June 22, 2006

...MaK YoNG..

...aku sebenarnya tak ada idea nak membebel kat sini tapi nak buat macam mana kan kan... kalau hujan ni lagi lama lagi bagus... dapt OT free...hehehehe..... HARAM tuuu...!! ekceli aku sakti pinggang ni... mungkin kesan daripada pembakaran lemak tepu dalam badan pagi tadi ataupun aku sekarang sedang senggugut... perlu ke feeling wanita muslimah?? kak pnut... kalau period , pinggang sakit kan kan...hehehe***lari***

...sebelum terlupa... aku janji nak cerita pasal mak yong.. tapi rasa malas pulak nak tahep bebanyak... so to kak pnut or sesapa yang berminat nak tahu atau menyibuk nak tau ataupun memang suka amik tahu.... sila tekan sini untuk keterangan lanjut... baca sendiri laa yek... everything complete there...

... tapi atas kebaikan aku... di sini aku tiru tampal serba sikit pasal mak yong...

Mak Yong merupakan satu kebudayaan seni tari tradisional yang masih lagi digemari oleh orang ramai dan kini Mak Yong dipersembahkan dalam bentuk taridra untuk pertunjukan di peringkat antarabangsa. Pada masa dahulu permainan ini dipersembahkan sebaik sahaja selepas orang-orang kampung selesai menuai padi di bendang. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Pattani, Kelantan, Kedah, serta di Kepulauan Riau - Indonesia.

Asal usul Mak Yong dipercayai mengandungi unsur-unsur ketuhanan dan inspirasi. Suatu teori berpendapat dari segi etimologi istilah Mak Yong berasal dari nama Mak Hiang iaitu nama semangat padi dan mempunyai persamaam dengan Dewi Seri, dewi Hindu-Jawa. Mak Yong dianggap sebagai suatu pemujaan terhadap alam dan gejala alam, seperti yang terdapat dalam lirik Lagu Mengadap Rebab, lagu yang mengiringi tarian pembukaan dalam sebarang pertunjukan Mak Yong. Di Kelantan, Mak Yong dianggap mempunyai asal usul terus dari Nabi Adam, keturunan manusia yang mula-mula melalui berbagai dewa, semangat atau wira. Keyakinan ini amat kukuh di Kelantan. Ini menyebabkan genre ini ditafsirkan dalam istilah-istilah yang simbolik dan mistik, seringkali dipetik dari pengajaran Sufi.

Satu lagi kemungkinan ialah Mak Yong berasal dari kepercayaan anismisme dan juga kepercayaan dan amalan perbomohan. Setengah dari pengertian kerohanian yang mendalam yang dihubungkan dengan Mak Yong dan setengah dari simbolisme disekitarnya, jelas menjurus kearah shamanisme. Mak Yong yang bersifat ritual dan yang dipertontonkan untuk maksud hiburan barangkali menunjukkan suatu manifestasi yang lebih awal genre tersebuat bila soal-soal ritual dan penyembuhan menjadi pertimbangan walaupun aspek hiburannya masih juga diadakan. Samada secara sendirian atau digabungkan dengan Main Puteri yang berunsur perbomohan itu, Mak Yong menarik perhatian dan perasaan orang-orang Melayu Kelantan dan ini akhirnya membenarkan perlepasan emosi dan penyembuhan samada melalui penglihatan secara menyeluruh ataupun melalui penglihatan emosi dan psikologi.

Dari segi sejarahnya, Mak Yong terus dipersembahkan dalam kedua-dua bentuk ritual dan hiburan beberapa abad sejak permulaanya dan setelah ia sempurna sebagai suatu genre teater. Satu bukti konkrit yang menunjukkan bahawa Mak Yong telah dipersembahkan dalam abad ke-19 telah dikemukakan oleh Swettenham, yang membicarakan Mak Yong bukan dari jenis istana. Sungguhpun setengah para sarjana begitu percaya bahawa Mak Yong telah benar dipersembahkan di istana Patani dalam abad ke-17, namun dua sumber tunggal dari abad itu yang boleh didapati - Hikayat Patani dan huraian Peter Floris mengenai lawatannya ke Patani - tidak menyebut langsung tentang Mak Yong. Yang demikian, tidaklah mungkin Mak Yong dipersembahkan dalam abad ke-17 di istana Raja Ijau Patani.

Walaupun begitu, kita tidak boleh sama sekali menolak kemungkinan yang Mak Yong pernah dipersembahkan di kampung-kampung di Kelantan dan Patani dalam tempoh itu ataupun jauh lebih lama sebelum menjelangnya abad ke-17.

Dalam bahagian awal abad ke-20 Mak Yong diiktiraf sebagai hiburan istana oleh Tengku Temenggung Ghaffar, seorang putera raja Kelantan dan diletakkan di bawah perhatian dan pimpinannya secara peribadi. Beliau memperuntukkan beberapa kawasan dalam istana lama di Kota Bharu sebagai suatu 'daerah teater' dan menamakannya mengikut nama beliau, yakni Kampung Temenggong. Beberapa buah teater telah dibina di kawasan ini, memberikan berbagai-bagai bentuk corak hiburan tradisional dan di antaranya termasuklah Mak Yong, Menora, Wayang Kulit dan Bangsawan.

Putera Raja itu secara peribadi menaruh minat yang mendalam dalam usaha memilih para pelakon dan melatih mereka. Beliau mengundang dan menggaji pelakon-pelakon dari kumpulan-kumpulan yang aktif di kampung. Sheppard mengatakan bahawa penaung seni diraja ini " dikatakan telah menyara seratus orang pelakon wanita Mak Yong di Kota Bharu pada desawarsa pertama abad ke- 20", dan beliau lebih lanjut menyebut, " bahawa Mak Yong terus menjadi acara hiburan istana yang utama sehingga kira-kira tahun 1920-an". Maklumat ini pada dasarnya boleh dipercayai walaupun barangkali telah ditokok tambah. Kumpulan teater kampung Temenggong ini memberi hiburan kepada masyarakat umum dan juga dipersembahkan di balai penghadapan istana raja.

