ntah kenapa aku nak post natang nie... la la la la la la la la...
August 25, 2006
...penyu menangis...
...Ehem...
... lama dah aku tak membebel merapu meroyan kat cnie kan.sejak BI06 ni, tak da pun entry selain entry BI06 tu.tambahan pulak , aku bz nak mampos.
... minggu lepas dari hari isnin, ekceli ari ahad, aku turun kb, klate.bukan balkik kg, tapi outstation katanya.tp tetap cam balik kg kan.sasah kat kg aku.banyak mende yang berlaku. menitiskan airmata katanya.aku terpaksa jual henset aku yg murah tu utk gi sane.sedih.tgh pokai gile, nak wat cam ne kan.terpaksalah.nanges...
...aku drive keta pakcik aku sensorang je.seingat aku, aku tolak kul 1200 tghari, tepat tu aku tgk jam masa lepas isi minyak. aku benti kejap je isi minyak kat gua musang, ade lah dalam 10 menet kot. pastu terus drive lagik. dah sensorang, aku melalak laa sensorang cam orang gila bawak kete.heip, kau belum gila lagi tau!!!*cam penah dgr ayat ni*
...aku malas nak cite apa cite yg sedih tu.cukuplah jd pengajaran dan pengalaman buat aku.kang kata menagih simpati lak , kan kan*leh masuk bersamamu katanya*dari kb turun ke kerteh.sempat la singgah kole ganung japs .jumpa abg dr DBI. nak cakap nama ka? tak payah laa. bukan glemer pun dia*matilah mak*
...heip.sempat laa lepak klinik dia japs.kejap ke?? berjam jugak laa. ingat nak makan nasi dagang mak ngah.ala, yg 45 hengget tu. tapi tutup laks.last2 dia banje kat kedai yg best gak laa. tapi kureng skit. thanks a lot darling banje i.nanti lenkali, banje ai kat mak ngah n kopok lekor yek.nak bagi kopok abg pun leh!! la la la la la la la la la la...*matilahmak, larik!!!*
lepas settle kerja kat kerteh, g melepak kat kedai kawan aku.kat pekan paka*kg aku la*so, sempatlah antor entry utk BI06.kul 3 pagi aku gerak ke kontan.matilah roadtour kan.btw, kawan aku kawin ari sabtu tu.soh aku jd pengapit.sebab dia ni tinggi nak mampos.lagik tinggi dr aku.hensem.tp kawan lah.dr kecik lagik duk main sesama.heeiipp!! bukan 'main' tu lah.tak baik tau fitnah walaupun dia tu mmg mangsa pemuas nafsu dugong aku nie.la la lal la la la la la...
...dari kontan balik ke kl.panjang hak citenyer.malas nak taip.sker ati aku lah blog kau.nak ckp ke tak.korang suka tau bzbodi. then selasa ari tu aku gi penang.kali ni naik flight.MAS yek.kompeni bayo! nak arap duit sendiri mampos aku tak naik.tak mapo seh!!tp tetap kekwat ni...
... dah beboring duk otel sensorang tu, plus nak anto entry utk BI06,aku carik lah CC terdekat dengan gegehnya.gegeh kan aku.stengah jam jugak la aku berpusing kat taman chai leng, prai tu.akhirnya jumpalah satu cc.sengget stengah je sejam.pakai lcd skrin yg nipis tu.tp murah nak mampos...
...then adalah cerita kat citu kan.nanti lah aku cite lenkali. ade mende yg bg aku menarik, tp bg korang kau tak tau laa kan.lantaklah kalo aku nak cite pun, blog aku, sker ari aku laa...
...oklah dulu.kang pepanjang sgt korang tak baca pulak.tp , ada ke orang baca nie?kenapa aku selalu feeling ramai orang masuk blog aku ? padahal tak dak pun.overlaah!!!okies, adios la vista!!!
jangan lupa tunaikan tanggungjawab anda sebagai pembaca blog setia serta gigih yang suak curi tulang masa kerja.undi ARCHMAL kat sini.ingat!! undi ARCHMAL sahaja yek.orang lain tak yah undi sebab dorang tak best cam aku yang gigih ni!!!
August 22, 2006
...BI06 : Wk 4 Assignment...
