December 06, 2006

...Hati dan Perasaan...

...sesekali bercakap serius dan dari hati ke hati tak salahkan?*matilah takut kena carut nie...

...Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita...

...Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang...

...Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang...

...Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang...

...Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan...

...Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Kita selalu tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam...

...Semasa kita dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling kita tersenyum. Teruskanlah hidup kita supaya apabila kita mati nanti, kitalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling kita pula yang akan menangis...

December 04, 2006

...Cinta...

pose pose poster duluk yek...rebiu nnti lah yek.... nak g tgk kali kedua....

December 02, 2006

...Perpisahan...

...lama tak hapdet kan kan.seminggu dah.bz yaamats.balik kampung, keje yg melambak , keadaan diri yg tak sihat.memacam.tak de apa yg menarik untuk dikongsi bersama...

...motif jiwang!! sesekali apa salahnya...

...lama gak dah aku letak lagu bekgraun blog buruk aku ni tapi tak bg lagik lirik kan.apa rasionalnya aku letak lagu sedih gini?motif jiwang karat kan.sker ati aku lah!!huahauhua...

...memang aku menghadapi perpisahan , tapi perpisahan yg aku sendiri hadiahkan buatnya dan yg penting untuk diri aku sendiri.aku fikir aku akan kuat untuk menerimanya, tapi adakalanya aku raa terlalu lemah.bukan menysal , cuma terasa kekurangan apabila ia menjadi sebahagian dari hidup biarpun untuk seketika cuma...

...dah dah, jgn nak speku laks. bukan bersedih sebab meninggalkan si dia tapi rindukan sesuatu yang dirembat oleh adikku, uuuuuuwwwaaaa...

Perpisahan

Ku mengerti perpisahan ini

Bukan kerana kau membenci

Tapi kasih yang pernah ku beri

Tiada lagi bersama

Sering, kala aku terlihatkan mu

Impian nan indah bersulam bahagia

Ku harungi hari demi hari

Bersama wajah tak mungkin akan kembali

Tapi hati masih tak terima

Ditinggalkan sengsara

Keraguan ini bukanlah padamu

Perasaan hati masih rindu

Kekalutan ini hanyalah untukku

Tercari-cari bayanganmu

Tak sanggup aku kehilangan

Kehilanganmu...

Masih tercari-cari...

Keraguan ini bukanlah padamu

Masih tercari-cari bayanganmu

Tak sanggup aku kehilanganmu...

...ihhikss...

tensen tul bila selesema kan....

...satu lagi sebenarnya dengan kerelaan , aku berpisah dengan orang kesayangan. atuk dan nenek aku smalam berangkat ke tanah suci untuk melunaskan rukun islam kelima.aku sebagai cucu kesayangan, amat terasa laa.dulu, kalo aku rasa aku rindu kat atuk ngan nenek aku , kalo tak balik kampung pun , aku call diorang...

...di sebalik kesedihan itu, syukur kepadaNya, kerana dengan izinNya, sampai juga hasrat mereka ke sana.semoga mereka selamat pergi dan selamat kembali.dan mendapat haji mabrur.marilah sesama kita doakan meraka yang ke tanah suci bersama atuk n nenek aku selamat dan sihat sepanjang berada di sana dan kembali semula ke tanah air.insyallah...

November 22, 2006

Memacam Cerita...

Student Tua

...alkisah jumaat yang lepaih ada seorang makhluk ciptaan terbaik Tuhan nan Esa , makhluk yg dinamakan oleh mak bapak dia Azhar anak Ahmad.adapun kedatangan Azhar anak Ahmad ini berikutan penyertaannya ke satu pesta melantak sampai pecah perut iaitu majlis RAPAT*yg tak rapat lak leh gi, kena makan jamu serapat dulu*...

... sementelah berangkatnya dari JB pada awal pagi sesudah fajar menyinsing, maka, tergelincir sahaja matahari ke ufuk barat samapilah dia.adapun Azahar anak AHmad ini juga menggelarkan dirinya sebagai student tua kerana umurnya yg sudah agak zohor masih lagi mentelaah kitab...

... mati akal laks aku nak tulis prosa tradisional nie.tetiba feeling amik sastera laks...

