan Ramadhan bulan penuh ujian. Bukan ujian bulanan, bukan ujian penilaian sekolah rendah, atau pun ujian kehamilan yek!! Ujiian menguji setinggi mana Iman kita terhadapNya...

bukan stakat ujian tahan makan minum umpat carut sajah, memacam lagik ujian yang menimpa. Macam hari tu, 4 orang kanak-kanak lemas dalam tali air kat Penang tu. Tu ujian dariNya ke atas ibubapa bebudak tu...

itu bahagian mereka, bahagian kita tatau lagik bila...

kekadang mungkin kita mengeluh. mengapa ujian itu yang kita terima?mengapa dugaan itu harus kita hadapi? kenapa org lain tidak terima ujian yang sama seperti yang kita terima?? mengapa harus kita??

kita suka mempertikai kataNya...

Dia Maha Mengetahui. Dia takkan menurunkan ujian itu jika Dia tahu hambanya tak mampu menanggung ujianNya. Dia takkan sesekali menganiaya hambanya. UjianNya itu adalah untuk menguji taahap keimanan dan mendekatkan diri hambaNya kepadanya...

kita sebagai hambaNya perlu redha dan tabah serta sabar menerima segala ujianNya. tentu ada hikmah dan rahmat disebalik ujian itu. menambahkan keimanan dan ketakwaan kita padaNya. menjadikan diri diri kita lebih kuat untuk hadapi hidup sebagai manusia...

sentiasa ingat, kerana Dia kita ada, dan kepada Dia kita kan kembali. apa pun ujian yang mendatang sentiasalah berdoa kepadaNya. berusaha dan bertawakal sentiasa atas apa jua ujian yang mendatang...

bukan ceramah agama nie, pesanan untuk diri sendiri jer.aku bukannya ustaz... maasalamah...

October 02, 2007

Celoteh...

it's a beautiful morning. cuaca baik. mood baik. semua nya baik laa. pekehei laa pepagi buta dah membebel ni kan...

sesuatu yang amat jarang aku buat rasanya.selalunya kalo tak petang mesti mlm or awal pagi (baca:pontianak), tp ni pepagi buta dah update. lama dah tak buat tabiat update pagi nie. almost one year kan.since i was at the gas factory. skang kat hi tech company gaks. best best!!!

finally , this morning the bank release my paycheque. baper hari daaa nak clear. tension tul jd org mesken nie...

aku g depositkan cheque tu on thursday, lunch hour, kul 1314pm. tu yg tercata kat slip dia la. then tulis kat situ, kalo deposit sblm kul 1400 kira late clearence kan. then, ok laa dlm perkiraan aku on monday dah settle laa. leh soping raya!!

then, on friday aku balik puchong umah akak aku, tanya dia pasal check clearence. dia keje bank so dia tau laa. dia ckp 2 hr je cehck skang. then saturday aku check x dak lagi. still can be considered laa sebb saturday tu kan cuti nuzul al quran...

sabar jer laa kan...tp mmg bengan lah ngan bank rimau nie. pagi smalam masa on the way g kerja adalah check. skalik tarak!! sentap!! dah laa dah mesken!!1 then, sampai kat opis aku call bank rimau tu, then dia kata dah dikredit ke akaun.hepi ni. masa balik nak g withdraw n bayar apa yang patut dibayar. tak de gaks. mmg bengang giler laaa...

ingat pagi nie kalo x de gak mmg aku yang jd rimau kat bank rimau ttdi tu!! sib baik. tu yg mood baik jer ari nie...

then pagi tadi otw dtg keje, dgr radio panasfm, crite pasal duit raya. best jer topic.

“Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang tidak beriman) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan-Nya). Dan apa jua harta yang baik yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang baik, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.”(al Baqarah ayat 272)

Bagi duit raya ni bagi aku samalah cam bagi sedekah. Itu yang sebenarnya. Tapi dah ajadi cam adat atau kelaziman kita memberi duit raya yang menjadi satu kemestian setiap kali tibanya Syawal.

Kalau masa zaman aku kekecik dulu, dapat lima posen tu kire best gile dah. Kaya kejap. tapi skang nie, bagi dua hengget kat budak, siap ada sound effect, 2 hengget je, nak beli Cornetto pun tak lepas. Siap buat muka tu!! Sabor jer la.