...once again , the new week comes. and , aku masih lagi rasa nak menanges.sebab , soalan memang membunuh. second , aku outstation lagi. kat penang katanya. tapi gigih aku meronda seberang prai jaya ni*aku rasa la* , jumpa la cc yg murs murs tak hengat nie. ringgit malaysia satu dan sen lima puluh sahaja sejam.kao ado??kan...
...penat tau setengah jam aku pusing area yg aku tak penah sampai ni. nasib baik jumpa. kalo tak mungkin aku dah tarik diri.so , back to agenda utama. bloggers idol 2006 minggu keempat katanya.dan , soalannya ialah ...
"BI2006 - Week 4 Assignment :Ibubapa penentu kerjaya dan masa depan anak² - Perlukah amalan dahulu kala ini diteruskan? Atau, peluang harus diberikan kepada anak² untuk membuat keputusan memilih kerjaya serta mencorakkan masa depannya sendiri?"
...tu dia soalan.matilah aku tak suka soalan ni.tapi , what to do kan. matilah kekwat lak nak memilih soalan ni. cantek ke ko archmal ooii??oklah back to question yerps...
Ibubapa penentu kerjaya dan masa depan anak² - Perlukah amalan dahulu kala ini diteruskan? Atau, peluang harus diberikan kepada anak² untuk membuat keputusan memilih kerjaya serta mencorakkan masa depannya sendiri.
adakah amalan menentukan kerjaya dan masa depan dikira sebagai amalan dulu kala?ketinggalan zaman?adakah ibubapa dianggap sebagai kolot dan bersifat mengongkong tentang kehidupan anak-anak?
bukankah tanggungjawab ibubapa itu sendiri adalah untuk mencorak dan membentuk peribadi dan masa depan anak-anak?
adalah tidak adil bagi ibubapa jika dituduh sebagai menongkong dan dianggap ketinggalan zaman jika mereka cuba MEMBANTU anak-anak mereka menentu hala tuju dan arah masa depan anak mereka. tiada ibubapa yang mahukan anak-anak mereka hidup dalam kegagalan.
ibubapa akan cuba sedaya upaya membantu dan mendorong ke arah kejayaan anak mereka. di sini , cara didikan dan asuhan terhadap anak-anak amatlah penting.
cara paksaan adalah sangat tidak relevan untuk digunakan kerana jiwa anak-anak akan tertekan dengan paksaan. ibu bapa perlu melihat kecenderungan anak-anak sejak dari kecil lagi. contohnya, jika sejak kecil anak-anak cenderung untuk bermain dengan kereta mainan. mungkin kecenderungan mereka ke arah menjadi seorang jurutera ataupun seorang mekanik.
tidak salah jika seseorang itu menjadi seorang mekanik.malah, dengan peningkatan penggunaan kenderaan sekarang , seorang mekanik amatlah diperlukan jika berlaku kerosakan. malah , amat berbaloi dan boleh berbangga jika mekanik itu berjaya membuka sebuah pusat membaikpulih kenderaan sendiri. tidakkan itu membanggakan.
sekadar memberi contoh yang ringkas.tetapi , seperti trend masakini , ibubapa lebih cenderung jika anak-anak mereka berjaya sebagai seorang profesional seperti doktor , peguam ataupun jurutera.
amatlah bernasib baik jika kebetulan anak-anak mereka berminat dengan kerjaya yang dicadangkan. jika sebaliknya , bagaimana? gagal di alam persekolahna tidak bermakna gagal dalam hidup. tapi , cuba lihat ke arah kecenderungan minat anak-anak. cuba fahami kehendak mereka.
bukan semua manusia dilahirkan cerdik dan genius seperti nuramalina. ibubaa beliau sendir tidak pernah memaksa beliau untuk mengikut acuan mereka. mereka lebih banyak membiarkan anak mereka membina dan menguruskan masa dengan sendiri. itu menjadikan anak itu lebih matang dan bijak untuk mengurus hidup di masa depan mereka.
kesimpulannya , tiada salahnya jika ibubapa menentu masa depan anak-anak mereka tapi dengan cara melihat dan mengkaji kecnederungan anak itu sendiri sejak dari kecil. cuba asuh dan didik anak-anak dengan cara yg lebih mementingkan mereka berfikir secara lebih bijak dan matang serta berdikari. di usia remaja anak-anak amatlah penting kerana di saat itulah mereka mahu 'melihat dunia'. cara asuhan dan didikan yang baik adalah lebih berkesan untuk mentu kerjaya dan masa depan anak-anak
p/s: limitasi masa vs kekuatan mental vs fizikal? mana satu yang menang
apa kaitan tatau... la la la la la la la... walaupun entry "nak tak nak je" tapi tetap ada kan... at least aku gigih.. so BIUNDI ARCHMAL yang GIGIH gila nie...