...sbenonya tak dolah menarik pun ceritanya.just lelepak, sembang tak hengat donia sampai kul 6 pagi*sib baik ari ahad*, kuar ngan orang gila ni ngan partner in crimenyer, itu je. tak dak cite best pun.saje je.nak ceritanya, AzharAhmad ni seorang student yg dah Zohor aka agak kertu.sampai bilolah ko nak melanguk kat situ jahar woi!!hiks hiks...

Cekodok Ku Laku lalu Aku dicabul

...malam minggu tu ada 2 sofa datang melepak kat umah aku. satu sofa di import dari Shah Alam , satu lagik sofa di import dari Klang. kedua-duanye kelihatan semput seperti baru lepas dirogol 8 org lelaki mantap.padahal baru kena naik tangga setinggi empat tingkat.kalo kena naik tangga kat Batu Caves tu tatau laaa...

...so , sebab ala2 lapo laks, sesambil tgk dvd cap ayam aku tu , diorg pasang cite Click!.aku pun baut laa cekodok bilis. main campak je apa benda yang ada.dorg bukan tau pun aku letak apo.hiks...

Photobucket - Video and Image Hosting

...sila abaikan kabinet dapur ituew...

...pas menambahkan lelemak dan kolestrol dr cekodok tu, sesembang laa.pesta carutan bermula. pastu gelak reramai sambil layan Click! tu. patu kan tetiba aku telah dicabul dan hampir diperkosa oleh 2 makhluk yang menyerupai jin.kejadian itu sempat diraka oleh paparazzi yang tah dari mana tah muncul...

Photobucket - Video and Image Hosting

...tulun!!! tulun!!! i diperkosa!!!...

P/s:kepada makhluk itu , tunggu surat dari loyer i!!!c u in kot!!!

Jom Gi Makan Free

...tghari ahad tu plaks aku dijemput ke Putrajaya untuk makan free di rumah makcik nie.bukan dgn tidak malunya yek!!! dijemput!!! so , aku hangkut lah mamat ni join skali.aku ingat nak ajak orang ni skalik.jenuh aku call dr pagi sampailah tengahari.nan ado katanya.off katanya...

...so aku berdua je lah gi.oleh kerana aku tak biasa sangat jalan kat Putrajaya ni , maka OTW ke rumah kak PNut n TokeiPajak ni , maka aku b=pun jenjalan laa sampai Presint 16 walaupun umah meraka kat Presint 9...

...pusing punya pusing, sampailah jugak kat umah diorg nie.hiks hiks.yang penting dia suruh hero dia panggey aku abang.suka suka!!! sebab selalunya kalo gi umah kenkawan aku mesti diorg ajar anak diorang panggey pak cik.tuo sangat ko den nie???...

...memula segan gak aku nak sembang ngan tokei pajak yang kedainya disita nie sebab tak penah cakap pun.ngan orang yg tgh sakan diet tapi tak turun-turun jugak ni selalu laa ym katanya...

...skali dia pun okie je, baek nyer carutan dia bagik, aku pun apo lagik.orang memberi kita merasalah kan.hiks hiks.memacam mende laa sembang sambil makan. sedap akak masak!!!*matilah bold katanya...

...penuh meja katanya masak.sakan nie.siap leh ratah lagik gulai siput ngan ikan tilapia bakar tu.hiks hiks. suka suka.leh kali ajak ler lagik...

...yg bangangnyer aku nie, leh bebuat lupa laks duit rayo kat hero diorang.sowi lah, bebetul terlupa.over sangat!!!...

...lately ramai gaks bloggers yg aku jumpa. matilah tak leh sorok identiti katanya...

Mana Satu...

... aku terpanggil untuk turut sama membincangkan issue yg telah diutarakan oleh kak Redmummy dalam entry dia dalam entry terbaru nyer...

... aku tak nak komen apa.sebab bagi aku , tak kira laa lelaki atau pompuan , gay or lesbi or biseks , lembut atau gagah perkasa or sasa , setiap orang ada hak untuk memilih jalan hidup masing-masing.jadi tak perlu lah dikritik atau dikutuk or anything similir with it...