So, pada pendapat korang la kan, baper hengget agaknya nilai yang sesuai untuk diberi pada bebudak yang datang raya sekarang nie?

Aku plan nak tido jer raya ni sebab kalo raya kat umah atuk aku kat klate, budok ramei giler. tu lum kire lagi sepupu sepapat yang dah tatau berapa puluh orang. Pokai laa pak cik. Bila time bebudak mintak duit raya wat muka blurr kan. Mesti best!!!

p/s:aku rasanya dah dapat selatkan RM 300 sbb dah sound awal2 tak da s\duit raya tahun ni tuk anak2 buah aku... mak bapak dorang kalo bising aku fire je!!

September 26, 2007

Homeless To Harvard...

tajuknya... aku ni homeless kah??berangan nak gi ke harvard nie.pmr pun tak lepas ade hati nak gi harvard!!!

lama dah besfreng aku bgtau aku pasal movie nie. main kat hallmark channel.tp aku sekali pun tak penah dpt peluang tgk. apa kes laa... mencik tul...

Homeless To Harvard

filem ni bukan cam commercial film lain. sbb filem ni TV movie. cam cerekarama laa kot. mmg susah nak dpt dia nyer dvd. ..

cite ni based on true story. kisah sorang budak pompuan yang cun gak la, nama dia elizabeth murray, kat new york city tu. dia ni homeless. mak bapak dia drug addicts and hiv positive. so mak bapak dia hantar dia kat homeless centre. dia struggle blajo. mmg gigih. sampai leh dpt scholarship masuk Harvard University. kalo nak tau lebih lanjut baca kat sini lerr...

ni diri dia yang sebenarnya, Ms Elizabeth Murray...

aku tak reti nak kritik or buat review movie. tu jer aku leh citerkan. dan tadi ade mahasitua call aku. then aku kabow laa kat dia pasal movie nie.mintak tolong dia cari.then dia cakap esok dia nak gi seberang tambak, mencari ketenangan!!! motif?? tenang ke kat seberang tambak tu???cam laa best sgt temasik tu!!(baca:dengki)

kekadang kan aku terfikir la, orang yang susah ni selalunya gigih belajar. bukan semua tapi kebanyakan laa. cam aku yang lahir dlm keluarga sederhana ni tak gigih sangat.mungkin sebab dah rasa senang kot...

selagi kita tak berputus asa dengan hidup selagi itu kita perlu berusaha, rezeki tak datang bergolek, kejayaan tak tak datang melayang..

September 24, 2007

Rojak!!! ha ha ha ...

24/09/07

for the 1st time , since almost a month ago, when i said i got a new job and i will update my blog live from the office...

since my previous machine not doing well on his job, they gimme a new one. it's only Compaq. it's ok for me as long as it work well.

this morning, kong coming than setting up all the cable and the thingy, by noon i already used this machine. much much better than my previous given to me.

full stop for the machine...

25/09/07

smalam tgh syok taip entry, dah sampai laks teksi aku.teksi katanya!!! matilah kena maki kang...

kalo tak de teksi tu tak datang keje laa aku. tak da transport.matilah camnie.bila tatau leh ada transport sdirik. nyusahkan orang manjang. tapi best gaks tau datang keje pepagi, orang bawak keta, kita kat sebelah bukan layan sembang, layan tido.best giler.tau tau dah sampai opis. lantaklah drebar nak bawak camner, nak terjun longkang ke, nak langgar tiang letrik ke, janji aku selamat sampai ke opis. matilah aku!!!...

ape lagik updet yek!!! haaa!!

baju raya lom beli lagik!!! uuuuuwwwaaaaaa...

ada sesapa nak blanjer aku beli baju raya tak??

esok lusa gaji dah. leh la beli sepasang dua. lite-lite je , dah tua bangka dewasa nie, wat pe sakan sangat kan. bagi peluang kat bebudak je. duit tak da membazir je.

tahun ni tak leh laa raya sakan cam tahun lepas sebab baru sebulan start keje balik. siap dah sound awal-awal kat akak duit raya tak da tahun ni, kedekut save bajet!!hiks... tapi... kalau ade sesapa yang baik hati nak bagi duit raya kat aku, amat dialu-alukan.kan banji kan!!

Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin

Aku rasa bukan aku sorang laa yang sedih pasal berita kematian menyayat hati ni.penuh tragis. aku tak leh nak fikir la. tak tercapai dek akal, macamana seorang manusia yang dewasa yang waras akal fikiran boleh bernafsu dengan seorang budak kecil. 8 tahun!!! dulu adik nurul huda pun sama. aku tak rasa diorang yang gila duk rogol bebudak kecik ni waras.kalo waras tak do lah buat keje cam tu... semoga allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...

PROTON VS PERODUA

other story laks, memandangkan aku ni kununnya tak de keje , tak bz , so banyak gak laa masa aku free. so seperti yang telah aku lalui dedulu, aku mmg gigih chat ngan besfreng aku nie..

[3:49:59 PM] Archmal H. Gustov says: keta proton : ada orang suka, ada yang tak sebab stylish saja.. keta perodua : ramai orang suka sebab dia utamakan 2 keperluan diatas… iaitu besar dan murah…

[3:50:10 PM] Archmal H. Gustov says: komen dr shutterspeaks.com

[3:51:50 PM] Archmal H. Gustov says: kete tu ada ejas enjin ke

[3:52:06 PM] faizreen asari says: EKCELI 2 PRODUK ITU TERLALU BERBEZA

[3:52:13 PM] faizreen asari says: MENAS PROTON N PERODUA

[3:52:22 PM] faizreen asari says: PERODUA IS JUST COPY PASTE FROM DAIHATSU

[3:52:30 PM] faizreen asari says: PSG KT MLYSIA THNE JDLA PERODUA

[3:52:53 PM] faizreen asari says: TEKNOLOGI, IDEA 100% FROM DAIHATSU

[3:53:04 PM] faizreen asari says: PROTON, STARTING DR WAJA, SUME WAT KT MESIA

[3:53:19 PM] faizreen asari says: DARI SEKECIK SKRU SMPAILAH JD KETA..

[3:56:26 PM] faizreen asari says: AND MINDSET ORG MESIA, HENGAT BARU 20THN LEBIH WAT KETA SENDIRI NK SEHEBAT TOYOTA HONDA LA

[3:57:08 PM] Archmal H. Gustov says: marah nampak

[3:57:24 PM] faizreen asari says: TD LA..REALITI APA

[3:57:28 PM] faizreen asari says: *XDE LA

[3:58:10 PM] faizreen asari says: AI KAN DOK KT AUTOMOTIVE..HEHE

[3:58:23 PM] faizreen asari says: PROTON PUN XTAU NK TARGET CUST

[3:58:35 PM] faizreen asari says: DAH TAU SKRG NI RAMAI PMPUAN LG LELAKI

[3:58:42 PM] faizreen asari says: N LG RAMAI PMPUAN BEKERJAYA DR LELAKI

[3:58:45 PM] Archmal H. Gustov says: erms

[3:58:53 PM] faizreen asari says: DESGIN LE KETA YG CUTE-CUTE COMEL

[3:58:55 PM] Archmal H. Gustov says: laki ramai jd dr sdiri

[3:59:01 PM] Archmal H. Gustov says: ngan mat rempit

[3:59:10 PM] faizreen asari says: YUP..

[3:59:19 PM] faizreen asari says: SBB PMPUAN KAN SUKE KETA KECIK, COMEL DSB

[3:59:24 PM] Archmal H. Gustov says: tp dr segi market, mostly lelaki yg beli keta

[4:00:27 PM] faizreen asari says: U TAU ALMOST 70% BUYER PERODUA ADLH PMPUAN

[4:01:33 PM] Archmal H. Gustov says: sbb perodua is assumed as 2nd car

[4:01:40 PM] faizreen asari says: YUP

[4:01:44 PM] Archmal H. Gustov says: org pakai proton utk 1st car

[4:01:49 PM] faizreen asari says: YUP [

4:01:50 PM] Archmal H. Gustov says: tu yg i perhatikan laa

[4:01:51 PM] faizreen asari says: DULU LA..