August 15, 2006
BI2006 : WEEK 3 ASSIGNMENT
Bolehkah seorang lelaki/wanita mencintai dua orang lelaki/wanita pada satu masa? Isu yang telah lama kedengaran.banyak pendapat yang terhasil.percanggahan dan persetujuan atas isu ini diperdebatkan saban hari.
Bagi sesetengah pendapat, lelaki mendapat 'advantage' dari kuasa pemilihan(POWER OF CHOICE).adakah disebabkan kelebihan ini memberi keadilan pada wanita? tidak tersentapkah mereka jika hak kesamarattan yang mereka perjuangkan dipertikai?
seorang lelaki BOLEH mencintai dua orang wanita JIKA ...
*seorang lelaki itu sememangnya bersifat mudah jatuh cinta dimana memang sinonim dengan kehidupan lelaki itu sendiri bermula sejak remaja lagi.
*kebanyakan menganggap jatuh cinta berulang kali adalah satu proses pemilihan peringkat awal untuk mencari pasangan hidup yang sesuai samaada serius dalam proses pemilihan ataupun sengaja mencari 'bala' yang sering kita dengar dalam kes kecurangan.
*lelaki itu seorang yang berani menghadapi segala kemungkinan dituduh tidak jujur dan setia serta berlaku curang sedangkan kuasa pemilihan (power of choice) dikatakan berada ditangan mereka
*dalan konteks perkahwinan, MAMPUkah lelaki itu berlaku ADIL terhadap kedua wanita yang dicintainya
tetapi , jika seorang lelaki itu berani dan pandai mengaturkannya, MUNGKIN mereka akan mendapat hak itu sekiranya...
*mempunyai wang berjuta*datuk K?*
*anugerah paras rupa yang tidak dipertikaikan waima oleh lelaki sekalipun*david beckham?*
*pandai menuturkan bicara manis dan mampu MENIPU dengan niat atau sebaliknya*conman?*
mungkin kelebihan pada lelaki , tetapi bagaimana dengan pihak wanita yang tegar dan lantang membicarakan tentang kesamarataan hak?
wanita juga BOLEH berbuat demikian JIKA
* sepertimana lelaki yang mempunyai kuasa pemilihan, adalah tidak adil jika wanita tidak diberi hak dan kuasa yang sama
*juga sanggup menerima risiko dikatakan dan dituduh sebagai 'playgirl' , tidak jujur dan setia?
*sanggup menebalkan muka dan menutup telinga kerana tradisinya wanita asia tidak mempunyai hak untuk memilih
*wanita juga perlu memilih pasangan yang sesuai untuk dijadikan teman untuk sepnajang hayat. kerana wanitalah yang banyak menanggung akibat daripada kesilapan memilih pasangan dan menjadi mangsa percaturan adat yang tidak merestui wanita memilih
kesimpulannya, samaada lelaki mahupun wanita , BOLEH mencintai dua orang pasangan dalam satu masa JIKA alasan dan niat adalahy untuk mencari yang paling sesuai dan lengkap *perfect match*
tepuk dada tanya hati... samaada anda mampu melakukan dan mengatur bagaimana kehidupan cinta anda yang bercabang dan pastikan anda tidak tersesat serta tidak tersalah pilih atas sesuatu dasar*harta, paras rupa atau budi pekerti*
hanya anda sendiri yang mampu menjawab persoalan samaada mampu atau tidak.itu sahaja.
...cermin diri, hiasi peribadi...
August 08, 2006
...BI06 Week 2 Assignment...
"BI2006 - Week 2 Assignment :YOU are the new Manager for Diddy AF4. As a manager, what would you do to get Diddy to be an established singer / artist in the Malaysian Music Industry?"