... dan kerelaan menerima berita apabila bf/gf anda mempunyai pasangan sama jenis dengannya, itu hak masing-masing.adalah tidak wajar untuk menghina atau mengutuk sesiapa. jika anda rasa ia adalah sesuatu yg menjijikkan, ambil langkah mudah.tinggalkan sahaja dan teruskan mencari pasangan yang bebetul ideal dengan anda!!...

...motif kata tak nak komen.hiks.sekadar memberi pendapat je...

...tapi...

apa pendapat anda? mana satu yg lebih menyayat hati ...

ini...

atau...

yang ini???

la la la la la la la...

November 20, 2006

Post Raya '06 :Macam-macam

...matilah kena carut lagik sebab ada entry raya lagik.sampaikan abg pian , silent reader kat opis ni pun dah pandai carut aku.keji!!! sesapa nak berkenalan ngan abg pian yg gatei nak carik bini no dua sila hubungi aku.teriam kasih*nnt aku letak no phone ko abg pian!!!*abg pian ni asst plant supervisor katanya.gaji riban riban sampai badan tinggal kulit ngan tulang je*matilahmak*hensem orangnya.slalu buat gangguan seksual tahap ekstrem ke atas aku*mak sker!!1*aku rasa dia sorg je kat opis aku ni yg baca blog aku...

...minggu lepas,12 Nov, weekend, akak aku buat openhouse tuk kenkawan dia. limited edition katanya.ingta nak join gaks tapi, budget lepas raya lari katanya.tu pun siap suruh sponsor.cheh.aku gi tulun masak je la.nasi beriayani , sayur dalca, ayam rempah ngan acar timun.pastu dia buat agar2 merapu. siap suruh aku gubah bunga lagik. sempat laa buat 2 gubahan.satu biasa nyer, satu bonsai...

...konon nak gi nilai 3 ngan orang ni ,tapi tak jadik.timing tak keno. beli kat jusco sikit*mahal nak mampos* then beli kat kedai biasa skit. aku ni bukan pandai sgt pun cuma memandai / feeling pandai je.berangan lebey...

...pada hari yang sama ade orang buat openhouse tapi tak pegi sebab dpt dpt msg kat ym keesokan harinya.motif jemput pakai ym!!!tapi tak pe lah, lgpun kalo dpt awal pun lom tentu leh gi gaks.lagipun , xopismet masa kerja takaful yg duk kat umah akak aku tu pun buat open house. sapa kata aku tak de org jemput gi melantak free.hiks.btw, tenkiu untuk org feeling kecik ngan hubbynya, tokei pajak yg kedainya kena sita sbb jemput...

... so sepanjang minggu lepas tak dak cerita lain selain duk opis donlod lagu cam nak rak.beratus dah lagu aku curik ngan free.pasni nak burn kat cd laa.hiks.merasalha jd tokei cetak rompak. dah laa dpt lagu free...

... untuk latest weekend , ptg ni or esok baru aku updet.sbb banyak crite. lawatan muhibah dari student tua dan festival carutans sepanjang malam. plus, malam ini cekodok ku laku.jugak, beraya bersama orang tengah diet di putrajaya. so , ttttttuuuuuuuuunnnnngggggggggguuuuuuu!!!!

November 15, 2006

Raya '06 :Cerita Di Syawal

... dah pagi pun menjelma.pepagi bute lagik dah bising.dah laa aku lately tak cukup tido.raya punya pasal , aku bangun laa.yerlah.ma ngan nenek dah bising kat dapur nung ha.dah laa kau tido kat ruang tamu.bukan aku sorang padahal.adik2 aku ngan pakcik aku pun tido kat ruang tamu turumah bebesar pun tak cukup bilik lagik.keluarga besar laa katakan...

...selesai usai subuh gajah, aku terusw ke dapur untuk membantu apa yg patut.nenek sibuk suruh angkat meja untuk di bawa ke atas.aku cakap, nanti aku uruskan segala.dont worry la. ma tghsibuk potong sayur untuk diabuat acar untuk nasi minyak.mmg bizi gile laa kat dapur tu.aku dengan kuasa diktator maha zalim tahap platinum saddam hussien bergabung ngan adolf hitler mengerah adik2 aku untuk mengangkat meja...