Semasa zaman Mak Yong mendapat naungan diraja, beberapa pembaharuan yang penting telah diperkenalkan. Watak Mak Yong ( peran lelaki ) dimainkan oleh pelakon wanita. Sebahagian besar para pelakonnya juga terdiri daripada wanita sementara pelakon lelakinya pula diberikan peranan yang tidak penting. Kumpual ini diperbesarkan supaya dari segi persembahan ia menjadi lebih menarik. Persembahan Mak Yong biasanya dimainkan atau dilakonkan oleh sekumpulan pemain yang profesional. Dalam permainan Mak Yong, watak utama adalah Pak Yong - watak lelaki yang dimainkan oleh wanita, Mak Yong - watak wanita utama, sepasang pelawak dikenali sebagai peran, sepasang inang, dan pelbagai watak penyokong seperti dewa, semangat, jin, gergasi, pegawai istana, dan haiwan.Persembahan Mak Yong diiringi oleh alat musik seperti seperti rebab (alat musik bertali tiga),.gendang dua kepala, dan tetawak. Pakaian dan keseluruhan gaya persembahan diubah untuk memperlihatkan status baharu Mak Yong. Pembaharuan-pembaharuan itu pada keseluruhannnya menghasilkan satu gaya yang lebih halus sebagai suatu jenis persembahan yang dapat dapat dibezakan dengan Mak Yong gaya rakyat. Kumpulan Mak Yong di kampung-kampung kekal tanpa apa-apa perubahan pada persembahan mereka sama ada yang bersifat ritual atau hiburan.

Beberapa kumpulan diketahui aktif sejak tahun 1926 hingga 1970, iaitu sejak berlakunya Bah Merah hinggalah tertubuhnya Kumpulan Seri Temenggung di Kota Bharu. Kumpulan Seri Temenggong di bawah pimpinan Allayarhamah Khatijah Awang, memulakan suatu fasa baharu dalam sejarah Mak Yong. Sejak tertubuhnya kumpulan-kumpulan teater Kampung Temenggong, Mak Yong mulai menarik perhatian orang ramai di kampung-kampung di Pantai Timur Semenanjung Malaysia walaupun pada masa kini, bayaran masuk telahpun dikenakan kepada para penonton.

...dan cikgu nari aku dulu adalah sa;ah seorang daripada ahli kumpulan seri temenggong tu lah...matilah dia seterit katanya... bini baru 3 sekarang...merasalah kan... sekarang dah tak ada dah orang main mak yong ni...kalau ada pun for tourism purpose only...tak pure... contemporary ... banyak tokok tambah...pendek kata memang tak asli suci lagi murni... kalau ada yang rasa nak tengok tarian-tarian mak yong... setiap Sabtu ada persembahan kebudayaan untuk tourist kat Gelanggang Seni(Istana Budaya katanya) sebelah malam... tanyalah diorang gtroup mana perform... kalau Kelantan Heritage... confirm ada...(matilah promote Kelantan pulak kan...

... di atas kegigihan aku mengiru tampal ni.. maka dengan ini aku mengisytiharkan bahawa setakat ini saja entry aku kali ini... matilah feeling star kan... di harap semoga anda terhibur denagn persembahan saya kali ini...hingga jumpa lagi di hari dan waktu yang sama minggu depan(matilah feeling pengacara cam Aznil lak kan)**koma**

jangan lupa hantarkan undian anda ke 32999....AFUNDI FAIZAL ,FARHAN , VELVET dan DIDDY (membodek ni)... pejal ngan farhan tu undi bebanyak...diddy undi sikit pun tak per...*larik..

...what i called "a PERFECT day" ...

...erms... nangis dulu la....uuuuuwwwaaaaaa.....sob sob ....uuuuwwwaaaa.....

...permulaan hari yang baik sebelum datang kerja...dan apabila sampai di opis yang aman damai(yoo llahh!!)... aku keluar ke empty bay(lantaklah korang tak paham pun)... nak check samada india mali punya workers buat kerja ke tak yang aku suruh buat..(matilah kekwat berangan bos besar neh!!)... tengah bergelak ketawa bergurau senda(heeii!! tak perlu speku... aku sembang sambil gelak lite lite jer ngan dorang sebab aku ni baik!!**koma**)... tetiba aku terfeeling bruce lee kan...pprraakkkk!!!matilah mati!! seluar aku koyark!!uuuuwwwaaaa... nangis... so aku tarik lah kemeja kesayangan aku(aku beli masa aku study kat uni maya lagi...sayang oooo!!)....leh la kaber koyak itu kan.... so aku pun masuk opis dan bla bla bla... naik motor... bla bla bla... rumah.... bla bla bla... tukar sluar... bla bla bla... sembang ngan akak jual nasi lemak dekat tepi pagar .... bla bla bla......balik opis....bla bla bla merempit.... bla bla bla.... motor mati....bla bla bla... lupa nak isi minyak!!!

uuuuwwwwwwwwaaaaaaaaaaa......matilah mak!!! ... aku jalan kaki 5 km ke stesen minyak yg paling dekat...motiff dekat!!...lagi sekali nangis....cari duit ringgit malaysia sepuluh(tu je last yg ada)...dalam poket seluar koyak itu.....nangis lagik.... jalan kaki balik opis....dekat 2 km... so jumlah keseluruhan penyusutan berat aku adalah(matilah formula matematik::--->aku lembab matematik)