...nama saya salmah binti mas'oud.orang panggil saya sally geiboo.glemer kan nama saya.ramai orang kenal saya.sebab saya chantek.kulit saya puteh gebu.sebab tu orang panggil saya salmah geiboo.orang dengki ngan saya sebab saya cantek...
...ko hengat ko cantek sangat ke sally??mak lagi cantek occay!!...
...dulu saya kerja jadi pengurus artis. hensem tau artis saya.nama dia diddy af4.saya ingat lagi masa tu, saya ada seorang kawan.nama dia fiebie.dia sakit. dia ada sikit mentally disturbed. dia yang kenalkan saya dengan presiden fc diddy yang dia kata pushy dan garang.memang pun...
...mungkin sebab saya cantek dah gebu kot dia amik saya jadi pengurus diddy yang hensem. diddy ni tinggi. sore dia sedap. saya suka dengar dia nyanyi lagu mimpi yang tak sudah.lagik best dari ibnor riza nyanyi...
...walaupun diddy tak menang akademi fantasia yang dia masuk, tapi saya tahu ramai orang minat dia. sore dia sedap.sedap pun tak macam sore dia. sore dia jantan sangat.mek sukkkaaa...
...diddy yang hensem , meletops...
...masa saya jadi pengurus dia, memacam saya buat untuk glemerkan dia.kalu dia glemer saya pun leh tumpang sekaki glemer dia.mane tau saya lagik glemer dari dia kan kan...
...memula tu kan, saya buat sexperiment kat dia ni.eh, silap.experiment.test sore dia.nak tau range sore dia walaupun saya bukan reti pun. pastu , saya gi goda dan ngorat komposer yang meletop letop kat mesia ni soh buat lagu untuk diddy.saya pastikan album dia ni , smer lagu best. konsep untuk lagu dia mestilah sesuatu yang baru.sebab orang malaysia sekarang gila nak dengar lagu yang pelik tapi best.cam lagu drama yang ning baizura nyanyi tu.best tu lagu tu...
...dalam album tu , saya pastikan tak ada pun lagu tangkap muat.maknanya, ketelitian masa pilih lagu untuk album tu harus tinggi.kena lagi tinggi dari dia.sebab orang beli album bukan untuk dengar satu lagu je.cam artis-artis lain buat tu. satu dua lagu je malatop, yang lain, nan ado katanya...
...dalam album tu saya pastikan ada lagu untuk semua golongan.kira konsep pop komersial la.sebab saya nak tonjolkan versatality diddy nie. dia memang leh nyanyi semua jenis lagu dengan baek.bodohlah orang yang tak ngundi dia dulu.ada lagu dance, hik hok, or new groove yang mmg digilai katanya.menda tatau lagu new groove tu...
...in casual attire, not bad.tapi yang mencacatkan gambar ni adalah tangan alien yang besar itu...
...dia cam jenis lagu yang tak penah orang buat lagi.buat pembaharuanlah katanya.rojak campurkan elemen muzik supaya boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. ada unsur hik hok, dance, ballads, jazz, rnb, pop soul, smer laa.saya tak reti sangat kalo jenis lagu nie.sebab saya dulu cikgu tadika kemas...
...dari segi imej laks, memandangkan diddy ni muda hensem kacak bergaya, saya paksa diddy pakai cam ala2 chicky, hap tu det katanya. tapi still bersopan dan masih mengekalkan memachoan dan kemelayuan dia.camne tu.kalo imej abang2 ala2 anuar zain tu.walaupun dia tak lah abg2 sangat , more to kekakak kan, tp dia nyer imej tu nampak classy katanya kan.tp , saya paksa diddy ni pakai yang lebih muda lah.annuar zain tu dah kertu uols.tapi dia tetap cantek kan ...
...nilah 'abang' nuar yang berimej malatops tuw...
...selalunya, kalau ada show, tarkirs la kat mana.dinner show ke , funfair ke, kedai buku ke, shopping mall ke , saya heret je diddy ni.sebab masa ni lah nak kenalkan dan nak buktikan pada orang yang diddy ni memang meletops. saya tak pilih show.kalu duk main dinner show je, depan datuk2, datin2, tansri , puan sri segala tu, diorang tu beli ke album ??selalunya orang yang rajin beli album ori ni bebudak skolah, i means teeangers ngan adek2 je!!...