[4:02:11 PM] faizreen asari says: SKRG ORG MESIA MKN KAYA, XBELI DH PROTON

[4:02:12 PM] faizreen asari says: HEHE

[4:02:53 PM] Archmal H. Gustov says: tu laa pasal

[4:02:55 PM] faizreen asari says: KETA IMPOT PUN XMAHAL SGT DH SKRG

[4:02:59 PM] faizreen asari says: SBB BYK PSG SINI

[4:03:05 PM] Archmal H. Gustov says: beli utk 2nd car pun x worth it

[4:03:08 PM] faizreen asari says: THEN JD MNGSA PROTON LA

[4:04:18 PM] faizreen asari says: ORG MLYSIA BUKAN MCM KOREAN OR JEPUN

[4:04:30 PM] faizreen asari says: KOREAN CAR BUKAN BAGUS..PROTON LG BETTER

[4:04:39 PM] faizreen asari says: TP KALO TGK KT KOREA..SUME ORG PKAI KETA KOREA

[4:05:10 PM] Archmal H. Gustov says: tu la

[4:05:14 PM] faizreen asari says: HP PUNG SAMSUNG AJOO

[4:05:15 PM] Archmal H. Gustov says: i x sker kete korea

[4:05:20 PM] faizreen asari says: BRAND LAIN XPNDANG DH

[4:05:24 PM] Archmal H. Gustov says: tau takpo

[4:05:31 PM] Archmal H. Gustov says: patriotisme kurang

[4:05:57 PM] faizreen asari says: KOREA MMG KUAT SMNGAT KOREAN DIE TU

[4:06:05 PM] faizreen asari says: DTGLAH BRAND APA PUN, XGOYAH PUNG

[4:07:02 PM] faizreen asari says: HEHE

tak sangka besfreng aku nie patriotik!!!matilah kena terjang kat mak cik ni nanti... okies laah... tu je kot rakuman ceritera-ceritera yang tak best aku utk kali nie... next time differ story... ok??

adios... apa juadah berbuka anda hari ini... ??

September 12, 2007

Puasa... Dulu dan Sekarang

diam tak diam esok dah start posa balik kan. Masih lagi terasa suasana puasa tahun lepas, dah datang lagi untuk tahun nie. tapi ada bezanya...

dulu, masa duk kampung... bukak posa reramai ngan family, sekarang ramai jugak, ngan kenkawan jer...

dulu, nak makan apa-apa... cakap jer ngan mak, kompem dapat... sekarang, nak makan apa-apa, tunjuk je, kompen dapat tapi kena hulur ringit malaysia...

dulu, kalo tak gi semayang terawikh kena marah, sekarang, kalo penat skit tak de org marah pun tak gi semayang terawikh..

dulu, pas terawikh , moreh tak hengat punya banyak, hik hiks, sekarang, ada lagi ke moreh ???

dulu, kuih banyak sebab bertukar ngan jiran, sekarang, kuih banyak sebab beli kat bazar ramadhan...

dulu, kalo beli kuih singgit leh makan satu family, sekarang kuih singgit 2 ketul je...

dulu, juadah bukak puasa mak aku masak,sekarang, kalo tak beli makanan yang tak sedap tu, makan maggi jer la..

dulu, time bukak puasa mesti kat rumah, sekarang, dalam keta pun jadi... jammed !!!

dulu aku kecik lagi, sekarang aku dah tua bangka!!!

uuuuuuuuuwwwwwwwwwwwwwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak balik kampung!!!! nak bukak posa kat umah mak aku...

SALAM RAMADHAN DARI ARCHMAL H. GUSTOV

September 06, 2007

Virus...

PC yang diorg bagi kat aku dihinggap virus... banyak nya masih bleh dikira sebb bila scan... kite leh tau ler baper banyak virus yang muka tak malu nak nompang jahanamkan reta orang... tul tak?

aku try scan pakai spyware yang bangang tu. konon free tp kalo nak buat scan kena bayo... tak ke bangang namanya (baca:aku pun bangang jugak cam laa tatau pasal mende nie)

oleh kerana banyaknya virus dalam pc aku, maka esok PC aku akan dioperate oleh doktor Kong yang cumil... hiks...hensem gak c*n@ bukit tu... tergoda jugerk ler tgk vontot yang vavavoom tu... abeh tu.. abg Joe Director Italy ku yang hensem tu nak campak mana yek???

but.. the thing is.. aku pun dah dijangkiti oleh virus tu (baca:antibodi lom kuat sebab dah tiga minggu deman)...