... ma kena pisau pagi tu.banyak darah kuar.dia siap sound kat kitorang*aku n memakcik kau yg kat dapur tu*haa... chief chef tak leh masak dah, tangan cedera. kitorang bantai gelak je.alamat tak berasap laa dapur umah ni chief chef cuti. sib baik dah settle smer.tunggu nak setting je...

...pagi tu agak kelam kabut.sbb rumah tak berkemas lagik.aku ngan adik aku ler sejak sethn dua i duk berkemas setipa kali raya.dari setting meja sampailah setting kusi segala.adik aku ni pun laki gaks. kitorang hangkut segala sofa set yg ada dlm bilik stor tu naik , setting baik punya.sebab , selalunya , kitorang setting pat makan kat porch je sbb besar dan luas katanya. tapi tahun ni malas nak naik turun, so , set kat atas je laa....orang dah duk semayang raya , takbir bagai , aku adik aku sorang nag nmak cik aku sibuk duk kemas rumah .mak cik aku ni bagi tugas menyapu je....

...sebelum dia kawen dulu ,aku ngan dia laa slalu kemas umah, tapi lepas kawin ni jejarang dha.gegilir ngan kaak kau pun ada.skang ni. adik aku laks masuk.aku tetap kena kemas rumah setting bagai sbb ..sebab... ontah.mende paling aku tak suka tu lah diorg bagik suruh aku buat!!!...

...dah siap bagai tu aku pegi laa mandi.skali dah dah nak abis baca khutbah raya!!!matilahmak!!! kelam kabut laa aku amik baju ke dapur segala.tapi tetap tak mandi kerbau jyek!! sempat lagik syampu rambut aksu yg tak berapa banyak ni.asalnya , aku nak botakkan balik.tapi memakcik aku cakap lagik hensem*ke?koma* kalo cam ni.ye ke tak tatau la...

...siap je berpakaian raya, baju melayu johor kaler merah plum, aku kuar laa eruang tamu tgk dah penuh.memeng setiap tahun umah nenek aku jd tumpuan org kampung.sasah rumah paling dekat ngan masjid. first house yg kena serbu memang umah kitorang.sbb tu setiap tahun kitorg kena masak banyak.penat tapi seronok...

...dlama kul 11 tu abah ajak gi umah sedara aku. kat kg sebelah je. pegilah 2 bijik keta. memakcik dan pepakcik aku ada nak laayn tetamu.lagipun org dah tak da dah. aku pun lama tak pegi umah sedara pangkat atuk ngan kau nie.lama tak jumpa.skali jumpa riuh laa.yerlah.aku n adik2 aku smer laki*laki ke aku*.smer dah besar panjang.apa tatau panjang tu, hiks...

...duk sesembang sambil makan tapai pulut, kuar lah cerita nikah kawen.topik paling tak aku gemari.mak aku bagitau la adik aku nak tunang bulan doblas ni.skali atuk ni tanya...

"abe nyo bilo?"

"hero tok gaduh,"aku jawab.

"jange abe ponde sudoh la tok se nikoh".pengsan.masa tu tuhan je tahu.dah laa ramai anak2 dia segala.memang riuh rendah la.

"dgn muka yg merah turs berbalas pantun.tak do lah berbalas pantun.aku ni sangat bersopan santun kalo ngan family dekat n rapat. tak kan nak tunjuk laserina.padahal masa tu nak nangis dah.

"jange, jange! hero dok gadoh.dia kalu hok ngelah2 ni , oghe kato, ale2 cari biar puah hati,"aku balas sambil sesengeh tahan malu.rasa cam nak lari pun ade.smer yg kat situ gelak je la.abah aku pun jeling je kat aku.mana nak taruk muka nie.uuuuwwwaaaaa....

...sib baik tak lama suk kat situ sbb kawan abah call dia nak datang umah.dah sampai dah.kitorg pun bergegas laa balik.lepak japs ngan kawan abah .aku pun kenal gak kawan abah nie. bla bla bla.tak lama pas tu xhousemate aku kat klang call dia cakap nak dtg umah.so aku kuar laa tunggu kat simpang jalan nak masuk kampung aku sbb dia tak penah datang umah aku...