...masa atas stage tu, saya selalu pastikan diddy bukan sekadar seorang penyanyi, tetapi sebagai seorang penghibur.biar nampak powerful and wild on stage.ada attitude , cara cakap ngan peminat, ngan fanatik. biar bila orang lalu kat shopping mall tu, ala2 terpegun denagn nyanyian yang meletop dan tidak sumbangsih.diddy memang tak ada masalah suara.cuma attitude atas stage dia tak ada masa kat akademi fantasia tu. tu yang saya ubah dan latih dia...
...waalupun saya tak tahu dia ni minat ke tak berlakon, saya paksa dia berlakon.sebab tu salah satu cara nak melariskan jualan album dia. muka dia yang hensem tu , memana produser takkan menolak untuk ambil dia berlakon.atas dasar apa saya paksa dia...
...kita tengok artis yang kawin juta2 , lepas 3 thn cerai tu, suara bukan sedap sangat, tapi berlakon meletop. sekarang berapa album dia ada.laku jugak walaupun tak sesedap mana suara dia.sama jugak denagn senario, jadi badut buat lawak dalam tibi, dalam filem, buat album ada jugak orang beli.sebab orang minat.bukan sebab suka lagu diorang.kan kan kan.pandai tak saya...
... satu lagi, macam ramai orang buat la, nyanyi balik lagu lama.kalau dia nyanyi balik mimpi yang tak sudah tu, mesti meletop.sebab lagu tu macam serasi dengan dia. tenggelam ibnor riza katanya.tidak salah bagi saya nyanyikan balik lagu lama sebab itu akan mengembalikan semula kepopularitian lagu tu dengan masa yang sama meanikkan nama diddy sebagai penyanyi...
...kontek ngan orang pun saya tak lupa.terutama dengan orang media.mulut diorang ni memang dotdotdot.tapi kalu tak dak diorang sapa lah artis kan kan.orang2 yang mulut hazab macam orang rambut paddle pop ni lah yang sedikit sebanyak membantu denagn buat cerita betul dan yang bukan bukan.saya kena jaga kontek ngan diorang ni.kalo diorang banned artis saya, matilahmak!!!...
...korang caya tak cerita nenek nie??tak tipu tau...
... itulah saja cerita saya kali ini.saya dah penat ni.nak tido japs.maklumlah dah tua.saya doakan diddy berjaya dalam dunia realiti industri hiburan kita yang kehausan penyanyi lelaki yang boleh menggegarkan dunia.bukan gegar denag ncerita putus tunang ke, keluar dating mancing ngan orang lain ke.tapi gegar sebab kualiti dan kemampuan dia 'hidup' dalam industri hiburan malaysia...
...nenek beradu dulu yek.jangan lupa undi ArcHmaL untuk Bloggers Idol 2006...
p/s: best tak muntah selepas baca entry propah tak hengat neh??? ...semua watak dan nama di atas tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah mati.andaikata , ada pihak yang tersentap , itu mungkin hanyalan suratan atau pun kebetulan taupun, memang aku nak carut korang.matilahmak!!!...August 07, 2006
...La La La La La La...
...tetiba je kan ada entry laks hari nie.kan ke aku kata bila start Blogger Idol tak ada entry baru selain entry assignment.sker hati aku lah blog aku!!!...
...matilah kekwat.saje je.cam tak dak keja nak buat kan.ni nak cerita pasal bloggers idol gak.result dah kuar.sila rujuk jadual di bawah...
... dapat no 7 katanya menggu lepas.tak teruk sangat tak bagus sangat.btw, minggu ni tak da eleimanition katanya.well, no komen.so new assignment yang bakal memecah dan membengongkan otak aku yang sedia bengong nie...
...nilah orang yang bakal aku kerah untuk dia terus glemer dan meletop...
... matilah soalan cam gampang susah.matilah aku kena feeling jadi Manger Artis laks.kan ke aku selalu gak berangan jadi artis.ihhiks.matilah kul 3 pagi lagik la aku post entry kali nie.bengkak mata aku.tapi , ini satu cabaran kan.korang tak nak tulun kau ke??*nanges*...