Berat (W) X Jarak Jalan Kaki(m) / Jumlah Lemak Terbakar/km(B) = W X m/B = y(matilah formula propah)

jawapannya.... tunggu selepas ini.... matilah aku pun tatau berapa berat badan aku menyusut... Mr Carbs.. pinjam weighing machine tu nak timbang(matilah berangan masuk af

KENA CARUT

... hari ni lambat sikit masuk blog Diva Yang Gila ... sbb buat-buat bizi pagi td kan kan... tiba-tiba nama aku tercatit dengan diBOLDkan...uuuuwwwaaa...... matilah aku kena carut pagi buta kan... (matilah copy paste entry itu)

Akak tak leh menulis diary hari ni. Archmal, memandangkan ko takde kerja dan suara ko tak sedap untuk jadi penyanyi AF dan tidak ada harapan untuk jadi Penyanyi di Akademi Fantasia, apa kata ko take over penulisan Diary hari ini. Memandangkan mulut ko pun macam gampang. Kau tak perlu risau kalau ko tulis nanti peluang ko untuk masuk AF hilang. Sebab ko memang tak layak dan takkan masuk AF punya, kecuali sebagai penonton. (mati lah mak......)

...aku akuilah suara aku memang tak sesedap mana...tapi aku rasa kalau pergi odisen AF tu leh dapat green light jugak(matilah berangan kompiden jer)....gelak guling guling... tapi kan kan... unlike you my dear, i have natural beauty and a great singing voice"(matilah berangan)**larik

.. but the real things is.. aku sebenarnya malas nak buat entry diari sebab aku tak tengok sangat diari...bosan lah... kalau komen konsert tu leh la jugak ikut pendapat aku kan kan...(matilah berangan lagi).... and one more thing... aku selalunya miss nak tengok diari sbb time tu world cup live kan... so tak leh la tengok sebab housemate aku yang jantan itu memang gila bola... dia pun pemain bola katanya... tapi tak tes... badan sedap la..ramai gak kenkawan aku suka dia tapi dinch dapatlah... dinch layan uols... matilah merapu ke lain dah....**koma** heii...ai seterit occay!!...(matilah pecah lubang kali ni)... lagipun layak ke aku nak komen sedangkan aku ni siapalah... i'm nobody in that industry... kenal orang pun tidak... kan...baik ai kan kan...tak macam orang gila tu cakap kan kan...hhannnjj nyer kakak**larik**

... inilah saja bebelan aku ditengahari ini... kalau korang nak baca pasal diari AF tu... banyak lagi orang lain buat... antagonis dan protagonis *sila lihat blog orang gila itu ... nanti petang kalau rajin aku melalut lagi yek!!.. so don't kill animal because you are killing me softly with this song (dengar GITU-GITU APEK pagi di era bersama K n K)**matilah promote

June 21, 2006

...lagi entry pemalas...

... aku sebenarnya bukannya malas sangat...tapi aku busy giler....sangat bizi cam nak giler... orang giler pun tak bizi cam aku...memang tak ada masa nak berfikir apa nak sumbat dalam bog yang ntah ado orang masuk ke tak nie...

... apa pun terima kasih lah bebanyak pada mereka yang mencemar duli (ko hengat ko raja??) singgah di "stano ambo...yaa maka ambo pun berbesar hatilah atah kedatange ghakyat jlato...ya maka ambo pun persilolah segalo malo oghe hok jrijok ko stano ambo... di negri indoh amei dama nie... maka ambolah tubuh bergelar bade bernamo...ku archmal hatiemiey iskandariah alam....rajo sreto tue pado negeri ambo...."...matilah hantu makyong dah merasuk katanya... lantaklah korang faham ke tak...aku pun dah lama tak main mak yong!!(huh!!)... ingat ingat lupa dah... lagipun aku anak ronggeng je.... bukan pak yong... gelak guling guling... berangan je jd pak yong... nantilah kalau aku rajin aku cerita laa serba sikit pasal mak yong nie... setakat mana aku tau laa....

... okies lah... aku nak mengular nie...balik awal... hujan laa.... c u leter laa...adios la vista

June 20, 2006

...aKu DaH kErIng...

...dan bila tibanya hujung bulan(dah ke)... aku tak tahu la orang lain ..tapi aku...seperti selalu akan kekeringan... dalam erti kata lain... aku dah POKAI...uuuwwwaaaaa....... masalah terbesar aku adalah aku jenis yang tak reti nak manage my financial... awal bulan jer... time poket tebal(ke)... pantang jumpa pusat habiskan duit... nak je singgah... pastu terbang laa beberapa not ringgit malaysia.....*nangis....

... apa nak buat... aku dulu bukannya study ekonomi... financial study ke... hapa ke kan...yer lah... sekolah pondok belajar ngaji jer laa... tu pun tak abis...**koma**

..walaupun aku pernah kerja sebagai financial advisor(padahal jual insuran)... tapi diri sendiri tak terurus... **matilah propah sajork...

...walaupun ringgit malaysia yang aku terima ini jauh lebih banyak daripada dulu dan memang lebih sikit daripada orang lain(tau sudah!!!)... aku tetap berangan beringgit malaysia berkilo-kilo....* matilah berangan**koma**

...dan aku berada di tahap kritikal sekarang... agak-agak leh masuk Tabung Bersamamu tak??

..itu sajalah aku dapat melalut petang ni sebab aku juga kekeringan idea...**padahal pemalas**... esok lah aku melalut panjang-panjang seolah aku adalah calon pelajar terbaik STPM ...**lari... tak pernah amik pun...