ko giler ke hapa archmal... pala ketapi ko berjangkit ngan PC... ko hengat ko robot ke... ko hengat keje kat HiTech company ko hebat ke??matilah carut diri sendiri...

aku dah bey kurang 3 minggu dah demam. pastu baik.pastu demam balik. pastu selesema. pastu demam. selesema.demam.batuk.batuk.selesema.demam.demam...

patutlah Dr Fauzie bg aku sejabir rokrak ubat ari tu kan DBI. dos kalu abih ubat tu nok wak gane DBI wei??jauh goks tu Damansara/ Bkt Jelutong ngan Putrajaya...

lain lah kalu ade dr yang baek hati nok post kan ubat or pareo ke damansara nie... mende kaitang dok tau pareo ngan ubat... la la la la la la la.... llllllllaaaaaaarrrrrriiiikkkkkkkk...

3 bulan aku cuti dari kerja (baca:menganggur) hidup aku dah jadi tak betul. ekceli since aku pindah duk kajang ngan pak cik aku yang aku start sakit tu. tak tau pasal...

apakah karena persekitaran kajang tidak sesuai dengan ku atau... sebab-sebab lain...hurm,....

so skang, aku kena tune balik hidup aku.... betulkan apa yang tak betul...mostly... build up my life... my lost soul, my broken heart... everything... hope i'll be the new archmal... bukan nak ubah diri.. cuma betulkan apa yang tak betul... ke camne Dr Azhar???

blog ni pun akan berubah kot...tp take's skit laa... sbb kali ni aku tak nak pakai tempele dah ingatnya... nak buat sendiri... kununnya...

tp , otak aku ni dah lama tak aktif... so mmg amik masa laa skit... td pun dah dapat green light tuk buat apa saje kejadah yang aku suka, janji kerja jalan..best tak kompeni aku... sukeeee ssuuukkkeeeee....

okies laaa... tu jer tuk ari nie... nnt dah elok PC aku dioperate Dr Kong, aku hapdet live from opis yeah...

one more things... i want to wish my latest housemate and used to be my best friend... Selamat Hari Kertu yang ke berapa ratus tah... semoga ko cepat cepat sedar diri yang mung tu tua dos... dok payoh nok koya mude!!!

HEPI BESDAY TO UJANGMD...

dddaaaaaaa.....

September 05, 2007

Kembali!!!

yesssssssssaaaaaa....!!!

i'll be back!!!

soon!!

very sooonn...

wait aaaaaaaa!!!

dddddddddaaaaaaaaaaa.............

tapi kan...

ada ke orang baca blog bodoh aku nie???nanges...

tak kesah laaa janji aku puas dengan apa yang aku buat... at least aku ader gaks blog... walaupun bodoh... tp tetap ada 10, 000 lebih org yg baca blog aku dlm setahun...(sebenarnya lebeh...tak caya check webstats tu)...hehehe... tepuk tepuk...

and

the best thing is im been hired!!!tepuk... tepuk... nnt aku cite yerks....

dan

aku leh surfing, chatting dan update blog tanpa rasa bersalah di opis.... itulah kelebihan kerja ngan foreigners... yess... im work Ausssie's directors and managers... la la la la la la... riak laa pulok!!!

nnt lenkali aku cite pepanjang.... kalo aku rasa nak citer laaaa...okieslah...

dddddddddaaaaaaaaaa........

August 10, 2007

Bertapa...

lama gaks yeks aku tak meroyan meraban kat sini...

ade org rindu tak??ihhiks...

lately lots of things happen. so i need some space to clear all the mess out.reformat my brain, defragment my life and so on laa...

i'll still breath and still alive on the earth. it just mean of time settle few things, betulkan hidup.that's all. lagipun apalah xtvt menarik utk hidup sbagei sorang "GRAPER" la la la la la lal la

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

ni laa keje aku... ngangkang jer!!!*matilahmak!!*

for time being, aku ada kat satu tempat yg aman damai , tuk releks. mostly kenkwn hanya kenkawan rapat je tau...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

korang cari laa kat mana ada umah ni di situ lah aku ada...

so that's all la yek. to those yg singgah sokmo, thanks lot, banji, akak pok pek and sesapa laa yang aku tak tau singgah tu, thanks a lot. mmmuuuaahhsss!!