... nasib baik hensem*matilahmak*!! sila abaikan tangan resaksa kat blakang yang feeling cantek ituew!!!
...sesapa yang bermurah hati nak tolong aku, amatlah diharapkan bagi idea yek.kalo tak nak orang lain cedok idea korang. korang email kat aku.ihhiks*matilah tak nak kongsi katanya*kalo letak kat komen nanti ade org curik.pastru aku bgtaula korang yg bagik idea.la la la la la...
... ni larik topik skit... aku dapat pic ni dari opismet aku. indian woman yg lebih tua dari aku hanya empat hari ley?? biasalah indian ni caya kat merak ni kan.apa sebab dia tah aku pun tau.setiap orang berhak mengikut kepercayaan diorangkan.yang penting merak putih ni chantek sangat,sebab tu kekwat...
...diriku bukan sang merak kayangan, hanya sang penyu di lautan...
P/S: gambow diddy tu aku curi kat sini.matilah aku kalau dia mintak royalti.eler, dia pun curik gak tu...
...jangan lupa, khamis ni teruskan BIUNDI ARCHMAL yerk!!thanks pada semua yang ngundi ari tu.tak kena bayar kan kan *habes bil internet ngan masuk cc tak kena bayo ke???...
August 05, 2006
...BIUNDI ARCHMAL...
... debaran semakin kencang. masa kian hampir...sebelum ianya berakhir, jangan sampai anda...
...TERKANGKANG menyesal...tiada gunanya lagi jika ia sudah berakhir.tunggu apa lagi... vote ARCHMAL for Bloggers Idols 2006...caranya...tekan sini...carik nama ArcHmaL...bukan nama lain yek...
...korang nak tunggu apa lagi.perggiii sseeekkkaaarraaannnnggggg...
... anda dah undi, saya sudah!!sampai kering saya undi ArcHmaL...
BIUNDI
P/S: aku pun tak tahu kenapa aku buat entry ni, tapi , korang jangan tak undi laks ARCHMAL kat bloggers-idol official weblog yaaahhh...
August 03, 2006
...BIUNDI ARCHMAL PROMO...
...hhaaa korang!! dah lama sampai?singgahlah dulu.meminum, cekodok pun ada.sedap ni. beli kat gerai akak tokei cekodok bandar permaisuri kat sinpang tu.eh , sedap.rasa dulu.dua kali baru rasa ayamnya...
...sesambil merasa cekodok meletops ni , tetengok laa dulu. ni hah. ada bawak barang baru nie.fresh ni.panas lagi.siti nurhaliza pun beli.buat baju pengantin.tu , pak abu tu kenal?ala pak abu, yang pelamin meletop tu."pak abu kalau buat pelamin kena tengok baju pengantin dulu*matilahmak*...
...mender aku melalut ni.kalau entry tak 300 0 patah kata tak sah.matilah ade org kata aku makan gaji buta buat entry,tak baik tau.kul 3 pagi aku duk terconogok kat cc duk melayan kepala aku yang gila ni.dah la subject aku bagi info tak komplete.lepas time tutup baru reply email ley??perlu ke??matilah carut lagi...
...korang dah baca.korang dah carut.korang dah kutuk maki segala kan?so , skang keje korang, apa lagi,ngundi le pulok.moh le nekan butang undi tu kat sini.mana?hang pi bawah ni...
...pastu hang jangan duk tengok saja.hang tanda hak ada nama aku.la, nama aku pun hang tak kenai?a...r...c..h...m...a...l,jadi bunyi nye hape?yyyeeeeee...ppaannnddaaiiinnnyaaa!! ARCHMAL.dah tu hang pa melanguk kat sini wat pa lagik.pi la ngundi nung.hangpa tekan sini jah..aku bawak hangpa pi sana.nanti kalau aku menang aku blanja hang pa makan sate telur kambin.*matilahmak*....
...teruskan usaha gigih anda mengundi aku seperti mana kegigihan aku berjaga kul 3 pagi semata mata untuk korang.iiiyyooolllaaahhhh....
....jangan biarkan masa berlalu.undi sekarang.bukan undi joned, bukan temah, tapi ARCHMAL ...
BIUNDI ARCHMAL
August 02, 2006
...BI06-WEEK 1 ASSIGNMENT: ALL ABOUT IZZU...