...last but not least... AFUNDI FAIZAL, FARHAN , VELVET , DIDDY DAN AKU!!!**tetap berangan masuk AF**lari...

P.S::) aku bukan nak buat fitnah tapi aku dah lama perasan faizal tu "sesuatuh"..kenapa orang tak pernah hiraukan komen aku... walau apa pun dia... siapa pun dia...aku tetap AFUNDI FAIZAL....

June 16, 2006

...dan ...erms....lelaki hensem??(mesti ramai suka tajuk ni kan)

...seprais.... tak dak pic lelaki hensem.... gelak guling guling....aku sebenornyer sangat bizi....tak de masa nak bebel kat sini...padahal aku malas...so laaayyyaaannnnn.....

...aku dapat ni daripada email seorang kawan....

...LELAKI HANDSOME DAN....

Kalau lelaki handsome pendiam

Perempuan akan cakap:: woow,cool giler...

kalau lelaki tak handsome pendiam

Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat

Perempuan akan kata: nobody's perfect

kalau lelaki tak handsome berbuat jahat

Perempuan akan cakap: memang....muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong

Perempuan yg diganggu perempuan akancakap: wah..machonya..macam hero filem!

kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu

Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik

Perempuan akan kata: sepadan sangat...

kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik

Perempuan akan kata:mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih

Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..

kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih

perempuan akankata:...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah,patutlah, tengok saja luarannya).

kalau lelaki handsome penyayang binatang

perempuan akan cakap:perasaannya halus...penuh kasih sayang

kalau lelaki tak handsome penyayang binatang

perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW

perempuan akan cakap: matching...hebat luar dalam

kalau lelaki tak handsome bawa BMW

perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar

perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar

kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar

perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan

perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen

kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan

perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati

perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on

kalau lelaki takhandsome bersedih hati

perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

... so cekidaut!! aku rasa logik dan ada betulnya jugakkan... so what do you think?? leave your comment(i don't need "no komen", ok!!)...

June 14, 2006

EgO kE AkU??

... aku tak tahu mana nak mula... let me tell u a story laa... truely realistic story...

... sejak kehilangan motosikal buruk aku, housemate aku J(bukan nama sebenar), memberikan aku motosikal Yamaha Panther(matilah ai mat rempit).. untuk aku gunakan ke office... sementara dia samaada menumpang Helmie ataupun meminta officematenya yang tinggal berdekatan untuk menjemputnya ke pejabat(chantek ke ko).... aku hanya gunakan motosikal itu untuk ke pejabat saja... tidak untuk meronda, merempit atau pun me*****(speko sajork sdiri yek)... neber eber laa aku gunakan untuk tujuan persendirian... dan aku amat menghargai dan amat berterima kasih atas kebaikan hatinya... dan sebagai balasannya...(uiks.. tak perlu speku... aku bukan jenis kerana budi tergadai bodi yek!!).. aku tolonglah masak untuk dia... lagipun aku sendiri pun nak jugak melantak... pendek kata aku merajinkan diri aku yang malas jugak nak ke dapur nie walaupun jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi!!!(ko ado)...

... tapi sejak akhir-akhir ni... akui tidak tahu samaada aku terlalu sensitif atau pun terlalu ego untuk menerima ... dan sepulangnya aku dari kg untuk bercuti... aku tersentap!!.. beberapa stok makanan habis dalam masa 5 hari saja!!! stok yang mampu menampung kepokaian di hujung bulan!! ... tapi aku diam jer... tak pe lah ... aku malas nak berkira sangat... lagipun bukan duit aku sorang... memang share satu rumah untuk beli barang dapur tu... dan bla bla bla bla... dan beberapa lagi kejadian sentap oleh ku...

... alkisahnya... 2 3 hari lepas aku terasa bila dia sound aku dalam loghat terangganu(afundi faizal**larik)... ...mujur aku bui muto...(nasib baik aku bagi pakai motor) ...aku terdiam... terkesima... selama ni dia tak ikhlas ke bagi aku guna motsikal dia tu... buat aku terfikir... patut lah dia cam naik tocang sekarang... makan basuh pinggan sendiri jer... periuk belangan dalam sinki tak tolong settlekan sekali... cakap ikut sedap mulut jer... mintak tolong cam bagi arahan... hhhhhhhhhheeeeeeeellllllllllloooooooooooooooooo!!! aku ni kuli engkau ke?? kau bayar gaji aku ke???

... dan setelah kesentapan tahap gunung merapi yang tak meletus lagi... aku dengan ego kekwat berangan tak sedar diri menjalankan(aku tak sure apa perkataan lpaling sesuai) konfrantasi... balik kerja awal aku masak untuk aku seorang jer... aku tak tanya pun dia makan ke tak... tegur pun tak...sembang pun tak... tapi tetap aku pakai motosikal dia untuk kerja... ego ke aku?... dan aku sedar aku perlu lakukan sesuatu... mungkin aku terlalu sensitif dengan keadaan aku yang agak tertekan walaupun orang melihat aku seperti tiada masalah...happy manjang...kerana kau tak merasa apa yang aku rasa(matilah highlight) dan masalah aku ialah dia bukan adik-adik!!! ... kalau tak dah lama kene maki hamun carut sumpah seranah dengan aku... adakah aku ego??? ...bukan aku tak malu denagn diri sendiri... tak sedar diri... pinjam harta orang tapi tetap kekwat...hellloww...i'm not like that!!i'm not that such bloody bitch jerk!!!... what the hell i'm talking about nie?? no matter what... aku tetap akan pakai motosikal dia sampai lah dia kata...stop use my moto!!!...dan tika itulah aku akan terkeluar segala kemaluan(no dirt thinking)... aku sanggup hadapi risiko terkesima !!!