...aku tgk jalan utama tu jammed leh tahan gaks.btw, kg aku ni kat jalan utama kat klate tu.tempat palinjg jammed kat klate kalo setiap musim cuti kat kg aku ni la. umah atok aku ni masuk dalam skit je. pagi raya mmg jammed jalan tu.15 gak aku tunggu , baru kawan aku sampai.so , dia follow je laa keta aku. lama gak lepak ngan dia.abah aku yg pendiam pun sembang gaks.mungkin sbb kenkwn aku pun dah keje dan anak dia pun dah tua bangka dah smer.so, cakap laa jugak.dah sasah dia duk melanguk kat sofa tu kan...

...tengahari tu , aku berjaya mengenen kete pak cik aku untuk gi raya.syarat kena bawak sepupu aku jalan.no problem stakat sorang. ingat nak gi raya umah kawan aku dedekat je tapi tak de kat umah laks.so , terus gi ke kota baru.umah peponen.matilah mak pecah lobang ngan sepupu aku.alh, kecik agik.baru 9 thn.bukan paham pun...

...konon nak gi satu rumah je.skalik 3 bijik umah kau gi serang.perut tok sah cakap la.tapi yang paling bestnya sebab jumpa kenkawan yg dah lama tak jumpa.makan tahun jugak la.bila dah jumpa tu riuh rendah la.bebudak penari dulu pun ada jumpa.aku rasa tahun nilah tahun paling best aku raya sejak aku berambus dari kota bharu...

...kul 8 mlm baru aku sampai kat umah.sepupu aku siap tido. yerlah.kota bharu - machang lebey kurg 40 km . dgn jalan yg sempitnya, kete banyak nya, mana tak maakn sejam. lepas balik aku lepak, mandi.tak makan dah kat umah.gi sambung raya kat umah kawna aku kat area machang laks.satu umah je.sebab esoknya aku dah nak balik.lepak punya lepak kul 3 pg baru balik voley??.raya apa kejadahlah...

...raya kedua aku dibazirkan dalam bas.kubur pun tak pegi.family aku mmg gi kubur raya kedua pagi.sbbkan bas aku pagi, kul 11, so aku tak ikut la.adik aku pun amik peluang tak pegi.alasan nak gi hantar aku.padahal pak cik aku yg hantar.tak padan ngan cikgu, malas!!so perjalanan balik ke kl yg amat merugikan itu aku lalui dgn membuat taik mata.dah laa tak sampai 10 termasuk drebar n assistantnya.keji tak?...

...raya ke3 aku di opis*nanges*.orang lain tgh best beraya , aku kena kerja.kejilah.nasib badan laa .kuli org.kalo aku bos aku dah cuti lelama.sebulan katanya.tak banyak menda pun aku buat sebab aku dah settlekan sblm balik raya n diorg yg tak raya ni settlekan...

...raya ke 4 mlm, aku balik kg balik sbb nak attendaku nyer besfreng wedding.aku dah buat entry khas utk dia ari tu kan kan.korang tak baca ek.cantek dia kan.makan hati.hari ahad aku balik semula ngan kawan aku yg duk kat bukit subang.lalu ikut trg.ma ngan abah dah balik teganu sbb abah kena gi pelantar kat sempadan vietnam hari apa tah.tak singgha pun kat umah aku.diorang cakap lenkali.tak kisha laa kan.yang penting, kitorang sampai sebelum orang yg lalu ikut gua musang sampai.lagi cepat katanya sebab jln gua musang memang jammed gile...

...tu jer laah kot cerita raya.sekian terima kasih...

dah laa korang carut aku berganti ganti.siap pas baton.dari duo org jadi 3. aku dah raya dah woiitt...!!!

sebenarnya entry ni 3 4 hari dah aku buat tapi tak sesiap!! sentap!!