...gulp!! 1st assignment untuk Bloggers-Idol katanya*matilahmak*.as korang tau kan, aku ni berangan nak glemer, so aku join la BI06 yang aku duk promote melalak-lalak tu kan.so tugasan pertama adalah bertemakan ice breaking katanya.tapi bagi aku, sesi carut contenders lain boley???*larik nyuruk dalam tempayan naga*...
...so aku punyer subject is IZZU.cam tetau je kan aku baru je terjumpa*ternampak je sebenarnya* kat kl sabtu hari tu , terus dapat dia katanya.personally mmg aku tak kenal sapa IZZU ni.tapi adalah jugak aku baca blog dia kan...
...pose macho katanya, masalahnya, macho ke???*larik*...
...camana nak mula yek.ha...ekceli aku tak ekspek*expect la* pun assignment cam ni kan.matilah feeling buat assignment ala tesis segala.nasib baik aku mmg selalu baca blog contenders lain*padahal tak de keja kat opis*tunjuk mesra kunun*padahal cari point nak carut*. Mende aku meroyan ni.bila nak start...
...so, bermulalaah ceritera apa bila terlahirnya sorang putera yang tak berapa putera sangat di tanah rendah sekebun bunga, tanah tumpah sang puteri setia, saadong nan jelita*apa kaitan tatau*adapun terlahirnya putera adalah tanggal*bukan tanggal tali pusat la* julai 18 dua puluh purnama yang lalu*24 thn lah!ko tak belajar math ke*...
...ni mende aku melalut ni.suka tau meroyan sensorang feeling star kan.putera*ye ke? bukan puteri ke* yang dimaksudkan adalah tidak lain tidak bukan IZZU.well, berhoroskop kan cancer*, sinonim denga n dirinya, IZZU adalah seorang yang sensitif*alah, adik-adik mmg sensitifkan*, berjiwa lembut dan rapat dengan ibunya...
...IZZU lebih suka rentak hidupnya slow n calm*nampak cam translate horskop kan!!memang. Dia yang cakap mostly horoskop dia betul.aku tak reti nak judge personality orang yek.harap maklum*IZZU sentiasa ingin orang yang disampingnya memahami dirinya.tak kira laa kan kawan ke, kb ke, laki ke*matilah aku*...
...namun begitu*cam karangan SPM laks*, beliau adalah seorang yang kelakar.mungkin selepas menamatkan pengajian beliau di Universiti kat meletops kat Perak tu*matilah Tronoh* dia boleh apply jawatan badut sarkis kat royal london sarkis kan*matilah aku carut dia je manjang*...
...peramah?sifat yang bagus yg dimiliki seperti mana adik-adik yang lain.mmeessssrrraaaaa katanya.IZZU amat disukai oleh kenkawannya*aku propah je ni* kerana beliau seorang yang boleh dipercayai , seorang pendenagr yang baik, dan amat memahami perasaan orang lain.tidak hairanlah kalau IZZU dianggap sebagai seorang kaunselor dikalangan kenkawanya...
... siapa kata IZZU tak ade perangai buruk.no body's perfectkan.dari pengakuan terbuka setelah buat press konferan ala-ala CT n Datuk K*star ke nko IZZU??larik* , IZZU mengakui bahaa seorang yang overprotective*tetiba aku teringat Britney Spears;overprotected!!*.alasan*matilah miss alasan*, IZZU akan menjadi seorang overprotective dengan kenkawannya yang tak tahu laa ramai mana, of kos laa kan, denagn kekasih hati.yerlah, kalau korang sayang kat diorang pun korang pun buat mende yang sam cam dia kan...
...ko pehal ngangkang semacam jer, gersang ek??*matilahmak*...
...satu perangai makcik-makcik*mungkin ikut mak dia kot, dia kan anak mak!!*adalah kuat membebel.tapi menurut IZZU, actually , suka bagi advices kat kawan2, tapi org panggil membebel. Yer tak ye jugak.aku pun selalu dikutuk suka bebel, padahal mmg pun.ni pehal cite pasal aku.pasal IZZU laa.bengong laa ko ni ARCHMAL...