June 13, 2006

...dari world cup ke sentap!!...

...dan erms... few lazy and busy(buat-buat je) days...'bout 3 days i'm not hapdet this blogs... so got few things to story mory laa....just readlah...

CAWAN DUNIA

... dan acara sebutan dan kegemaran dunia...tak kira lelaki ke perempuan ke... tua muda.. kecik besao...cantik buruk... kaki bangku ke kaki rewang ke... omputih ke..orang itam ke... pink karer ke... yang memang tak de kerja... yang tengah kerja...yang tengah****(speku sendirik!!!)... tengah perang ke...mesti tak mahu lepaskan peluang untuk turut serta merasai kehangatan yang lebih hangat daripada biasa(hot.fm)...WORLD CUP :GERMANY 2006...

...aku ni bukanlah minat sangat bola ni... tapi kalau event besar cam ni aku layan jugak... tambah lagik ada sekor mangkuk hayun kat rumah aku tu memang kaki bola... main bola untuk company dia... tapi kalah jugak... sanggup memujuk lagi sorang lagi housemate(tuan punya astro umah aku) 'tuk subscribe astro supersport...as long as kitorang tak tengok sangat kartun...bagi jer lah untuk sebulan sajork...dengan syarat... dio bayor ler... aku ok jer....'archmal tak keyshah'... kononnya....padahal aku sentap jugak sebab tak de la peluang nak tengok crite lain... tp okie jer laa sbb bukan aku bayar pun.... who cares!!!(matilah kekwat...larik)...

... so opening ceremony tu aku tengok lah... bagi aku biasa jer diorang opening...tak laa grand sangat... aku rasa kl'98 lagi grand(matilah patriotik)... tapi part paling aku suka diorang nyer traditional costumes.... bila la aku nak try pakai cam tu... then game Germany vs Costa Rica... bagi aku satu game yang menarik(matilah ai kene gelak sebab komen world cup ala-ala AF4 kan)... sbb tak sampai 20 minit.. dan 3 gol... dasyat tu..bagi aku memamgn fight laa...orang lain aku tak tau laa pa komen kan...sebab bukan bidang aku... dan blog aku...suker hati nenek angkat pak cik emak tiri bapak ketua kampung aku lah aku nak tulis apa(matilah kekwat)***larik... then ada lah 3 4 game lagi aku tengok.... tapi maals la nak komen... but what is interest me for the world cup is ada negara yang first time masuk...even negara yang tak ada padang rumput cam Angola tu pun mampu masuk...tetiba aku malu jadi anak Malaysia...buat stadium juta-juta...tapi world cup tetap tak leh masuk... walaupun aku tak minat bola... tapi kalau macam ni taraf kita... macamana nak support!! ada yang sokong aku tak??

AKADEMI FANTASIA 4

... aku tak pernah buat apa-apa komen pasal AF4 ni... so aku tak perlu la komen banyak-banyak kan kan... cuma sebab dibuat di siang hari dan aku rasa macam terkilan sebab Karen terkeluar ... cuma nak luahkan apa yang aku rasa la... siapalah aku kalau nak dibandingkan dengan

kakak yang gila dan kawan dia yang gila jugak

yang sememangnya expert dalam bidang meraka... banyak jugak ringgit malaysia aku terbang kali ni... sebab ni 1st time aku afundi... merasalah faizal paling banyak kan(matilah staterisme)**lari... farhan... then lottor and diddy... zial also bagi aku ada potensi untuk melangkah jauh.. tapi apa nak buat ... nasib perjalanan seni mereka bergantung kepada tangan mereka yang belum tentu tahu menilai seni dan bakat mereka yang berhak... sorry to say... aku cukup tak suka amirul... bukan sebab karektor dia tapi... he JUST can sing... tu jer... kalau suara macam tu pun leh dapat... memang menyesal la aku tak pergi audition dulu**larik... sasah suara aku jauh lagik sedap dari dia(matilah berangan) ** larik sepantas mungkin nyorok bawah meja... banyak lagi yang perlu dibaiki.. baik pelajar mahupun penganjur... kamera tah kemana-mana...(matilah ai pun pernah shoot untuk recorded and live program)... baju malas nak cerita la... perlu ke zila pakai baju macam perempaun joget kat dangdut mawar biru??? hheeelllooooo..... mmg setuju ngan adlin(nampaknya aku pun cam dah suka dia skit minggu ni).... itulah saja... buaty karen walaupun dia tak baca blog nie... hopefully dia akan sukses walaupun keluar awal... (kalo nak sore sedap cam karen makan lah budu..nak order...sila call aku).....

AKTIVITI DI PETANG AHAD

... lepas tengok af ptg tu, aku ngan halmie plan nak pergi jenjalan... lama tak keluar bersama.. perlu ke speku sapa halmie tu... housemate aku la.... so aku pun mmg plan nak jumpa dia sebab nak bagi keropok yang dia kirim masa aku balik terangganu hari tu... kebetulan dia ada roadshow kat Ampang Point... so kira ok lah ... lagipun aku nak pergi main volleyball kat tasik titiwangsa... lama tak turun.... 2 bulan lebih kot... so leh laa lepas gian... halmie pun nak pergi joging... so kitorang sampai kat Ampang Point kul 530 kot.. aku sms dia as long dia pun tak busy sangat walaupun ramai orang... tapi dia ajak aku minum kat luar Ampang Point tu... aku sedikit teruja sebab lama dah tak jumpa dia... main sms and call jer kekadang... so lepas jumpa dia tak lama sbb dia tengah kerja(motif kan kerja hari ahad).. kitorang gerak ke tasik titiwangsa... takramai sangat yang main... tapi ramai yang aku tak kenal... main few games around 830 kitorang pulang ke Puchong...