November 14, 2006

Raya '06 : Pre Raya

...sebab kan dua orang kertu tak sedar diri iaitu orang ni dan orang ni dengki aku nak buat novelet raya dan aku letak lagu bekgraun lagu hirai ken, maka aku akan pendekkan entry rayo nie.korang mmg tak leh tengok aku tulih pepanjang kan.dengki.takut rampaas takhta korang ke???*matikemak?larik ...

...i miss the part of raya eve morning.i had to recharge my brain battery after lepaking with my friends till 4 am, have sahur at 5 then continue recharging at 6 till 1430.huh.the reason, the whole big family surround me at the hall to watch BAwang Putih Bawang Merah!!!*hamponkan kau nyer english yg lintang pukang ni...*

...masa aku bangun tu, nenek , makcik dan ma aku dah siap masak ketupat daun palas.ala yang tiga segi tu.siap ado ketupat dakap lagik.ihhiks.matilah ketupat tgh main.ooppss.tpkan bagus jugak sebb kalo tak aku akan tergoda dgn aroma pulut yg telah siap dikukus dan dicampur santan.kalo tak aku dah ngap dah!! mesti rongak posa aku!!huaahahuah...

...pas berbuka ngan menu nasi ayam istimewa sponsored by adik aku, maka kerja-kerja memasak juadah eraya bermula.ekceli lepas habis crite tu lagik dah start.potong ayam pencen buat rendang, itu ini,goreng kelapa buat kerisik. bla bla bla.bizi gilerlah aku masa tu.matilah feeling chef laks...

...so menu hari raya kitorang untuk esoknya adalah , nasi minyak, gulai daging, rendang ayam pencen, roti jala , kari ayam, and ketupat pulut @ ketupas daun palas la, menu wajib. aku sempat laa buat kek gula hangus yg ada lobang2 tu sejibik. sib baik jadik.terrer gaks aku nie...

... pas masak smer lauk mender last skali kitorang buat adalah roti jala. tak banyak.2 kilo je.kul 2 pagi baru den tido wei.ponet gilo. tepon aku tah kemana mana.mana yg sompat den dibalas tu mesti masa aku break utk bunuh diri!!ihhiks.pastu mak aku suruh gosok baju melayu abah n adik aku skalik.baju raya dia pun aku gosok gaks. yerlah, slalu akak aku yg gosok baju, tp thn ni dia raya umah mertua dia, maka aku lah mengambil tugas.tatau kul bape aku tido...

...esoknya, pagi pun menjelma...

...to be continues for my raya day....

November 08, 2006

Raya'06 :Balik Kampung Lagi

... lima belas minit perjalanan tidak terasa.diselang seli gelak ketawa dan kutuk mengutuk kami berempat menghilangkan boring perjalanan yang singkat. segar terasa menghirup udara kampung halaman yang dihijaukan oleh hutan dara dan kelapa sawit yg meluas.sesekali bau najis lembu yang bersepah di jalan. sungguh damai yg mengasyikkan...

...keluar je dari pintu kereta aku menggeliat kepenatan.perjalanan dari kuala lumpur dan ditambah 15 minit perjalanan ke rumah ibu bapaku amat memantkan.kantuk.sangat. aku masih tidak sempat melelapkan mata walau seminitpun sejak semalam. aku mengangkut bagasi dari bonet ke rumah...

... gegak gempita rumah abah yang tak seberapa itu.aku , abah, ma , abg dan kakak iparku nan satu, dan 2 orang adik.sesekali bertemu, banyak cerita.abah sememangnya banyak berdiam.paling tidak pun mengangguk atau menggeleng.sesekali tersenyum ketika kami tergelak berdekah-dekah...

...abang sibuk memujuk ma untuk berbuka puasa di rumahnya.ma menolak.abah tetap denagn keputusan untuk balik ke kelantan tengahari itu juga.puas aku dan adik membantu memujuk, tapi tetap dgn keputusan muktamad.keputusan sudah dipasak.tidak berganjak walau sekelumit...

... sesudah membersihkan diri, aku diajak oleh ma untuk membeli ayam pencen. 5 ekor untuk dibawa pulang bersama ke kelantan. memang kegemaran kami sekeluarga.pak cik aku dah memesan awal-awal pada ma untuk membawa pulang ayam pencen kegemarannya...

...kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 12 tengahari.singgah di pekan paka.rumah nenek sebelah ma.sempat lg menapau bahulu yang dibakar menggunakan dapur arang yang sedang dalam proses oleh mak cik aku.sapa suruh offer...

... setelah bermaafan dgn makcik pak cik dan nenek aku, kami teruaskan perjalanan ke kelantan.akhirnya aku berjaya melelapkan mata sejam kemudia.sakit leher dan lenguh kaki kerana sempit.kereta abah yang tak berjenama itu sarat dengan kami berlima.dah la kaki masing-masing panjang.berlipat-lipat la...

...jam lima petang sampai di rumah nenek di machang kelantan.peant teramat. aku mengarahkan adikku yang paling bongsu mengangkat barang dari bonet kereta.terkejut orang kelantan.beg-beg besar keluar satu demi satu. seolah akan terus menetap di sana lagaknya.kami ketawa sahaja.yerlah.sorang satu beg.termasuk beg abah yang akan dibawa ke luar pantai sempadan vietnam pada raya ketiga nanti...

...aku bersembang ala kadar.mengantuk.penat.sekadar bertanay khabar dan aku terus ke bilik untuk zzzzzzzz.jam 6 setengah petang baru aku tersedar.terdenagr suara mak cik aku yang tingga; di kajang.baru sampai agaknya...

... mereka bertolak dari kajang jam 6 pagi.hanya sampai 12 jam kemudian melalui jalan gua musang.keadaan sangat sesak.orang ramai mula balik.seperti yang dijangka.kawan aku juga terperangkap dalam kesesakan itu.perjalanan kuala lumpur- kelantan mengambil masa kira-kira 7 jam menjadi 16 jam.bayangkan betapa seksanya perjalanan di bulan puasa...

... aku , pak cik dan adik aku sempat ke bazar ramadhan bandar machang.sesak.itu sahaja yang mampu aku ucapkan.nak berjalan pun amat menyaksakan inikan pula membeli juadah.tak sanggup bersesak kami mengambil keputusan untuk pulang sahaja.terserempak dengan rakan serumah aku yang lama tu. buat tak nampak je. cantek ke??...

... to be continues...

p/s:hamik ko kak red.bersambung lagik nie.sampai abis bulan raya laa jawabnya novel raya o6 aku nie...mmmmmrrraaaaaaassssssaaaaaaa!!!

November 07, 2006

...My Best Friend's Wedding...

...ni special entry katanya.dedikated to my bestfreng la kan, the melted lady yg telah melangsungkan perkahwinan beliau pada 27/10/06 dan kenduri dan majlis bersandingnya pada 28/11/06 iaitu raya ke5 ari tu*matilah formal laks*...

...aku kawan ngan dia sejak sem 1 masa kat Uni dulu.sampai laa skang still keep in touch, bukan stakat tu je malahan dialah besfreng aku yang aku duk "ngerek" gi tgk wayang sokmo.lepas ni tak dak geng dah laa nak tgk wayang..uuuwwwaaaaaa...

...so ni lah skit sekitar majlis kawen dia tu.dah jadi bini orang dah yek. wish u all the best , semoga berbahagia ke anak cucu*ayat biase untuk org kawen* satru soklan untuk u la melted lady, bila lagik nak ber3??*matike ai??...

...sila perhatikan loket tu, suujjjuud, loket pinjam ngan jins shamsudin ke??...

*matilah kena carut aku pas ni*

...bakpo tok muat ni,hok bini so lagi ko nie?...

..."bakpo tange abe bau budu nie?"... "lamo dok make, tadi jupo bawoh dapur, balun laa"...

... dengki tul kameraman ni, amik gambor pengapit tak de kepala, hensem tu...

... abe, senyum be, kontrol , kontrol...

...tengoh senyum la ni mek wei...

...cepat laa wei , letih dah pose control ayu nie...

...sapa tatau budak bulat baju ijau tu... sampai momcong mak cik dorg ni speku...

... ni ninja ijau manelaks enterprem ni??...

... selamat dah lagik sorg kawan aku, aku bila tatau*nanges*...

p/s: to melted lady, u jgn carut i yek!!matilahmak!!