...satu lagik perangai buruk IZZU ni, dia suka tangguh2 kerja dan buat kerja last minit.cam aku gak je.aku lagik.sebok nak enterprem.aku no komen pasla perangai yang satu ni kan.tapi walaupun it's normal , tapi it's not a good things dude!! try to change it!!katanya, tetiba nasihat nie, cantek ke ko archmal???larik...
...cerita pasal hobi ler pulok.apasal cam boring laks cerita aku ni.Format kertas peperiksaan Penulisan UPSR sangat.tajuk kawan baik say.matilah aku.tetiba ingat iklan aiman tak keshah.iklan japs yek.tetiba idea kau diganggu oleh jembalang yang diberi oleh ponen berangan top suka carut adik-adik nie...
...back to IZZU, dia ni suka melalak.means menyanyi.sedap ke idak wallahua'lam laa kan.tak penah aku denagr laks.ko kompiden nyanyi tu, apsal ko tak gi odisen AF ke, OiAM ke.brani IZZU??.selain daripada itu, hobi biasalah cam org lain gak , tengok wayang*leh geng ni*baca majalah n komik*kalo buku ilmiah 2nd page dah lelap*outdoor*leh tahan lasak cam aku ni*bla bla bla, cam orang lain gak.tapi satu hobi pelik dia, aku pun tingtong gak pasal aku suka gak buat tu tapi tak de lah dijadikan hobi...
...IZZU ni gila kumpul broser or pamplet or sampah marketing pasal housing lot nie.gilo apo.tapi it's good sebenarnya. Walaupun nampak berangan , tapi bagi aku lah kan, at least that thing can motivated us to work harder to strive the goal, buy that dreamed house.kan IZZU kan.keep it up!!!...
...aku ada tanya dia*kut email la* ala-ala feeling miss world kan, if you are not you, who would you want to be? Nak tau apa jawapan dia.kompidensi sangat .cam ada pengalamanmasuk miss miss ni*matilah organiser miss tak serik serik, larik*.korang baca jawapan dia.ni aku mmg kopi pes je jwpan dia bebulat cam perut aku yang boroi nie...
...satu lagi hobi yang dia tak cerita kat aku, amik gambo ngan jejant*larik*...
...i dont think, sesiapa boleh jadi diri i tapi i boleh jadi orang lain yang orang lain nak jika mereka inginkan i jadi macam apa yg mereka nak. kiranya, i boleh berubah2 mengikut keadaan, situasi serta masyarakat sekeliling. i dont think, i dont wanna be someone else but i hope i can loose a lil bit of the sympathy and empathy things. susah la, sbb mudah kesian kat org, last2 i gak yang dpt susah. i want to be more tegas dan serious person. but i doesnt suit my character. but i will be a serious man jika diperlukan. i wish i can be irfan khairi, coz i really adore him. well, he's young millionaire. and i want to be one too...
...hamik ko.tersentap aku.tapi aku puas hati.at least i know what type of person he is, baekhati*propah ni* and ambitious katanya.ada cecita nak jadi jutawan.keles ko kan!!!aku doakan cecita ko tercapai...
...so aku rasa itu jer laa saje bebelan dan royanan*ada ke perkataan ni, main belasah je* pasal IZZU. Lagipun ada few question aku tanya dlm 2nd email aku kat dia.tapi sampai laaa ni*0216am wednesday* tak reply-reply lagik.mungkin sibuk ngan assignment dia kot.sebab dia kan dak skolah.banyak keje skolah la bila skolah dia bukak baik.bila agaknya leh jumpa kan, bukan apa pun, nak kawan je.aku kan suka kawan*iyolah pastu ko carut kawan ko tu kan archmal*...
...semoga juries berpuashati ngan entry aku pasal IZZU ni kan.dah laa berjela, matilah aku kan.tak reti nak buat sikit.ni sesimple yang boleh dah aku buat.amik point penting je*iyolah tu* tu miss organiser, jangan lah potong markah mak sebat carut uols, tak baik tau salah guna kosa, kan abang lady*matilahmak,larik*...
...weis korang jangan lupa nak BIUNDI ARCHMAL pada hari khamis sampai ahad kat sini yek..undi la bebanyak.kalo nak baca orang carut aku, gi kat akak aku yang anggun jelita tapi sempoi nie...