... sampai kat rumah ... macam orang kebulur... siap jer mandi ..cuci apa yang patut..hehehehe... aku terus melahap nasi... hari tu aku masak... awal masak... walaupun aku tidur jam 5 pg sebab layan bola...tapi aku paling awal bangun di hari ahad itu... jam 930(awal ke) ... mandi sesiap... turun gi beli beli nasi lemak ... dengar carta era then start masak sambil telinga dialunkan irama dan lagu daripada carta era... siti ke tetamunya...ok jer... well siap masak around kul 12 lebih ...nasi putih... sup ayam.. kobis n cendawan goreng and telur dadar... cukup lah makan untuk 3 orang saja ...masak lebih.. stand by untuk malam skali... dasar pemalas...

makan sambil layan tengok bola... pastu layan sembang ngan halmie... kul braper tah aku aku tido...

SEMALAM

..semalam aku busy sangat... minggu lepas aku ada hantar email kepada semua representative kat depot all over malaysia... actually aku kena handle satu project untuk seluruh malaysia.. tapi bukan aku laa lead...aku cuma kuli jugak...yang buat kerja sampai pecah otak... takut jugak sebab aku ni bukannya ada pengalaman nak handle project besar dan orang yang jauh lebih banyak pengalaman daripada aku... maknanya orang yang lebih kertu dari aku...(matilah merendah diri)**larik... nak ceritanya... tahap bebal diorang ni leh kata tinggi jugak la...

... so semalam bila check mailbox, satu reply pun tak ada... so diorang iggy akulah maknanya... apa lagi...terus la meletup gunung merapi ... sekali lagi aku mengemel diorang yang bengap dan bebal tu... carut dengan cara bersopan(boley)... barulah bertubi-tubi emel n IM aku masuk... dah tu...14 kali terang pun tak faham...hello... aku pakai english tahap tadika sajork... bukan cakap bahasa chech republic(matilah diddy tak tau kan apa chechoslavakia)** larik... kena terang satu per satu apa yang aku nak sdan diorang kena buat...bengang sangat aku.. takkan benda yang senang pun tak leh nak buat... dan aku bernasib baik sebab email tu semua aku cc kat project manager.. so nampaklah aku buat kerja kan kan...merasalah dapat permanent nanti...**larik...matilah berangan kan... dah la aku ada 2 projek lagi yang kena buat... pening kepala aku... kalau orang yang ada pengalaman aku rasa mungkin tak ada masalah.. bagi aku yang tak ada pengalaman dalam bidang ni... merassaaallaaa!!!....last-last lum kul 5 aku dah berhenti buat kerja...sebab kepala aku dah pening... apa yang tak siap semalam aku buat hari ni... so semua dah settle pagi tadi... so sekarang merasalah aku goyang apa yang boleh digoyang**speku la apa korang nak speku....lllaaaarrrriiikkkkkkk

..erms... aku tak tahu kenapa aku macam suka laks post lirik lagu... macam best jer... lgpun semalam sessi sms jiwang anttara aku dan dia... so aku tulis tahip lirik ni ditujukan untuk dia walaupun dia tak baca blog aku sebab memang tak sempat...dia busy.. buat sales la... tapi aku nak juga tuju kan dia... suka hati akulah blog aku....

Percaya Pada Cinta
Artist: Akma
Sejak pertemuan itu ku rasa hadir sesuatu
Bagai pelik rasa di hati
Berdegup hatiku ini..
Mungkinkah ini rasa kawan atau sebaliknya..
Tapi kian merasa ada cinta di dalam hati
Ku biarkan cinta ini hadir
Datanglah segera kepadaku
Kerna kau ada sesuatu membuatku
Cinta kepadamu
Ku tahu dikau pun merasakan
Katakanlah kata kepadaku
Jangan biar cinta pergi
Percayalah ini sudah suratan Maha Esa..
Hadirmu di sisiku ini
Merubah segala-galanya
Gembira bila bersamamu kini bila kau tiada

... dan pagi ni aku buka lah blog kawan aku yang ngidam telur penyu... baru aku tahu patutlah dia tak mahu layan kawan aku ngorat dia masa kat uni dulu(akulah yang jg posmen bangang kawan aku tu yang lebih bangang tu)....gelak guling-guling...sambung balik ngutuk...

ghupo-ghuponyo dio sudoh ado pilihan hati tapi dia pun tak tahu mamat tu minat tak kat dia... pastu malu-malu laks bila jumpa...ssuuudddeehhhhh!!!... tulah meroyan sangat nak kahwin... tengok orang kawin berangan nak kawin...boifren tak do... aku ajak kawin tak nak**larik...gelak guling-guling... (matilah my best friend's wedding...merasalah ai julia roberts...matilah berangan lagi)... aku pun tak kenal mamat yang dia minat tu...satu sekolah dengan dia...so cik lady... bila nak kenalkan ngan ai yang memang hensem ni**koma!!!... nerk laa jugerk kenal mamat yang awak duk minat tahap cipan nak beranak tu...gelak guling guling....nak tengok jugak sapa lagik hensem... ai ke mamat tu...**koma lagik... apa pun hopefully yu akan dapat ngorat(boleh jer laa pompuan ngorat laki)... jangan lupa pada ai...semoga berbahagia ke anak cucu(matilah tinggi cita-cita)**larik....

...so aku dahpenat melalut tak hengat nie...nak patah jari ai mentahip entry yang sangat panjang...mati laamarathon lepas gian.....mmmrrraaaasssaaaa..... salam sayang untuk semua... jangang luper afundi faizal...farhan .... velvet..... majulahrenangberiramauntuknegara(motif)...

June 09, 2006

...dan ....erms.....

... matilah gigih katanya....aku ekceli tak dak keje nak buat so aku hapdet jer laa...tp ari nie malas nak membebel sangat...lg pun fenin kefala laa sikit..ni dah nak balik japs agi...so weekends biasalah aku tak akan hapdet..tunggu entry lepas gian ari isnin jer laa....

...tetiba je aku teringat kat arwah... dia ni peminat annuar zain(motif kan).. aku ingat algi first time aku beli album annuar zain...keabadian cinta(aku ni tak penah beli kaset pun sebelum ni)...original lagik... so aku bagi tau dia aku baru beli kaset tu..then dia nak pinjam nak dengar dulu...tup tup...tak hantar-hantar... so kebetulan besday ke 31 coming...so aku call dia..aku cakap aku kasik jer laaa kaset tu kat dia as besday present(matilah kedekut)... and dia sukkkerrr la.. dia tu banyak tak lah kedekut tapi ontah apsal dio tak boli album tu... kononnya nak pinjam nak prebiu dulu...skali jadik harta..tak pel aa aku halalkan... lagipun dia tak pernah lokek ngan aku...

...aku ingat lagi masa tu aku baru jer join ronggeng(rokiah).. satu masa tu aku nak pergi show kat temerloh and kl(masa aku nari aku duk kb)... pagi tu dia hantar aku kat studio latihan sebab kitorang semua kumpul kat situ... masa aku nak kuar tu dia bagi aku duit blanjer...tak banyak tapi.. aku cukup hargai sebab aku tak mintak pun...dia kata buat belanja.... he's caring, responsible , tak kemut(harta ya bukan kemut ******)...walaupun ada ketikanya sangat garang... i really appreciate what he'd gave me...

...dan selepas tu selalu laa dia bagi belanja kat aku kalau aku ada show kat luar...kalau tak pegi memaner dia tak bagi... cam biasa la gi amik aku kat U.. makan jenjalan.. kekadang kalau dia nak pergi somewhere luar dari bandar dia ajak aku... ada satu kali tu...malam...masa tu aku tengah melepak kat 'planet' dengan kenkawan PLU... then tiba-tiba dia masuk ke kawasan tu cari aku... dia kena heart attack... dia suruh aku bawak dia gi hospital... aku dah cuak dah... dah laa masa tu ak utak reti bawak kereta...uuuwwaa.... nasib baik tempat tu dekat dengan hospital... dalam keadaan sesak nafas he already drive about 15km!!!... aku follow dia gi hospital...and settle it down... dia kene tahan kat wad... esoknya tu kebetulan aku ada show kat southern thai... so sebelum aku bertolak petang tu... tengahari aku pegi jumpa dia... dia dah ok dah masa tu... aku bebel bebel macam mak nenek skit(malam tu takkan nak bebel masa dia tgh sakit)... dia bagi lagi upah membebel(tutup mulut)... amik je laa orang kasik kan kan....(bukan bermakna aku materialistik)...

...tu jer lah yang tinggal untuk aku sebagai memori... arwah meninggal tahun 2004... masa tu kami dah tak da apa-apa dah...tapi still baik like brothers(motif)...semoga rohnya dicucuri rahmat.. alfatihah....amin... bawah ni adalah lagu pebret dia.... dari album pertama...

Semusim Berlalu

Melewati hari-hari Aku rasa sunyi

Kian lama meyendiri Jiwa yang tak terisi

Merenung ke dalam diri Kurasa kekosongan

Segala yang kumiliki Semakin jauh pergi

Di satu masaHidupku bahagia

Dikau hadirmu dulu Kedalam duniaku

Di bawah awan Kita pernah bersatu

Menjalinkan rasa rinduSemusim yang berlalu

( korus )

Semua kiniTak lagi ku temu

Saat denganmuYang semakin jauh ditelan waktu

Kenangan laluBersemadi dalam dunia ini

Kekal bersemiSebuah cinta abadi

Aku menyusuri waktu Dengan rasa rindu

Pada senyum dan tangismu Semusim yang berlalu

Aku pernah merasai Hilang tak berganti

Sejarahmu yang gemilang Kan tetapDi ingatan

Di satu masa Hidupku bahagia

Dikau hadirmu dulu Kedalam dunia ku

Dibawah awan kita pernah bersatu

Menjalinkan rasa rindu Semusim yang berlalu

( ulang korus )

( bridge )

Aku rasa sunyi tanpa dikau di sisi

Sering terbayang setiap Kenangan bersama Tempuhi segalanya

( korus )

Semua kini Tak lagi ku temu

Saat denganmu Yang semakin jauh ditelan waktu

Kenangan lalu Bersemadi dalam dunia ini

Kekal bersemi Sebuah cinta abadi....

...sob ..sob... sedey laks....(mottiiifff)konun tak mo bebel pepanjang....mrase laaa... okies...blah dah woit...jumpa laghik di isnin depan(kedekut nak cc...hapdet kat opis jer...**larik sambil gelak guling-guling...

...Tuhan Maha Besar...

... erms... nothing interesting today.. just wanna share with uols.... i got this from a friend via email...so check it out!!!

Gambar nie adalah batu yg dikatakan ingin mengikut Rasullah S.A.W dlmperistiwa isra'& mikraj.. tetapi ianya ditahan oleh Baginda Rasulullahsaw dan malaikat Jibrail. Dan sejak itu batu itu terus terapungsehingga kini.....Masyallah....

June 08, 2006

...tentang dia....(entry yang membuatkan anda muntah)

...tetiba aku rasa nak jiwang lagik...kalau yu tak suka tak payah laa baca...dia yang aku kenali kira-kira setahun lalu... dalam e-kawan...dia yang msg aku... kami bermesej hari demi hari...tiada apa yang berlaku... sekadar bertanya khabar...dan kami putuskan untuk berjumpa...aku tak ingat la tarikh dia(sbb aku ni bukan suka hafal mende cam tu... dan... walau orang kata apa pun kat aku... aku tak peduli... aku jatuh cinta pandang pertama.... aku suka cara dia bercakap... sikap dia yang caring....tapi entah kenapa tetiba saja kami bagaikan terputus hubungan... ketika cinta baru hendak bertunas...dan ketika itu.. mungkin sebabketidakjujuran aku terhadap dia... maka hubungan yang baru hendak bermula hilang tanpa dikesan...tambahan lagi aku mula bertukar kerja di Port Klang...tiada masa dan terlalu sibuk...lagipun kerja aku itu membataskan semua aktiviti sosialku...kerja tak tentu masa...yang paling aku tidak lupakan...pertama kali dalam hidup aku berhari raya haji seorang diri....uuwwwaa...

...dan aku terserempak dengannya di Istana Budaya semasa kami menonton teater Lantai T. Pinkie... mungkin takdir dan jodoh(ke) yang menemukan kami semula...aku rasa tak perlu lah aku ceritakan bagaimana saat pertemuan yang tak disangka itu, cukuplah sekadar aku menyatakan kegembiraan aku yang sememangnya sunyi tanpa teman(tapi mesra ke)... aku bukan mencari seorang yang mampu aku lampiaskan nafsu serakahku... tapi seorang yang sentiasa disampingku jauh atau dekat, susah atau senang , sedih mahupun gembira...seorang yang memahami aku, menyayangi aku, memanjakan aku... seorang kekasih...teman jiwalara(soulmate)...dan aku pasti dialah yang ditakdirkan untukku....

...dan hari demi hari..sejak pertemuan itu kurasakan sesuatu(matilah lagu akma)... aku rasa kami semakin... dan satu perasaan yang amat aku rindui selama ini(selepas perginya yang terdahulu ke rahmatullah...alfatihah)...satu perasaan yang halus... satu perasaan yang aku rasakan paling ikhlas yang pernah aku rasai selama hidupku ini....biarlah orang kata aku seorang yang mudah jatuh cinta...ya..aku akui ..tapi bukan dengan semua orang... hanay orang yang mampu mecuit hati yang tandus sahaja... biarlah... orang tak merasa apa yang aku rasa...

...dan aku rasa hidup aku kembali bersinar selepas kehadiran dia... walaupun dia meminta untuk diberi masa... tapi aku cukup yakin satu hari aku akan berada dalam hatinya... kerana...tindak bals yang diberi setiap kali kali berhubung seolah memberi satu tanda yang dia sedia menerima aku dihatinya...aku amat terasa dekatnya masa yang aku tunggu itu... dan aku masih mampu bersabar dan setia menunggu .... orang kata aku gila?meroyan?berangan?atau apa saja...aku tak peduli... kerana aku rasa pengalaman hidup aku yang sekelumit ini sudah cukup untuk membawa aku dengan kematangan kewarasan akal dalam mencari satu rasa .. aku tahu aku menongkah arus, bertentang dengan normaliti seorang manusia, namun gundah dihati dan peperangan yang meletus dijiwa tak siapa yang tahu....kerana mereka tak merasa apa yang ku rasa....

...aku bukan penyair yang mampu nukilankan bait-bait puitis... aku bukan pemusik yang mampu mengalunkan irama-irama indah...bukan Shakespeare, bukan Romeo, bukan Shah Jehan , bukan juga Majnun... diriku hanya insan biasa miliki naluri yang sama(matilah ct)... yang ingin mencinta dan dicintai, sayang menyayangi....

Nobody Wants To Be Lonely

There you are
In a darkened room
And you're all alone
Looking out the window
Your heart is cold and lost the will to love
Like a broken arrow Here I stand in the shadows
Come to me, Come to me
Can't you see that Nobody wants to be lonely
Nobody wants to cry
My body's longing to hold you
So bad it hurts inside
Time is precious and it's slipping away
And I've been waiting for you all of my life
Nobody wants to be lonely so why
Why don't you let me love you Can you hear my voice
Do you hear my song
It's a serenade
So your heart can find me
And suddenly you're flying down the stairs
Into my arms, baby Before I start going crazy
Run to me, Run to me Cause I'm dying Nobody wants to be lonely
Nobody wants to cry
My body's longing to hold you
So bad it hurts inside
Time is precious and it's slipping away
And I've been waiting for you all of my life
Nobody wants to be lonely so why
Why don't you let me love you I want to feel you need me
Just like the air you're breathing
I need you here in my life
Don't walk away, don't walk away
Don't walk away, don't walk away
No, no, no, no Nobody wants to be lonely
Nobody wants to cry
My body's longing to hold you
I'm longing to hold you
So bad it hurts inside
Time is precious and it's slipping away
And I've been waiting for you all of my life
Nobody wants to be lonely so why
Why don't you let me love you
Why don't you let me love you
Why, oh why, why, why, why, why

...aku suka lagu ni dari dulu lagi...dan aku tujukan lagu ni untuk dia...jiwang karat neh...cam budak skolah laks...duluk hapa haku...janji aku bahagia(matilah kekwat dan berangan segala)... apa pun aku harap dia baca entry ni(perlu ke).. dan aku nak dia tahu yang aku memang ikhlas terhadapnya...dan siapa dia...biar dia saja yang tahu siapa dia...tak perlu laa korang nak tahu....biarlah rahsia(ct lagi)....dan untuk dia...percayalah(ct jugak)...this is from bottom of my hearts...sincerely....give me a chance to love you.....